Sabtu, 5 April 2014

Sindrom Down

2:08 PTG 2 Comments
Apa itu sindrom down?  sindrom down merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21.Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran. Adik Hanis yang bongsu dilahirkan dalam keadaan sindrom down dan dia menghidapi penyakit jantung berubang .

Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.
Ciri-ciri fizikal termasuklah:
  • Tubuh yang pendek.
  • Kepala bersaiz kecil.
  • Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas.
  • Lidah terjelir.
  • Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
  • Pertumbuhan yang lambat.
  • Kecacatan mental yang ringan atau sederhana.
Masalah Kesihatan yangberkaitan Sindrom Down dan Rawatan
Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar daripada program pengesanan awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat daripada doktor atau jururawat anda tentang kemudahan perkhidmatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal anda.
Doktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk mengesan sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan.
  • Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur.
    • Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak.
    • Lambat atau sukar dalam pembelajaran.
    • Lambat dalam pertuturan.
  • Penyakit jantung kongenital.
    • Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa.
  • Kecacatan pertumbuhan perut.
    • Intestinal atresia.
    • Tiada dubur - Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu dibedah. Walaupun jarang berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi berbanding dengan kanak-kanak biasa.
  • Mudah mendapat jangkitan.
    • Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan doktor segera apabila demam atau nampak kurang sihat.
  • Masalah pendengaran dan penglihatan.
    • Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan.
  • Gangguan fungsi Tiroid.
    • Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan hormon, contohnya tiroxin.
    • Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid. Perlu rawatan untuk mengawal pengeluaran hormon.
  • Barah (kanser).
    • Leukemia lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding kanak-kanak biasa.
    • Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan.


Hanis ingat lagi, time dia baru lahir . Adik Hanis terpaksa duduk di dalam wad sehingga berminggu-minggu lamanya . Hanis dan adik beradik yang lain tak dapat tengok dia langsung . Umi Hanis yang sepatutnya berpantang terpaksa berulang-alik dari rumah ke hospital untuk menjenguk adik Hanis . Hospital Serdang itu ibarat rumah kedua kami .

Setahun kemudian , adik Hanis kena buat pembedahan jantung di IJN . Masa tu bulan puasa . Dah nak dekat raya . Kitaorang buka puasa dekat IJN . Memang rasa lain . Selepas beberapa hari baru adik Hanis dibedah . Hati risau sangat,takut apa-apa terjadi . Bedah jantung tinggi risiko . Dan Allhamdullilah, setelah 2 jam menunggu, adik Hanis selamat menjalani pembedahan . Syukur !


NUR AZMINA

di IJN

2 tahun

4 tahun
yang buat peace dekat mulut


Sayang sangat dekat kamu Nur Azmina =)


Follow Us @hanismasturina