Khamis, 29 Disember 2016

Cabaran 7 Hari Blogging 3

1:08 PTG 6 Comments
Assalamualaikum ,


 #3: Makanan kegemaran

Actually, Hanis tidak tahu apa relevannya tajuk diatas untuk dimasukkan kedalam cabaran 7 hari blogging ini hahaha tapi tidak salah kot kalau sekadar mahu berkongsi =) manalah tahu ada yang nak belanja Hanis nanti kehkehkeh sila baca dgn teliti makanan yang hanis sangat sukakan dibawah :-

1)Aiskrim
-Hanis tak pasti kenapa hanis sangat gemarkan benda yang bernama aiskrim ini. Tidak kisahlah daripada yang tiada jenama sehinggalah kepada aiskrim yang berjenama. Mana-mana hanis telan sahaja hahaha. Boleh dikatakan hanis obses jugalah terhadap aiskrim ni sebab kalau teringin sangat boleh sampai 2 hingga 3 aiskrim dalam satu hari. Kalau tak dapat pulak boleh bawa nangis woo... Hanis ingat lagi semasa sekolah menengah dulu. Balik sekolah mengendeng dekat umi minta aiskrim, kebiasaannya umi akan tunaikan sebab umi tahu kegemaran anak daranya ini kehkeh sebab hanis bukan jenis yang suka minta benda bukan-bukan dan macam-macam. Cukuplah aiskrim seringgit pun hanis sudah tersenyum lebar =)



2) coklat
- siapa tak suka coklat wehh hahaha. Coklat yang mempunyai tekstur yang mencair didalam mulut pergh mengancam! Rasanya coklat ni ramai kot peminatnya so tak payah kot hanis nak gambarkan kelazatannya hahaha




3) lasagna
-sedapnya masyaAllah meleleh air liur saya hahaha. Sedap memang lah sedap, tapi kalorinya pun sedap sangat. Memang cari nahas tambah lemak dalam badanlah jawabnya hahaha sekali sekala bolehlah makan, kalau selalu memang bahaya. Lasagna ni penuh dengan lapisan cheese pelbagai jenis dan juga daging. Isinya padat dan mengenyangkan. Sekali sekala hanis akan beli dekat eton (classmate hanis) kalau teringin. Pernah juga hanis teringin nak makan lasagna tapi tetiba eton kata tiada pulak memang rasa sedih gila eton hanis marah hahaha sebab kempunan sangat masa itu. Alhamdulillah sekarang dh dapat so tidaklah kempunan lagi kihkihkih



4) sushi
- hanis tengah craving benda alah ni sekarang. Tak ada siapa ke nak belanja hanis makan sushi ke??!!! Huaaa sedapnyaa nak sushi nak sushi. Tahap teringin sushi ni sampai hanis beli pizza seafood pun jadi rasa macam tengah makan sushi hahaha teruk gila berangannya. Tapi tak tipu kalau ada duit lebih benda pertama hanis nak makan adalah sushi!  Ohh sushi...

Apa lagi eh?  hanis pun blank nak tulis apa lagi sebab banyak benda yang hanis suka. Hanis suka asam pedas walaupun berair mata makan sebab pedas sangat. Hanis suka telur bungkus, danging kambing, nasi goreng belacan walaupun lepas makan hidung jadi gatal gila. Suka itu suka ini haih banyaklah mahu berapa page kalau nak cerita semua hahaha. Mungkin sampai sini je kot makanan kegemaran hanis. Terima kasih kepada yang sudi membacanya :)




Sekian,

Rabu, 28 Disember 2016

Cabaran 7 Hari Blogging 2

7:18 PTG 6 Comments
Assalamualaikum ,




#2:Impian saya

Cabaran kedua ini hanis luaskan lagi skopnya. Bukan terhad pada blog sahaja. Tetapi lebih kepada apa yang hanis ingin capai dalam hidup ini.
Kita life goal lah ni hehehe

Setiap manusia mestilah mempunyai angan-angan bukan? Tak salah kot duduk atas katil sambil fikir masa hadapan eh eh hahaha

Sekarang ini, hanis ditahap diploma. Apa yang hanis angankan agar hanis diberi peluang untuk menyambung pelajaran ke tahap degree pulak. Rasanya tidak cukup kot kalau sekadar diploma bagi hanis. Hanis akan cuba yang terbaik untuk dapatkan degree nanti. Sebab itu adalah impian hanis.

