Hanis Masturina
  • Home
  • Kenali IPB
  • Collaboration
  • My Review
    • Novel Melayu
    • Kdrama
    • Anime
  • Contact Me
Assalamualaikum,

Yeah! Akhirnya, genap seminggu Hanis kerja ditaska! Tak sangka pula tahan kerja dekat situ sebab masa first day haritu memang penat giler buat kerja, layan bebudak tuu...Tapi, lepas beberapa hari rasa macam dah biasa pulakk...hahaha



Hasil carian imej untuk taska si comel
*gambar google

Masa first day masuk tu,ada pelajar praktikal 3 orang dari U manatah,so i was like segan-segan gitu dan terasa macam kecik sangat because umur baru 17 tahun sedangkan diorang dalam 21-23 tahun. Oh tidak,tak ada geng ! Memang masa tu rasa macam nak paksa kawan masuk kerja dekat situ atlease ada kawan untuk bergurau senda . Nak sebut diorang kakak pun agak kekok sikit sebab seumur hidup tak pernah ada kakak dah la badan diorang semua kecik-kecik je,Hanis lagi tinggi dan besar kot ! Yang senior-senior lagilah tak berbual punn just senyum-senyum segan je. Then buat kerjanya punyalah lambat kononnya sopan santun gitu padahal bukan ada orang kesah pun dekat situ semua teacher perempuan, lantaklah nak menjerit ke,terpekik terlolong tak ada pakwe nak terkejut.hahaha. Teacher lain semua menjerit bila ada budak gaduhlah,buat bising melampau tapi tak ada yang pukul or cubit budak ye...nonono. First day Hanis tak ada marah budak ye,diulangi first day sebab tu semua bebudak Toddler dekat situ sayang dekat teacher Hanis,~hahaha ngade . 

Hari kedua ,ketiga dan keempat Hanis dah mula kenal perangai bebudak dekat situ. Dah tau dah yang mana kaki pukul, yang mana kaki nangis , yang mana suka buat hal sendiri dan yang mana suka menempel dengan Hanis . Pergh, serabut ! yang sorang tu,tak ada angin tak ada ribut tetiba pukul budak lain yang tengah main,memang meraung dah budak tu! Yang kaki nangis tu kejap-kejap nangis. Jatuh sikit nangis,pastu orang buat tanda shh dekat mulut terus senyap then gelak. Nampak tak permainan dia? Yang suka buat hal sendiri tu suka pusing satu bilik tu then mulut terkumat kami baca mentera apatah ada yang menyanyi senyum-senyum,haih risau orang dibuatnya. Ada juga yang suka jadi mop lantai! Duk mengesot dekat lantai, padahal semua boleh jalan(umur 2-3 thn) bersih lantai tu tak payah cleaner mop lagi -_-' . Yang seksanya ada sorang budak ni duk cari benda dekat lantai masuk mulut. Haritu dimasukkanya skru dalam mulut apalagi marah lah teacher Aishah, nangis terus budak tu,Hanis juga kena pujuk -_-' . Bebudak dekat situ takut dengan teacher Aishah tau ! Jangan memain... Yang menempel tu siap peluk-peluk,puji baju teacher cantiklah, pin tudung teacher cantiklah bentuk love. Ada yang tetiba luahkan kata-kata cinta " sayang teacher Hanis " Eeiiuu Macam-macam !

Hari jumaat iaitu semalam,teacher Aishah cuti . So Hanis dengan teacher athirah lah yang kena jaga bebudak toddler tu .Diorang bahagialah sebab tak ada teacher garang,tapi lama-lama kitaorang punn bertukar jadi hulk! Memang terpaksa menjerit untuk kawal diorang! Teacher Athirah jadi garang hari itu. Hanis ni yang tak pernah menjerit marah budak sebelum ini pun dah bertukar sampai hampir-hampir hilang suara! Btw,tak adalah menjerit tak tentu pasal. Yang tak buat perangai tak adalah kena marah . Yang gaduh-gaduh je kena. Tapi walaupun Hanis buatlah muka segarang mana diorang senyap sekejap je,lepastu buat lagi ! Inilah budak-budak zaman sekarang~ Ada juga 4 orang budak ni duk berebut Hanis ! Empat-empat nak duk atas riba! Apa ni!!! Kalau diorang tak gaduh tak apalah juga,ni diorang tak bagi orang lain duk sekali. Dicubitnya kawannya,haish sabar je lah . So Hanis tak boleh duduk lelama terpaksa lah berdiri tak bagi diorang duduk tapi yang dua budak tu sorang lelaki sorang perempuan duk pegang tangan Hanis kiri kanan . Datang lagi sorang nak pegang lagi,Hanis nak bagi apa? kaki? Teacher ada 2 tangan je lahh!!! OMG.

