Belajar di Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM KL)
Assalamualaikum dan hai. Setelah sekian lama menghilangkan
diri akhirnya seorang Hanis Masturina memunculkan dirinya kembali ke dalam
dunia blogging. Rindu saya tak kawan-kawan blogger semua? Haha. Alkisahnya nak
dijadikan cerita lepas habis Diploma Pengajian Muamalat di Institut Profesional
Baitulmal atau kini dikenali sebagai Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
(KPBKL), Hanis telah menempuh tiga jenis pekerjaan iaitu cashier di Az-Zuhdi
Muslim shop selama hampir 6 bulan, cashier di Mr. DIY selama 1 bulan sahaja
hahaha juga sempat menjadi pekerja kerajaan selama 3 bulan sebagai Pekerja
Sambilan Harian (PSH) sebagai Pembantu Tadbir N19 di sebuah klinik kerajaan
serta menjadi seorang pekerja dobi yang rajin. (cehhh…hahaha). Kalau rajin
Hanis akan buat pengalaman Hanis kerja pula
(kalau rajin).
Setelah 1 tahun bekerja, akhirnya seorang Hanis membuat
keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu DEGREE!
And here iam =)
Berbekalkan kekecewaan kerana tidak mendapat tempat dalam
UPU, Hanis gigihkan diri cari IPTS sebab keinginan nak sambung belajar tu tak
boleh bawa bincang tau! Level terdesak orang kata hahaha tapi bila dah masuk tu
rindu kerja pulak ehh haha. Apply sana apply sini, banyak jugalah dapat
tawaran. Hanis dapat UITM tapi part time last minit tak jadi amik sebab fikir
buat apa amik part time kalau tidak bekerja bukan? So my last decision yang paling
susah adalah memilih antara Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) ataupun
Kolej Universiti Poli-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM KL).
Kenapa pilih Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) ?
Hanis pun tidak tahu kenapa hahaha tiada sebab yang begitu
kukuh dan munasabah sebab alasan yang Hanis bagitau kat umi dengan abah ada 2
je. Satu, “akak tak boleh bawa arab, KUIS banyak pakai arab”. Dua, “KUIS intake
lambat sangat bulan 11, KUPTM bulan 9” ni sejenis terdesak tak sabar nak masuk
belajar hahaha. Dan setelah menempuh onak dan duri nak masuk sini, akhirnya
Hanis masuk dengan jayanya hahaha.
“Bachelor Information Technology in Business Computing” –
Wow tak dengar? Tak? Biasa-biasa je? Cuba baca ni pulak “Diploma In Muamalat
Studies to Bachelor Information Technology In Business Computing” NAMPAK TAK
DIA PUNYA LARI COURSE TUUU??! HAHAHA. Sejenis perangai cari pasal amik benda
jauh tak berkait langsung! Alahai Hanis Masturina… Semua ni gara-gara sikap
ingin tahu dan suka belajar sesuatu yang baharu. Classmates course ni semua
dapat transfer credit tau sebab memasing dah ada basic computer but for me NO!
I start from ZERO. Totally NOTHING!
Hanis daftar pada 24/9/2018 tempoh hari. Kiranya sudah lebih sebulan hanis masuk sini hehe lepas sebulan baru nak update hehe.
Penginapan di asrama yang disediakan pihak kolej dengan kontrak 1 tahun (3
semester) di “Asrama Siswi KUPTM”. 1 rumah 10 orang, 1 bilik 4 orang X 2 bilik
+ 1 bilik 2 orang. Hanis duduk bilik yang berempat dan perkara sedih utama
adalah Hanis satu-satunya budak course Business Computing dalam rumah ni! So I
takde geng. Hahaha. My roommates Farah, Wawa dan Teha. Housemates selebihnya
Nisa, Nani, Adry, Nina, Fatin dan Azni. Roommates ada yang course HR, corporat,
BI dan semua ada partner kecuali Hanis (Business Computing) huhuhu.
Itu housemates, belum coursemates lagi. Kod kursus CT203
dengan pelajar seramai 17 orang sahaja. Yup 17, HR punyalah ramai gila haha Nampak
tak ramai tak nak amik course ni sebab susah kot… Memula Hanis rapat dengan
Elisa tapi setelah pusing punya pusing transfer itu ini kesudahannya Hanis
sorang hahaha. Paling rapat pun dengan Sarah sebab kami berdua je perempuan
yang amik subjek Discrete Mathematics 1 memandangkan yang lain sudah amik masa
diploma. Total yang amik kelas Discrete Maths tu 9 orang je gaiss. (Update: Sarah stop belajar so Hanis sorang). Kejap belum
habis lagi, kelas Computer Organization & Architechure 3 pelajar je weh
haha iaitu Hanis, Akim dan Amirul. Subjek Operating System still Hanis, Akim
dan Amirul + Akif (budak course lain). Programming pun kami bertiga Hanis, Akim
dan Amirul tambah Asyraf. Sadis tak? So kiranya 1 subjek je kami beramai-ramai
17 orang yang tak ramai mana tuu hahaha.
Sem 1 Business Computing KUPTM KL
IMF 201 = Digital Technology & Society
IMF 208 = Comp. Organization & Architechure
CSC 201 = Introduction to Programming
CSC 203 = Operating System
MAT 201 = Discrete Mathematics 1
Itulah subjek-subjek yang bakal Hanis tempuhi untuk semester
pertama ijazah sarjana muda. Kalau ada sesiapa yang pernah belajar pasal
Business Computing ni bolehlah contact Hanis kot-kot nak share tips mudah
belajar ke apa-apa ke ws je Hanis 019-3140559 okayy. Bagi Hanis bukan senang
course ini sumpah tak senang tapi Hanis nak cuba dan Hanis minta doa korang
semua. Doakan semoga Hanis mampu belajar ini semua dan semoga apa yang Hanis
lakukan ini tidak sia-sia dan menjadi sesuatu yang berguna dimasa hadapan.