Bila sudah habis degree, hanis teringin nak buat bisnes sendiri. Sebabnya kan, hanis tak suka kerja dengan org. Kadang berangan juga nak jadi novelis tapi dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang macam komisen yang akan diterima tidak mencukupi. Jadi mungkin menulis itu hanya sekadar sambilan. Buat tambah duit poket hehehe

Next impian hanis adalah untuk bagi kemewahan kepada ibubapa hanis. Bukannya berangan sampai nak kawin dengan anak dato' ke apa... Cuma nak banyak duit untuk belanja ibubapa dan adik2 hanis. Rasa seronok dapat gembirakan hati dorang dan mesti rasa puas hati bila dapat belanja dorang dgn duit hasil titik peluh sendiri.Bawa dorang travel serata dunia omg seronoknya walaupun hanis ini mabuk kenderaan emm emm hahaha takpe ku gagahkan diriku juaa demi kebahagiaan keluargaku.

Harapnya semua impian diatas dapat Hanis capai . Doakan Hanis yerr...



Sekian,

Isnin, 26 Disember 2016

Kebaikan dan keburukan kopi

2:28 PG 2 Comments
Assalamualaikum ,


Hasil carian imej untuk khasiat kopi

Kopi merupakan sejenis minuman yang digemari oleh ramai orang tidak kiralah orang tua mahupun orang muda . Untuk pengetahuan semua , Hanis adalah salah seorang manusia yang gemarkan minuman kopi ini . Tidak kiralah kopi O atau kopi susu, dua-dua sedap pada deria rasa Hanis. Siapa suka kopi ? Kita geng ! hehehe

Tetapi tahukah korang bahawa kopi ini mempunyai banyak kebaikan dan keburukannya ?


Jika kita meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana dan memadai , kopi dapat memberikan kebaikan dan kesan yang positif terhadap tubuh badan kita . Antaranya kebaikan kopi ialah :-

1) Menjaga kesihatan hati - ada sesetengah kajian yang mengatakan bahawa kandungan kafein di dalam kopi dapat menjaga fungsi hati kita . Sejauh manakah kebenaran itu? Waallahualam , hanya Allah yang tahu .

2) Mengurangkan kadar stress - Aroma yang datang daripada kopi didapati dapat mengurangkan stress yang kita alami dan membuatkan kita berasa lebih tenang . Bau kopi segar memang sedap hehehe

3) Mencegah sel kanser - Kopi didapati dapat mengurangkan sel kanser kulit kepada wanita . Wah, dengan hanya minum kopi sahaja boleh mencegah sel kanser .

4) Membantu menurunkan berat badan - Hanis baru tahu ni hahaha . Rupanya kafein ini dapat menahan selera makan kita dan kafein juga dapat membakar lemak kita !

5) Sumber antioksidan - kopi juga mempunyai khasiat untuk kecantikan kulit wajah uaalss . Antioksidan yang terdapat dalam kopi dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan wajah kita .




Dalam kebaikan kopi , ada juga keburukannya . Sebab itu islam nasihatkan kita agar sentiasa bersederhana dalam semua aspek . Termasukkan dalam pemakanan . Kopi menjadi berkhasiat jika kita minum dengan sederhana tetapi menjadi bahaya jika terlebih meminum kopi . Antara keburukan kopi ialah :-

1) Ketagihan - Kafein yang ada didalam kopi boleh menyebabkan kita ketagihan dan berasa nak lagi dan lagi kopi tersebut . Ini sangatlah bahaya kerana jika terlebih minum boleh menimbulkan kesan bahaya lain.

