Yuran asrama KUPTM KL

 Assalamualaikum,

Memandangkan Hanis dapat banyak sangat soalan dekat salah satu post blog hanis yang bertajuk "Belajar di Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM KL)" mengenai yuran asrama KUPTM KL, jadi harini Hanis nak share sikit berapa sebenarnya jumlah yang perlu dibayar untuk asrama dekat sini. (Berdasarkan data semasa pada tarikh hari ini 11 Februari 2021) 

Ini antara screenshot orang yang bertanya pada ruangan komen: -





Demi korang, Hanis rajinkan diri juga mencari maklumat ini. Kalau ikutkan Hanis dah lama keluar dari asrama tapi sebab ada yang bertanya kann so here we go...


Ok jadi jadual diatas menunjukkan jumlah bayaran asrama bagi KUPTM KL dan cawangan-cawangan KPTM yang lain. Kalau tengok dekat situ korang boleh nampak sebulan RM200 bagi cawangan KL. Dan TIADA PENGHAWA DINGIN okeh. Korang jangan tanya kenapa mahal, kenapa tempat lain bawah dua ratus kenapa tambah 10 hengget je terus dapat aircond kalau duduk kat kelate. THIS IS KL! Itu je jawapan Hanis mampu bagi. Kenapa KL mahal pulak? Allahu, tak larat nak jawab pergi google sendiri kenapa ye hahaha.

Harap post ini berjaya membantu buat kawan-kawan yang sedang mencari informasi ini lah ye. Tapi buat masa sekarang, tiada pelajar pun yang duduk asrama KUPTM itu memandangkan semua online class kan sekarang ini =(

Goodluck semua yang menempuh kelas online sepanjang pandemik ini. Hanis duk tunggulah bila nak habis PKP ni. Bila nak boleh naik kolej semula. Untuk pengetahuan semua, sekarang Hanis berada di semester 7 iaitu second last semester huhu. Hanis dan kawan sama sem sangat-sangat berharap sem depan dapat naik kolej dan belajar secara fizikal seperti dahulu. Walaupun sem pendek je, tapi kami merindui suasana belajar berhadapan dengan para pensyarah... Too good to be true? 

Sekian, yang merindui kehidupan sebelum munculnya covid-19










0 comments