Cabaran 7 Hari Blogging 2

Assalamualaikum ,




#2:Impian saya

Cabaran kedua ini hanis luaskan lagi skopnya. Bukan terhad pada blog sahaja. Tetapi lebih kepada apa yang hanis ingin capai dalam hidup ini.
Kita life goal lah ni hehehe

Setiap manusia mestilah mempunyai angan-angan bukan? Tak salah kot duduk atas katil sambil fikir masa hadapan eh eh hahaha

Sekarang ini, hanis ditahap diploma. Apa yang hanis angankan agar hanis diberi peluang untuk menyambung pelajaran ke tahap degree pulak. Rasanya tidak cukup kot kalau sekadar diploma bagi hanis. Hanis akan cuba yang terbaik untuk dapatkan degree nanti. Sebab itu adalah impian hanis.

Bila sudah habis degree, hanis teringin nak buat bisnes sendiri. Sebabnya kan, hanis tak suka kerja dengan org. Kadang berangan juga nak jadi novelis tapi dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang macam komisen yang akan diterima tidak mencukupi. Jadi mungkin menulis itu hanya sekadar sambilan. Buat tambah duit poket hehehe

Next impian hanis adalah untuk bagi kemewahan kepada ibubapa hanis. Bukannya berangan sampai nak kawin dengan anak dato' ke apa... Cuma nak banyak duit untuk belanja ibubapa dan adik2 hanis. Rasa seronok dapat gembirakan hati dorang dan mesti rasa puas hati bila dapat belanja dorang dgn duit hasil titik peluh sendiri.Bawa dorang travel serata dunia omg seronoknya walaupun hanis ini mabuk kenderaan emm emm hahaha takpe ku gagahkan diriku juaa demi kebahagiaan keluargaku.

Harapnya semua impian diatas dapat Hanis capai . Doakan Hanis yerr...



Sekian,

6 comments

  1. semoga apa yg di impikan mjadi kenyataan.. insyallah.

    selamat myahut cabaran ! =D

    BalasPadam
  2. Semoga impian awak Insha Allah akan menjadi kenyataan, don't give up on your dream sis.. =)

    BalasPadam
  3. samalah impian kita dua2 tu hehehe smoga kita brjaya capai impian tuu

    BalasPadam