2) Mandul - Meminum kopi dengan berlebihan dapat meningkatkan risiko mandul ! Sila berhati-hati .

3) Sukar tidur - apabila terlalu banyak minum kopi , mata kita akan menjadi sukar untuk berasa mengantuk . Ini akan menjejaskan waktu tidur kita dan kesan jangka panjang akan mengakibatkan penyakit imsonia. 

Akhir kata, nak minum kopi tidak salah , cuma jangan berlebihan . Jagalah kesihatan tubuh badan yang kita miliki sekarang ini .

Sekian ,



Cabaran 7 Hari Blogging 1

12:47 PG 4 Comments
Assalamualaikum ,






#1 : Kenapa buat Blog ?

Blog Hanis ini sudah wujud sejak bulan May 2010 lagi . Jadi usia blog ini lebih kurang 5 tahun lebihlah juga tak berapa ingat hehehe . Pada mulanya Hanis buat blog ini hanya untuk tujuan suka-suka sahaja sebab tengok seronok buat blog ini . Boleh tukar template , add gadjet dan masa itu Hanis obsess dengat gadjet warna-warni yang kelip-kelip tu . Gadjet bagi makan ikanlah… kartun gerak-geraklah macam-macam biasalah masa itu tak matang lagi . Budak-budak kot tengok tahunlah hahaha 2010 masa itu umur Hanis 13 tahun macam itu lah . Hanis ni lambat matang tau kehkeh tu yang perangai macam budak-budak lagi sampai sekarang…

Pada awal permulaan blog Hanis ini, Hanis banyak cerita pasal kisah di sekolah dan lebih kepada luahan perasaan jugalah hehe malu pula saya (entri ini sudah didelete atas seba-sebab tertentu) dan tips-tips belajar . Masa zaman itu memang kerja Hanis setiap hari adalah tambah gajet warna-warni dan bagi ikan makan eh hahahah .

Hasil carian imej untuk gadjet bagi makan ikan blog

Itu dululah… Bila lama-lama bermain dengan blog ini , baru sedar apa kegunaan blog sebenarnya . Hanis manfaatkan hobi Hanis yang gemar menulis ini kedalam blog ini . Daripada benda merapu cerita sendiri sehinggalah post yang memberi manfaat kepada para pembaca . Hanis suka kongsi apa yang Hanis lalui dalam hidup ini walaupun takde orang nak baca Hanis peduli apa? Ini blog Hanis okeyy jangan sibuk .

Tujuan Hanis buat blog ini adalah untuk mengisi masa lapang yang ada . Sebab itulah ketika Hanis agak sibuk, blog ini akan terbiar kesepian . Tetapi baru-baru inilah Hanis ada kesedaran tentang kepentingan mengupdate blog sebab nak jaga pageview kita . Terima kasih kepada blogger family yang sudi menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada Hanis …

Sekian, mungkin itu sahaja kot untuk tajuk hari ini . Sampai ke tak? Hahaha harapnya masuklah dengan tajuknya . Nanti kita pergi ke cabaran kedua pula ye iaitu “Impian saya” . 


Sekian,

Ahad, 25 Disember 2016

CABARAN 7 HARI BLOGGING

12:54 PTG 13 Comments
Assalamualaikum ,


Bermula hari esok (isnin) , Hanis akan memulakan cabaran 7 hari blogging . Blogger lain buat cabaran blogging, Hanis pun nak buat juga hehe tak salahkan? Tapi Hanis tak mampulah nak buat sampai sebulan cabaran ni almaklumlah kerja banyak bukannya banyak waktu free pun . Buat masa ini Hanis cabar diri Hanis buat cabaran 7 hari sahaja =)