Sekian dari Hanis buat masa ini, nanti kita jumpa lagi di next post (doakan
hanis rajin menaip hehe).
42 comments
All the best for your study. Sekarang ramai orang pilih bekerja berbanding sambung study, tapi semangat awak betul-betul kuatttt.
BalasPadamTerima kasih. Allhamdulillah masih punya semangat hehe. Doakan Hanis
Padamgoodluck kak
BalasPadamInshaaAllah, tq dik
PadamNak tanya sekarang ni ada lagi ke pinjaman mara di kuptm? Yuran mahal tak?
BalasPadamyup pinjaman MARA masih lagi disediakan =)
Padamkenapa eh tak cerita pun pasal yuran , yg dia ni tanya pun awak tak jawap pasal yuran , jawap psl pinjaman je ye
PadamBayaran yuran pengajian berbeza bagi setiap kursus. Boleh tengok satu-satu dekat website kuptm sendiri. Kalau saya nak list sini semua banyak sangat huhu. Untuk yuran asrama awak boleh check post ini: https://hanismasturina.blogspot.com/2021/02/yuran-asrama-kuptm-kl.html
PadamNak tanya, pergi kelas naik apa? Ada sediakan transport ke
BalasPadamMaaf sebab lambat reply huhu bagi pelajar tahun pertama yg duduk asrama, ada pengangkutan disediakn oleh pihak kolej. Tahun kedua dan seterusnya duduk rumah sewa jadi nk g kolej tu inisiatif student sndiri macam mana
PadamTahun depan bulan 9...insyallah kita jumpa ya
BalasPadamHarap pkp sudah ditamatkan ketika itu, nanti kalau nampak saya say "hi" ye inshaaAllah saya tak sombong hee cuma bgtau je kenal saya kat mana hehe
PadamExam 100% English ka Mcm Mcm mana ?
BalasPadamBergantung kepada subjek. Kalau subjek "principle of marketing" yup in eng. Tp kalau macam "hubungan etnik" dalam bahasa melayu
PadamEXAM 100% English tak ?
BalasPadamIkut subjek tu if memang modul dalam eng so exam memang eng. Kalau subjek tu dalam bahasa melayu, exam pun dalam bahasa melayu =)
Padamgood sharing..bgus dik..kuatkan smgt ya.. :)..btw..selit share sini..jika ada adik2 ygnak tau psl program PAKK under UPSI dan regent..bole wsp akak 011-16930576..nk tye psl program program diploma pun bole..akak advice..
BalasPadamInshaaAllah kak, doakan hanis. Okayy kak :)
Padamsalam, nak tanya mengenai elaun sara hidup mmg semua pelajar dapat atau yang terpilih dan berapa nilainya. then, ada persatuan silat tak dekat sana
BalasPadamWsalam maaf atas kelewatan. Elaun sara hidup ada tapi ianya mengikut tingkat gaji parent. Ada yg akan dapat full, ada dapat separuh dan ada yang tak dapat langsung
Padamsalam, nak tanya mengenai elaun sara hidup mmg semua pelajar dapat atau yang layak sahaja dan berapa nilainya. then, ada persatuan silat tak kat sana.
BalasPadamhi
BalasPadamHi
PadamAkak boleh tak cerita sikit pasal kuptm? Dari first masuk mcm mna? Cdgnya nk sambung diploma dkt kuptm... Heheheh
BalasPadamHahaha sinilah citer camne dari first akak masuk hehe. Awak nak ws akak pun boleh...
Padamnk tye nnti ade elaun tak...
BalasPadamada bagi yang layak =)
Padamasrama dia okay tak ?
BalasPadamKuptm ni swasta ke kerajaan kak
BalasPadamSwasta tapi MARA support (KUPTM, KPTM, UNIKL semua kiranya anak MARA gitu)
Padam*kalau salah info ni perbetulkan ye jika ada yang lebih mengetahui.
Saya nak tanya berapa lama masa nak dapat pinjaman mara dan kalau dapat yayasan bank rakyat still bolrh further study kat sana kan?
BalasPadamBiasanya dalam pertengahan hingga akhir sem 1 dah dapat dah. Bergantung pada kelengkapan dokumen dan situasi semasa juga (lambakan permohonan jadi lambat sikit or error dalam dokumen ke)...
PadamNk tanya yuran asrama berapa ye satu sem?
BalasPadamRM200 unutuk sebulan
Padamhttps://hanismasturina.blogspot.com/2021/02/yuran-asrama-kuptm-kl.html
nak tanya brapa eh fee utk asrama?
BalasPadamRM200 unutuk sebulan
Padamhttps://hanismasturina.blogspot.com/2021/02/yuran-asrama-kuptm-kl.html
erm nak tanye, bile kite nak bayar yuran pengesahan respond kptm lambat eh, sbb saye dah bayar tapi tak dapat ape respons dari kptm
BalasPadamadik boleh call atau wasap direct ke staf pega,bilan kptm psl yuran pengesahan tu , pn hanis +60 14-212 3717
BalasPadamhai assalamualaikum, saya nak tanya. berapa bayaran untuk hostel ya?
BalasPadamRM200 unutuk sebulan
Padamhttps://hanismasturina.blogspot.com/2021/02/yuran-asrama-kuptm-kl.html
Ambik degree nnti kat kuptm tu mintak muet tak sambung kat situ?
BalasPadamMasa sambung tiada muet pun tidak mengapa sebab boleh amik kemudian sepanjang tempoh belajar. Tapi nak grad nanti wajib dah ada muet. Kiranya amiklah masa sambung belajar tu =)
Padam