Jumaat, 14 April 2017

Pemenang Giveaway !

1:02 PTG 11 Comments
Assalamualaikum,


Maaf atas sedikit kelewatan. Hari ini Hanis akan umumkan pemenang Giveaway by Hanis Masturina.

Pemenangnya bagi Top Referral yang bakal memenangi 

AJ HAIR SHAMPOO + AJ HAIR CONDITIONER

 


dan pemenang bagi kategori random yang bakal memenangi

SEBUAH NOVEL MISTERI

Hasil carian imej untuk tanda soal tumblr

ialah nombor 10 iaitu


Tahniah Hanis ucapkan kepada kedua-dua pemenang =)

Yang tidak menang tu Hanis minta maaf ye bukan rezeki korang. InshaaAllah ada rezeki lain kali =) Pemenang boleh whatsapps Hanis ye di nombor 019-3140559 dengan full detail korang untuk urusan pengeposan =)

Sekian,

Ahad, 9 April 2017

Kata-kata Mutiara 4

1:04 PTG 1 Comments
Assalamualaikum,



Anda tidak akan menjadi seorang yang berani selagi belum berasa sakit.

Anda tidak akan pernah belajar selagi belum melakukan kesilapan.

Anda tidak akan pernah berjaya selagi belum menempuh kegagalan.

Sesungguhnya hidup itu suatu perjalanan. Sakit,membuat kesilapan dan menempuh kegagalan adalah lumrah hidup. Perkara itulah yang mengajar kita untuk bangkit semula dan berusaha untuk mencapai kejayaan. Perkara itulah yang harus kita tempuhi berulang-ulang kali untuk memperbaiki diri kita sendiri dari masa ke semasa. Jadi terus kuatkan semangat dan jangan mudah berputus asa =)

Jumaat, 7 April 2017

Kata-kata Mutiara 3

12:44 PTG 2 Comments
Assalamualaikum,



Jangan menghakimi pilihan orang lain tanpa mengetahui alasannya dan memahami sebabnya. Jangan begitu mudah menjatuhkan hukuman dan memburukkan orang lain atas pilihan yang dia buat dalam hidupnya. Mungkin pilihan yang dia buat itu ada alasan dan sebab yang tersendiri. Mungkin pilihan itu yang terbaik buat dirinya. Siapa kita untuk judge dia? Apa hak kita? Tolong hormati pilihan orang lain. Hormati hidup mereka.

Khamis, 6 April 2017

Kata-kata Mutiara 2

11:00 PG 2 Comments
Assalamualaikum,



KEPERCAYAAN itu ibarat sebuah kertas. Apabila sudah direnyukkan,ianya tidak akan mungkin kembali sempurna seperti asal. Apabila sebuah kepercayaan itu sudah dikhianati,maaf tiada lagi kepercayaan yang akan aku berikan kepadamu. Bukan aku mahu bersifat kejam dengan memandangmu sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai, tetapi amat payah bagiku selepas apa yang sudah terjadi. Cukuplah aku simpan seorang diri tanpa perlu mencari orang yang dipercayai. Kerana tidak semua yang DIPERCAYAI itu JUJUR dan AMANAH!

Rabu, 5 April 2017

Kata-kata Mutiara 1

1:07 PTG 1 Comments
Assalamualaikum, 



Indahnya sebuah kenangan yang tercipta. Tidak mungkin aku lupakan. Terima kasih kerana meninggalkan sebuah kenangan yang boleh aku kenang sepanjang hayat hidupku. Kenangan tidak akan mati, kenangan akan sentiasa berada di dalam hati =)

Isnin, 3 April 2017

Pencuci Muka NEUTROGENA

6:23 PTG 2 Comments
Assalamualaikum,


Happy Skin 24/7 by Neutrogena

Baru-baru ni Hanis ada menerima sebuah bungkusan daripada Neutrogena Malaysia. Neutrogena Malaysia telah memberi peluang kepada Hanis untuk mencuba tiga jenis pencuci muka keluaran Neutrogena. Neutrogena Deep Clean dengan pelbagai variasi. Terima kasih Neutrogena =)

Serba sedikit mengenai produk pencuci muka Neutrogena :-


1. Deep Clean Brightening Cleansing Oil to Foam 142ml (RSP: RM44.90)


Pencuci wajah 2 dalam 1. Pertama untuk menghilangkan mekap,seterusnya mencuci muka. Berubah daripada tekstur minyak kepada buih untuk membersih dengan lebih efektif. Mengandungi ekstrak Mulberry yang kaya dengan vitamin C dan B3 yang mampu mencerahkan kulit dan menyihatkan kulit wajah. Minyak-gel mengandungi ekstrak daun Oleifera untuk perlahan-lahan membuang semua kesan solek seharian, kotoran dan minyak dalam satu basuhan.



2. Deep Clean Brightening Foaming Cleanser 100g (RSP: RM21.70)


Pencuci muka yang menyingkirkan 99% kotoran daripada kulit wajah. Kulit menjadi bersih dan cerah dengan ekstra Mulberry. Ia berkesan menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan di wajah. Baunya yang manis juga sangat menyenangkan.



3. Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub 100g (RSP: RM23.70)


Membantu untuk menghapuskan bintik hitam dengan berkesan daripada penggunaan yang pertama. Dapat menghalang bintik hitam dari kembali dengan penggunaan yang berterusan. Kulit akan menjadi sihat dan bersih. Bahan-bahan yang terkandung di dalamnya dapat mengawal minyak di wajah.

JOM DAPATKAN PRODUK NEUTROGENA! KLIK SINI!!!


Follow Us @hanismasturina