1) Kenapa buat Blog?
2) Impian Saya
3) Makanan Kegemaran
4) Makanan yang kurang digemari
5) Subjek Kegemaran
6) Kenangan Manis
7) Kenangan Pahit


Sekian,


New Year Giveaway by MF

11:51 PG 3 Comments


Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Jumaat, 23 Disember 2016

Asics Malaysia

10:28 PTG 0 Comments
Assalamualaikum ,




Anda gemar bersukan? Suka melakukan aktiviti lasak ? Dan masih mencari kasut sukan yang selesa dan berkualiti tinggi ? Hari ini Hanis nak perkenalkan satu jenama yang mengeluarkan koleksi untuk sukan iaitu "Asics" . Asics menawarkan pelbagai pakaian sukan daripada koleksi baju , singlet , seluar , kasut dan sebagainya kepada mereka-mereka yang gemar bersukan . Asics menyediakan koleksi pakaian sukan yang berkualiti tinggi dan dijamin selesa dipakai !


Jenama sukan Asics atau dalam bahasa Latin Anima Sana In Corpore Sano adalah bermaksud ‘a sound mind in a sound body’. Mr. Kihachiro Onitsuka yang merupakan pengasas telah menubuhkan jenama ini pada tahun 1977 dan sehingga kini masih komited dalam menghasilkan koleksi barangan sukan yang berkualiti dan terbaik.

Jenama Asics ini merupakan salah satu jenama yang anda boleh temui di seluruh dunia termasuklah Malaysia ! Koleksi pakaian yang dikeluarkan oleh jenama "Asics" cukup berkualiti dan trendy yang semestinya digemari remaja zaman sekarang .



Koleksi sportswear Asics ini digemari ramai adalah kerana kesemuanya diperbuat daripada pilihan fabrik yang berkualiti tinggi dan khusus untuk aktiviti sukan. Ia memberikan keselesaan yang ideal kepada si pemakai dan secara tidak langsung menjadikan proses latihan lebih lancar. 

Selain itu, koleksi pakaian sukan Asics ini juga direka dengan rekaan yang yang cukup trendi dan ia juga sesuai digayakan sebagai koleksi pakaian kasual di hujung minggu. Pilihan terbaik untuk anda yang ingin bersukan dan tampil bergaya pada masa yang sama!


Selain koleksi pakaian sukan online yang yang boleh anda miliki dengan harga yang berpatutan, Asics Malaysia online juga menawarkan aneka pilihan kasut sukan yang tahan lasak dan bermutu tinggi. 





Untuk maklumat lanjut atau berminat untuk membelinya , bolehlah terus ke Asics Malaysia Online .

Sekian,

Selasa, 20 Disember 2016

Kesibukan tahap maksimum

4:23 PTG 6 Comments
Assalamualaikum ,



Apa khabar blogger semua? Rasanya macam sudah terlalu lama Hanis biarkan blog ini hampir bersawang tak berupdate hahaha padahal baru beberapa minggu Hanis tinggalkan . Entahlah tak tahu kenapa rasa macam hambar gila blog ini sekarang. Macam takde idea langsung nak update dan masa macam tidak mencukupi untuk menulis sesuatu di blog ini . Rindu nak menulis something, nak membebel, nak meroyan dan nak blogwalking kawan-kawan blogger yang hot-hot belaka tetapi apakan daya tidak kesampaian kerana kesuntukan masa ececeh.

