Jumaat, 31 Mac 2017

Ezbuy Malaysia

8:51 PTG 0 Comments
Assalamualaikum,


Hasil carian imej untuk ezbuy malaysia

Siapa sini kaki shopping? Siapa sini suka beli barangan secara atas talian (online)? Hendak tahu tidak mengapa ramai orang lebih gemar membeli-belah secara online? Sebabnya adalah kerana pembelian secara atas talian itu lebih mudah dan menjimatkan masa !

Pernah dengar mengenai Ezbuy? Ezbuy ialah satu platfom atas talian yang menyediakan perkhidmatan membeli belah kepada orang ramai. Ezbuy telah menjadi platform membeli-belah di luar negara yang pertama dan terbesar di Singapura sejak tahun 2010 lagi . Ezbuy menyediakan perkhidmatan membeli-belah dari China, Taiwan, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, Australia, Thailand dan akan memperluaskan lagi perkhidmatan kepada lebih banyak negara. Ezbuy Malaysia dimiliki oleh EZbuy Holdings Limited.

Kenapa membeli-belah di Ezbuy lebih MUDAH, MURAH dan CEPAT? Ini kerana Ezbuy menyediakan pelbagai pilihan barangan dari serata dunia untuk anda semua miliki ! Kini anda tidak perlu lagi ke luar negara semata-mata ingin mendapatkan produk/barangan di sana ! Anda dapat mendapatkan barangan tersebut melalui Ezbuy sahaja yang sudah pasti dapat menjimatkan kos pengeluaran duit anda untuk pergi ke luar negara!

Hasil carian imej untuk shopping

Hanya di Ezbuy

Apabila anda memilih untuk membeli barangan di ezbuy.my yang dilabel dengan label Ezbuy,anda hanya perlu membuat pembayaran bersih sahaja. Bayaran itu termasuk harga barangan, kos penghantaran antarabangsa dan bayaran penghantaran tempatan. Pihak Ezbuy juga akan memeriksa produk untuk memastikan tahap kualiti dan mengeluarkan pembungkusan yang berlebihan untuk mengurangkan kos penghantaran tempatan yang ditanggung oleh anda.

Prime

Prime adalah program keahlian yang menjamin kos penghantaran anda akan tetap pada kadar RM 8.80 tanpa mengira saiz bungkusan, berat dan kuantiti barangan. Label prime ditandakan dengan jelas pada semua barangan yang layak dan ikon prime ditunjukkan pada halaman produk bagi memudahkan pelanggan. Harga keahlian Prime hanyalah pada harga yang mampu milik iaitu RM 188 untuk tempoh 1 tahun, dan pengguna dapat mencuba pakej percubaan yang cuma berharga RM 18.80 untuk tempoh 5 hari! Ahli Prime Ezbuy juga boleh menikmati memilih barangan sebanyak 42 barang dalam wishlist Prime jika barangan yang mereka mahukan tidak berada dalam barangan prime lagi. Selanjutnya boleh rujuk https://ezbuy.my/Prime


Apa yang menarik perhatian Hanis di Ezbuy???

Daripada banyak barangan di Ezbuy, ada beberapa barangan yang Hanis teringin sekali mahu memilkinya =) Klik nama barang untuk terus lebih detail tentang produk dan terus ke website ezbuy.



Simple and nice hehehe . Murah sangat tau beg ni ! Cuma berharga RM 14.21 sahaja. Dan warna hitam sudah semestinya menjadi pilihan Hanis. Senang nak matching dengan apa jua warna baju nanti. Bestnya kalau dapat pakai beg ni pergi praktikal nanti hehehe



Nampak menarik pula jam tangan ini. Jam berserta gelang sekali...Lawa kan hehehe


Disebabkan earphone Hanis sudah rosak...boleh tak Hanis nak ni pulak? Hitam itu menawan kan cehh hitam juga...



Mana tau nanti lepas habis praktikal nak pergi travel kee...senang dah ada bagasi yang kuat lagi kukuh! 4 roda tu fuh senang keja nak menolaknya hehehe

5. Termos



Termos untuk isi air panas yeaahhh !!!

6. Cincin



Ini bukan keperluan tetapi kemahuan ececehh lawa pula tengok, tiba-tiba terpikat...

7. Rak buku



Haa ini dia keperluan...sebab Hanis ada banyak sangat buku tau! Novel pun masih banyak walaupun banyak yang sudah dijual kehkehkeh. Comel je rak buku ni !

Sebenarnya banyak lagi tau yang menarik yang korang boleh dapatkan di website EZBUY ini! Apa kata korang usha sendiri. Lain orang lain citarasa,kot-kot korang berkenan dekat barangan lain ke...


