Kebaikan dan keburukan kopi

Assalamualaikum ,


Hasil carian imej untuk khasiat kopi

Kopi merupakan sejenis minuman yang digemari oleh ramai orang tidak kiralah orang tua mahupun orang muda . Untuk pengetahuan semua , Hanis adalah salah seorang manusia yang gemarkan minuman kopi ini . Tidak kiralah kopi O atau kopi susu, dua-dua sedap pada deria rasa Hanis. Siapa suka kopi ? Kita geng ! hehehe

Tetapi tahukah korang bahawa kopi ini mempunyai banyak kebaikan dan keburukannya ?


Jika kita meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana dan memadai , kopi dapat memberikan kebaikan dan kesan yang positif terhadap tubuh badan kita . Antaranya kebaikan kopi ialah :-

1) Menjaga kesihatan hati - ada sesetengah kajian yang mengatakan bahawa kandungan kafein di dalam kopi dapat menjaga fungsi hati kita . Sejauh manakah kebenaran itu? Waallahualam , hanya Allah yang tahu .

2) Mengurangkan kadar stress - Aroma yang datang daripada kopi didapati dapat mengurangkan stress yang kita alami dan membuatkan kita berasa lebih tenang . Bau kopi segar memang sedap hehehe

3) Mencegah sel kanser - Kopi didapati dapat mengurangkan sel kanser kulit kepada wanita . Wah, dengan hanya minum kopi sahaja boleh mencegah sel kanser .

4) Membantu menurunkan berat badan - Hanis baru tahu ni hahaha . Rupanya kafein ini dapat menahan selera makan kita dan kafein juga dapat membakar lemak kita !

5) Sumber antioksidan - kopi juga mempunyai khasiat untuk kecantikan kulit wajah uaalss . Antioksidan yang terdapat dalam kopi dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan wajah kita .




Dalam kebaikan kopi , ada juga keburukannya . Sebab itu islam nasihatkan kita agar sentiasa bersederhana dalam semua aspek . Termasukkan dalam pemakanan . Kopi menjadi berkhasiat jika kita minum dengan sederhana tetapi menjadi bahaya jika terlebih meminum kopi . Antara keburukan kopi ialah :-

1) Ketagihan - Kafein yang ada didalam kopi boleh menyebabkan kita ketagihan dan berasa nak lagi dan lagi kopi tersebut . Ini sangatlah bahaya kerana jika terlebih minum boleh menimbulkan kesan bahaya lain.

2) Mandul - Meminum kopi dengan berlebihan dapat meningkatkan risiko mandul ! Sila berhati-hati .

3) Sukar tidur - apabila terlalu banyak minum kopi , mata kita akan menjadi sukar untuk berasa mengantuk . Ini akan menjejaskan waktu tidur kita dan kesan jangka panjang akan mengakibatkan penyakit imsonia. 

Akhir kata, nak minum kopi tidak salah , cuma jangan berlebihan . Jagalah kesihatan tubuh badan yang kita miliki sekarang ini .

Sekian ,



21 comments

  1. Suka bau aroma kopi, tambah-tambah masa awal pagi...segar. takut pula baca keburukan number 2 tu, hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanis pun seram baca nombor 2 tu huhuhu kena minum berpada-padalah sebab ada keburukkan juga kopi ni...

      Padam
  2. Mostly yang minum kopi susah nak rasa mengantuk tapi bila saya minum senang rasa nak tidur kenapa mcm ni pulak eh?

    BalasPadam
  3. Sebab itulah deeba xpernah suka nak minum kopi.. tapi kalau dah air kopi je yang ada minumlah jugak.. hehe..

    BalasPadam
  4. Kopi for me tak sebabkan tak boleh tidur kecualiiii nescafe n cappucino. Hoih mmg terbeliak mta, 😂

    BalasPadam
  5. Kopi mmg fav kita...

    Tapi minum dia mesti terkawal, tak boleh berlebihan risau memudaratkan

    BalasPadam
  6. Keburukkan no 2 tu mcm takut pulak...erkk
    Kita coffee ni level moderate..prefer tea lg

    BalasPadam
  7. Saya tak tahu semua ni sebab raya tak minum kopi heheheheh tapi bagus lah share ni memberi tahu pada kawan kat luar sana tentang kopi yang kita tak tahu kan...

    BalasPadam
  8. Dulu ruby suka sangat bau kopi. Sampai teringin nak minum kopi. Nak tahu apa la rasa kopi ni. Sepanjang ruby minum ni, ruby jadi lebih mengantuk. Sedangkan orang lain minum, elok je segar bugar boleh teruskan kerja. Saya duk kroh kroh kroh. hahahah. Tapi kopi ni saya selalu bawa dalam hand bag ni. Sebagai terapi kalau sakit kepala dengan bau badan, bau perfume atau loya-loya.

    BalasPadam
  9. SA dan kopi memang x dpat dipisahkan..boleh dikatakan hari - hari minum..sekarang dah tau baik dan buruk so kena la kurangkan pengambilan..sebulan 3 kali ok kan?

    BalasPadam
  10. Saya kopi O tak lalu, kalau kopi tu ada campuran mcm nescafe 3 in 1 tu baru boleh minum

    BalasPadam
  11. Benefit more than disadvantages. I prefer to take coffee instead.

    BalasPadam
  12. Sis addicted kopi...tapi baru2 ni sakit...so la ni memang kurangkan kopi...dalam sehari satu atau tak ambik langsung. Meman susah nak berhenti tapi tengah cuba

    BalasPadam
  13. Untuk rasa segar pagi2 saya suka nescafe sebab kopi tak dpt segarkan pagi i. Btw, sy minum juga kopi ni. Elok secara sederhana sb kafein.

    BalasPadam
  14. Betul tu. Saya pun ada menulis pasal ini [http://www.byrawlins.com/2017/07/drink-coffee-for-better-health.html]

    BalasPadam
  15. Sis memang suka minum kopi tanpa gula sbb dlm kopi dah ada gula

    BalasPadam
  16. Sis memang suka minum kopi tanpa gula sbb dlm kopi dah ada gula

    BalasPadam
  17. Suka kopi, selalu stok kopi ada kt rumah. Nak2 plak kopi panas letak susu huhuu...

    Kopi juga akak buat scrub, homemade aje, memang berkesan :)


    yanmie
    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  18. Kopi memang banyak khasiat. Tapi ntah kenapa saya bukan penggemar kopi. Jarang minum 😉

    BalasPadam