Sebenarnya, Hanis jeles tengok blogger-blogger lain yang hari-hari ada entri baru . Macam kepala diorang penuh dengan banyak benda yang nak ditulis . Dan macam diorang free je sentiasa kehkehkeh padahal Hanis tahu, semua orang sama sahaja . Ada masa kekeringan idea, ada masa kesuntukan masa tetapi diorang still curi sedikit masa untuk jaga blog diorang . Hanis??? Krik krik…

Apakah kesudahan kepada blog Hanis yang hambar ini? Hahaha apa yang Hanis nak capai ermm. Tiba-tiba rasa tidak sabra nak cuti sem sebab nak update gila-gila dekat blog ini . Nak tulis macam-macam, join macam-macam . Sekarang ini nak menulis pun rasa tidak kena sebab assignment terlalu banyak yang perlu disiapkan belum tambah test (esok test muamalat wish me luck) lagi adoi dugaan seorang insan bernama pelajar …

Harapnya dengan kehilangan Hanis sebentar ini tidaklah memberi kesan kepada kejatuhan yang merundum kepada blog ini yerr. Hanis sayang sangat blog ini . Sayang macam nyawa sendiri huhuhu harap sentiasa baik-baik sahaja yee…


Sekian,


Sabtu, 10 Disember 2016

Sinopsis filem DESOLASI

3:25 PTG 4 Comments
Assalamualaikum,


Desolasi

Pada 8 Disember 2016 , Hanis dan kawan-kawan telah pergi menonton filem "DESOLASI" arahan Syafiq Yusof ini di sebuah pawagam di Kuala Lumpur . Filem "DESOLASI" ini tidak rugi ditonton ! Jujur bagi Hanis satu filem yang menarik ! Walaupun pada mulanya jalan ceritanya agak sukar difahami kerana situasi yang agar complicated , namun bila sudah tonton lama-lama semakin difahami . Hanis bagi 4 bintang ! Sedih pun sedih , GEMPAK lah cerita ini !


TAJUK : DESOLASI
KLASIFIKASI : P13
GENRE : Fiksyen Sains / Ngeri
TARIKH TAYANGAN : 8 Disember 2016
PENGARAH : Syafiq Yusof
TERBITAN : Skop Productions Sdn Bhd
PELAKON : Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim, Dato Jalaluddin Hassan, Aida Khalidah, Jacky Kam, C.Kumaresen, Siraj Sheikh Alsagoff 

FOTOGRAFI : Azami Alias 
PENATA SENI : Ridzuan Bin Mat Hussain 
PENYELIA KESAN KHAS : Dinie Shuhaimi 
PENATA MUZIK & BUNTI : Imaginex Sdn Bhd 
PENOLONG PENGARAH : Shake Al Walled / Raja Daniel Matiin 
PENERBIT : Datuk Yusof Haslam


SINOPSIS DESOLASI 
Mengisahkan mengenai Aiman seorang pelukis remaja yang mencari jawapan dalam persoalan kehidupan selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan sehariannya sehingga membuatkan dirinya hilang arah. Masalah demi masalah yang dihadapinya telah membuatkannya bertengkar dengan ayahnya. Satu hari, Aiman berdoa agar semua masalahnya hilang dan keesokan harinya, selepas bangun dari tidur, dia mendapati semua manusia sudah lenyap. Ia sekali gus memberi peluang kepada Aiman untuk melakukan pelbagai perkara yang ingin dilakukannya tanpa perlu berfikir panjang. Dalam pada itu, Aiman juga mencari jawapan kepada kehidupan dan persoalan terhadap apa yang dicarinya selama ini.



desolasi


Cerita ini memberi pengajaran yang berguna kepada kita . Pengajaran yang cuba disampaikan dalam cerita ini antaranya adalah bersyukur dengan apa yang kita perolehi . Kedua , bersabar dalam menjalani dugaan kehidupan . Yang ketiga, hormati ibubapa anda kerana tanpa mereka, anda tidak ada dalam dunia ini . Dan yang terakhir , JANGAN TINGGAL SOLAT 5 WAKTU ! Sebab tanpa solat , jiwa kita tidak akan tenang.