Dan tadi,ada ceramah kebakaran dan kecemasan dekat situ,tapi tak ada bebudak so hambar -_-'. hahaha layan je lah kan? Kalau tak hadir kena tindakan tata tertib pulakk...

Ok,tamatlah sampai sini. Kepada yang rajin baca entri panjang macamni terima kasih sangat. Yang tak baca tu Hanis faham,kalau Hanis punn tak sanggup baca post panjang-panjang ni,hehehe. 

Yang tak baca tu tak apa tapi KLIK SINI ok  joinlah kalau berminat =)


Assalamualaikum,

huh! Ada pun masa nak update blog ni, tu pon dapat sekejap je sebab esok nak kena bangun awal pukul 5:30 pergi kerja , mak aihh lagi awal dari pergi sekolah . Rindu giler dekat sekolah !!! Jujur dari hati lagi suka alam persekolahan daripada alam pekerjaan. So,memang lepas dapat result SPM nak sambung belajar tak kisah lah mana-mana , kalau tak dapat mana-mana tingkatan 6 pon ok lahh,kan? Wahai AWMS, i nak masuk sekolah u ye!


First day Hanis kerja hari isnin haritu mak aihh nak tercabut kepala lutut,sakit-sakit badan buat macam-macam kerja. Habis kerja pukul 6 balik rumah terus tumbang tidur tak ingat dunia then terbangun pukul 10, pukul 11 tidur balik. Bapak tak senonoh perangai...hahaha

Btw, itu first day. Hari kedua dah ok sikit. Balik tak adalah terus tumbang tapi sama je tak bertegur sapa dengan family sebab diorang pergi berniaga.sad life...

Hari ketiga iaitu harinilah,Allhamdullilah mungkin sudah serasi tak adalah penat sangat,siap boleh on blog ni lagi tau! hahaha

Eh,dah pukul 9:40 lah pulak,pukul 10 umi dah suruh tidur ,so tak sempatlah pulak nak nak taip panjang-panjang lagi so kita berhentilah dekat sini. Lagi satu jemput join GA INI reramai sebab kalau penyertaan kurang 30 orang automatik akan terbatal dengan sendirinya... Hanis tak sempat nak promote GA ini gedebabom macam orang lain sebab Hanis tak ada masa ,huhuhu

Ok lah,bye.


p/s:esok hari jadi sultan Selangor jadi mak ayah Hanis semua cuti tau,Hanis je tak,huhuhu. Diorang nak pergi jejalan pulak tu,jeles nak nangis...







Assalamualaikum,

Alhamdullilah...habis juga SPM ! Kertas terakhir tadi ialah ICT . Dekat sekolah Hanis 29 orang je yang amik ICT tau ! So,kelas kitaorang lah penutup tirai . 


Harini jugalah last day jumpa diorang sebagai rakan sekelas . Sedih jugaa walaupun tak adalah rapat sangat dengan diorang . 


Lepas balik je dari sekolah terus pergi birthday party kawan dengan pakai baju sekolahnya,hahaha. Then tangkap gambar,memang spoil lah orang lain pakai baju lawa-lawa kita? baju sekolah.sangat hambar -_-'


Btw, memang akan rindu kepada...


Cikgu ICT yang selalu salah nama orang ;


Cikgu BM yang comel dan lembut je orangnya ;


Cikgu PA yang bersungguh ajar akaun tapi Hanis still x reti ;


Cikgu SN yang yakin Hanis boleh dapat A dalam SN ;


Cikgu MT yang penyayang ;


Cik S yang menceriakan hidup Hanis walaupun selalu tak datang -_-' ;


Mamat A yang selalu cari pasal ;


Mamat F yang perasan hensem ;


dan lain-lain...


Sumpah,akan rindu korang !









Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

ABOUT ME

Hanis Masturina

Hanis Masturina | 24 y/o | Part-Time Blogger | Selangor

Advertisement

Tinggalkan pesanan disini =)

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright 2019 Hanis Masturina. Dikuasakan oleh Blogger.