Intensif mendaftar di Ezbuy (KHAS UNTUK FOLLOWER BLOGGER)

Dengan setiap pendaftaran untuk mendaftar dengan ezbuy, baucar RM15 akan diberikan! Daftar sekarang dan baucar tersebut akan menjadi milik anda! Jadi apa lagi yang anda tunggu? KLIK SINI!!!




Senarai Peserta Giveaway by Hanis Masturina

7:34 PTG 1 Comments
Assalamualaikum,



Ini dia senarai peserta yang sudi menyertai Giveaway by Hanis Masturina. Boleh blogwalking ye =). Sesiapa yang belum menyertainya boleh cepat-cepat tekan banner diatas untuk join okey =)


















Mungkinkah anda? KLIK

TAMAT PADA 12 APRIL 2017



Sabtu, 25 Mac 2017

Giveaway by Hanis Masturina

7:14 PTG 27 Comments
Assalamualaikum,



Hai blogger semua ! Harini Hanis bermurah hati mahu melancarkan satu GIVEAWAY untuk kamu semua. Rasanya sudah agak lama Hanis tidak buat giveaway ini bukan? Jemput join ye kawan-kawan semua =)

Terma & Syarat

1) Warganegara Malaysia dan tinggal di Malaysia serta mempunyai blog.

2) Wajib follow blog HANIS dan add Google+ di sidebar blog ini .

3) Wajib follow instagram @hanismasturina dan follow FB (KLIK)

4) Wajib buat entri bertajuk "Giveaway by Hanis Masturina" dengan sertakan banner diatas kemudian backlinekan ke entri ini

5) Letak link entri anda diruangan komen DIBAWAH


Hadiah

Top Referral

AJ HAIR SHAMPOO + AJ HAIR CONDITIONER

 

BOTOL BESAR MACAM GAMBAR TAU !  (Aj hair shampoo 750ml dan Aj hair conditioner 400ml ) BUKAN TRIAL SET !
MORE INFO MENGENAI AJ HAIR CARE KLIK <SINI>

Random.org

SEBUAH NOVEL MISTERI

Hasil carian imej untuk tanda soal tumblr

Nota Tambahan
  1. Giveaway ini akan terbatal jika penyertaan kurang daripada 40 orang
  2. Hadiah akan ditambah jika penyertaan melebihi 60 orang 
  3. Tarikh tamat 12 April 2017
  4. Senarai peserta akan diupdate dan korang boleh blogwalking ! Horrayy!!!

Jemput join ye semua =)





Jumaat, 24 Mac 2017

Semester 6 Diploma Pengajian Muamalat IPB

11:08 PG 0 Comments
Assalamualaikum,



Semester terakhir yang sangat sibuk. Hai semua, Hanis kembali hehe setelah sekian lama menghilangkan diri kerana terlalu sibuk dengan semester terakhir iaitu semester 6 yang pendek. Faham-faham sahajalah semester terakhir banyak benda nak kena settelkan lagi-lagi sem ni selama 7 minggu sahaja. Terkejar-kejar semua benda tau!

Selepas berakhir semester 6 pada bulan 4 ini, Hanis akan menjalani latihan industri selama 5 bulan bermula bulan Mei. Takut pula nak masuk praktikal, takut banyak buat salah huhuhu. Hanis dapat tempat pratikal di sebuah agensi yang menawarkan pakej Haji dan Umrah serta percutian lain. Pada mulanya Hanis apply praktikal untuk bahagian Admin tetapi setelah ditemuduga Hanis diletakkan di bahagian Sales and Marketing pulakkk... Haa sudah macam mana pula Hanis nak tarik customer ni? Mampukah Hanis? Hanis akan cuba yang terbaik!!!



Ini gambar bebudak kelas Hanis. DPM6B! Hurm Hanis akan merindui semua nanti. Selepas ini mesti susah nak jumpa mereka ni semula. Masing-masing akan teruskan life masing-masing. Lepas habis praktikal nanti mungkin ada yang sambung degree, terus kerja ataupun terus kawin. Semoga semua dapat mencapai apa yang dihajati ye kawan-kawan semua. Terima kasih buat segalanya =)

Lagi satu, habis sahaja semester 6 ini InshaaAllah Hanis dan keluarga akan pergi mengerjakan Umrah. Jadi Hanis nak minta doa dari semua semoga perjalanan kami berjalan dengan lancar. Hanis juga nak menyusun 10 jari memohon maaf atas salah silap Hanis sepanjang berblogging ini. Kalau ada tersakitkan hati ke, terperli ke,terlewat pos hadiah giveaway ke...Harap dimaafkan ye. Terima kasih semuaaaa!!!

Sekian,

Follow Us @hanismasturina