Akhir kata , filem ini memang terbaik ! Apa kata korang luang masa sedikit untuk menontonnya dan ambil sedikit pengajaran daripada filem ini =) Disamping berhibur dengan Kuala Lumpur yang kosong , dapat juga belajar munasabah diri hihihi



Sekian,





Rabu, 7 Disember 2016

Tanya diri sendiri

6:03 PTG 6 Comments
Assalamualaikum ,



" Tanya diri sendiri . Adakah apa yang anda lakukan sekarang mendekatkan diri anda dengan apa yang anda mahu capai pada masa akan datang "

Maaf sebab lama tidak update blog . Kuliah sudah kembali seperti biasa sebab cuti pertengahan sem sudah habis huhuhu. Sibuk sikit banyak assignment plus takde internet . Nak update blog kena guna hotspot dari data internet handphone hurm pakai duit tu beb !

Tapi kalau ada yang memerlukan khidmat Hanis untuk REVIEW/PENGIKLANAN/ SPONSORSHIP/ EVENT boleh email Hanis : anismasrina@gmail.com . Untuk ini Hanis tidak busy sebab i need money student ni banyak pakai duit weyy huhu . Bayaran macam biasa RM 50 sahaja hihihi . Tak ada diskaun ke Hanis? Eh ada Whatsapps je Hanis 019-3140559 kita bincang sana ye .

Sekian,


Isnin, 5 Disember 2016

Tokyo destinasi idaman Hanis #MyTravelokaEscapade

12:14 PG 7 Comments
Assalamualaikum, 



Dalam banyak-banyak tempat didunia ini , Tokyo merupakan salah sebuah negara yang Hanis teringin sangat hendak menjejakkan kaki ! Kalaulah Hanis diberi peluang oleh #MyTravelokaEscapade untuk memenangi percutian ke negara Tokyo ini , alangkah bertuahnya rasa . Hanis sudahlah tidak pernah melancong ke luar negara. Teringin sangat tau tapi nak buat macam mana, no money no travel hahaha

Mengapa Hanis pilih Tokyo? Apa yang best sangat dengan sebuah negara yang bernama "Tokyo" ini? Haa punyalah excited Hanis nak ke negara Tokyo ini sampai sanggup beli internet semata-mata nak buat research tau ! hahaha .

TEMPAT WAJIB DILAWATI DI TOKYO

1. Shinjuku Gyoen National Garden


Wahhh!!! nampak cantik je, nampak lawa je tempat ini . Apa itu Shinjuku Gyoen? Shinjuku Gyoen National Park adalah antara taman tradisional yang tertua di Jepun. Di taman ini terdapat pelbagai tarikkan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik . Di dalam taman ini juga terdapat beberapa taman utama iaitu French Garden dan English Garden. Taman ini akan adalah kawasan tarikkan utama masyarakat Jepun untuk bersantai bersama keluarga pada musim bunga sakura. Selain itu, pada musim luruh pula bunga di taman ini akan berubah warna menjadi kuning keemasan dan pemandangan pada waktu ini adalah amat cantik. Seriuslah alangkah seronoknya kalau #MyTravelokaEscapade sponsor Hanis pergi ke Tokyo ini ! Dapatlah Hanis merayau hirup udara segar sambil bergambar berselfie sakan disini hehehe.


2 . Shibuya



Shibuya adalah antara 23 bandar utama di Tokyo dan terkenal sebagai kawasan membeli-belah dan hiburan. Uish, dengar je kawasan membeli-belah tetiba rasa macam banyak duit nak shopping padahal krik krik krik krik . Poket kosong . Shibuya juga terkenal dengan kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia yang dikenali sebagai Shibuya Crossing. Di Shibuya terdapat pelbagai butik pakaian yang menarik dan merupakan pusat bagi fashion remaja dan budaya. Menarik ni ! Mesti Hanis lawati tempat ini kalau berpeluang memenangi percutian #MyTravelokaEscapade .