Follower

Cari Blog Ini

Previous Post

  • ►  2022 (2)
    • ►  Julai 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
  • ►  2021 (2)
    • ►  Disember 2021 (1)
    • ►  Februari 2021 (1)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Jun 2020 (1)
    • ►  Mei 2020 (2)
  • ►  2019 (2)
    • ►  Ogos 2019 (2)
  • ►  2018 (2)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  Mei 2018 (1)
  • ►  2017 (46)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  Oktober 2017 (5)
    • ►  September 2017 (4)
    • ►  Ogos 2017 (1)
    • ►  Julai 2017 (2)
    • ►  Jun 2017 (2)
    • ►  Mei 2017 (7)
    • ►  April 2017 (6)
    • ►  Mac 2017 (4)
    • ►  Februari 2017 (5)
    • ►  Januari 2017 (9)
  • ►  2016 (86)
    • ►  Disember 2016 (21)
    • ►  November 2016 (11)
    • ►  Oktober 2016 (10)
    • ►  September 2016 (5)
    • ►  Ogos 2016 (5)
    • ►  Julai 2016 (2)
    • ►  Jun 2016 (7)
    • ►  Mei 2016 (9)
    • ►  April 2016 (7)
    • ►  Mac 2016 (2)
    • ►  Februari 2016 (1)
    • ►  Januari 2016 (6)
  • ►  2015 (12)
    • ►  Disember 2015 (2)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  Oktober 2015 (2)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  Ogos 2015 (1)
    • ►  Julai 2015 (1)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  Mac 2015 (2)
    • ►  Februari 2015 (1)
  • ▼  2014 (11)
    • ▼  Disember 2014 (3)
      • Kerja Taska
      • Busy
      • SPM 2014 sudah habis .
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  Jun 2014 (1)
    • ►  Mei 2014 (2)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  Mac 2014 (1)
    • ►  Februari 2014 (1)
    • ►  Januari 2014 (1)
  • ►  2013 (17)
    • ►  Disember 2013 (2)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  Oktober 2013 (2)
    • ►  September 2013 (5)
    • ►  Julai 2013 (5)
    • ►  Februari 2013 (1)

Blogger's Family

  • ombakbergigi
    Jom Iftar Makanan Seafood di Restoran Bara Stulang
  • aienie.nka
    Salam Ramadan 1444Hijri
  • Kasihku Amani Imani
    ebook | Uncle Doktor, Nak Tak Jadi Papa Niny? oleh Shima Rostam
  • BUSYRA TAKIYUDIN
    Waktu Berbuka dan Imsak 2023 Negeri Kedah
  • FARAH
    Sup gearbox dia besar sangat ni, only dapat bila Buka Puasa dekat Amansari Seri Alam
  • Lea Azleeya
    Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA Tampil Dengan “Selera Nusantara”
  • Lifetime Thesis
    Makiato Strawberry Nougat Crisp yang Sedap dan Murah
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • RRAI
    Cover Song Pilihan Sept: RECKLESS
  • Syaza Raihanah
    Back to School : My New Semester Routine
  • KimChaa
    Kopi cheese
  • || Beeha Azman ||
    Root Canal Treatment (RCT) Part III
  • Maisarah
    2 Point O Full Movie 2020.
  • LE.JH
    Berwajah Baru & Bakal Tukar URL Link
  • Pengedar Shaklee Seremban
    Resepi Ayam Paprik
  • // Just Like Me ♔
    Full Tempahan Template by Wan Nur Amirah
  • Reenri
    Pelik Ke?
  • Faezah Mdnor Official Blog
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua
Blogs Directory

Featured Post

Yuran asrama KUPTM KL

Popular Posts

  • KPP Test- Tips LULUS Ujian Undang-Undang Berkomputer
  • Giveaway Refresh Blog
  • DIY hadiah istimewa anda hanya di Printcious.com
  • Belajar di Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM KL)

Label

baitulmal 6 Bookcafe 2 Buku Prima 3 BukuFixi 4 celcom 2 Diploma Pengajian Muamalat 7 Diploma Pengurusan Haji dan umrah 7 Diploma pengurusan zakat dan wakaf 7 ezbuy 1 fixi 5 hanismasturina 6 homegrown 2 Institut Profesional Baitulmal 7 internet mudah alih 2 IPB 6 Kedai buku Online 5 KELABU 1 khasiat daun inai 1 kolej 4 Lengloi 1 MAIWP 6 mereka 1 novel 9 NovelFixi 2 ONEXOX 3 patung 1 penawar resdung 1 prabayar 2 Puja 1 Qarin 1 review 8 reviewnovel 8 taobao 1
Copyright © 2021 Hanis Masturina

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template