3. Tokyo Disneyland dan Disneysea



Siapa tidak kenal Disney bukan ? Ala, filem Disney dihasilkan oleh Walt Disney tu . Popular kot siri Disney dimata dunia ! Taman tema Disney ini dibina pada tahun 1983 dan merupakan taman tema Disneyland pertama yang berada di luar Amerika Syarikat. Manakala Tokyo Disneysea pula adalah taman tema fantasi yang dibina berdasarkan lagenda laut. Berbeza dengan Disneyland yang lebih cenderung ke arah golongan kanak-kanak, Disneysea dibina bertujuan untuk menghiburkan pelawat golongan dewasa. Ye lah , minat orang dewasa tidak sama dengan minat kanak-kanak . Emm , kalau Hanis kategori mana ye? Rasanya kanak-kanak lagi kot sebab sampai sekarang Hanis masih tengok rancangan kartun seperti Spongebob, Boboiboy dan Upin Ipin . hahaha . Tidak dapat terima kenyataan tahun depan nak masuk umur 20 #laritopik . 


4. Yoyogi Park


Yoyogi park adalah taman yang terbesar di Tokyo dan amat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga. Inilah yang seronok ! Dapat melepak sambil menikmati permandangan yang indah dan menenangkan . Hilang stress Hanis kalau #MyTravelokaEscapade bagi Hanis peluang ke Tokyo ni . Banyak sangat tempat menarik ! Di taman ini terdapat pelbagai tarikkan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Taman ini terletak bersebelahan dengan Meiji Shrine dan pengunjung akan dapat menikmati pemandangan Yoyogi Park yang cantik sepanjang perjalanan hendak ke Meiji Shrine.


5. Gunung Fuji





Mesti lawa sangat-sangat permandangan di gunung fuji ini ! Gunung Fuji adalah gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.24 m (12,389 ft). Gunung Fuji amat terkenal di dunia kerana bentuk puncak gunung yang hampir sempurna dan sekata menyerupai bentuk cone. Di sekeliling Gunung Fuji terdapat 5 tasik yang cantik iaitu Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko.



6. Tokyo Skytree


Tokyo Skytree adalah menara penyiaran televisyen dan merupakan mercu tanda bandar Tokyo. Menara ini adalah menara tertinggi di Jepun dan juga menara kedua tertinggi di dunia pada ketika siap dibina dengan ketinggian 634 meter. Terdapat dua dek pemerhati di menara ini iaitu pada ketinggian 350 meter dan 450 meter. Walaupun Hanis ini agak takut pada ketinggian , namun jika #MyTravelokaEscapade beri peluang kepada Hanis menjejakkan kaki di Tokyo Hanis akan naik juga ke sini . Bukan selalu berpeluang tau !


7. Akihabara



Akihabara terkenal dengan pelbagai kedai elektronik. Selain itu, Akihabara juga merupakan syurga bagi penggemar anime dan manga. Antara tarikkan utama yang unik di Akihabara ialah Maid Cafe, Gundam Cafe dan AKB48 Cafe and Shop. Hanis bukanlah penggemar anime dan manga sangat tetapi pernah jugalah baca buku anime itu . Lagipun Hanis ada sorang kawan yang gilakan anime jadi sedikit sebanyak adalah terkena sedikit pengaruh itu hahaha .

Tamat sudah 7 sebab mengapa Hanis pilih Tokyo sebagai destinasi impian Hanis jika diberikan peluang oleh #MyTravelokaEscapade !

Destinasi impian Hanis adalah "TOKYO" ! Korang pula ? Adakah korang juga teringin mahu memenangi percutian  #MyTravelokaEscapade ? Jomlah join contest yang Traveloka buat ini , kot-kot ada rezeki korang untuk memenangi percutian percuma? Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.


Klik link < https://blog.traveloka.com/en/online-contest/ > untuk turut serta dalam contest #MyTravelokaEscapade yang dibawakan khas oleh www.traveloka.com.my ini dan berpeluang memenangi percutian idaman anda !

Sekian,









Follow Us @hanismasturina