Assalamualaikum ,
Tajuk : MEREKA
Penulis : Ariff Adly
Harga : RM 19.90
klik gambar untuk ke website FIXI
Sinopsis
“Ada orang kat dalam ke?” teriakku, sambil mengetuk pintu tandas.
Bulu roma aku tiba-tiba berdiri. Aku mula berganjak ke belakang. Mungkin aku silap dengar.
Tiba-tiba satu suara tangisan masuk ke dalam telinga. Aku kembali merapatkan diri pada pintu tandas, dan mengetuknya. “Ada orang kat dalam ke?”
Suara tangisan itu masih ada. Aku menarik nafas dalam-dalam, dan menolak perlahan-lahan pintu tadi.
“Cik, saya nak masuk ni. Cik okay ke?”
Tangisan tadi datangnya dari kubikel keempat yang letaknya di hujung. Setibanya aku di hadapan pintu keempat, tangisan itu berhenti.
“Cik? Cik okay ke? Tempat ni dah nak tutup dah. Apa kata…”
“Hik!” Selepas beberapa ketika, suara tangisan itu diganti dengan suara baru. “Hik. Hik. Hihihihi! Hik!”
Ah, ni sial.
Review Novel
Mesti bila korang baca sinopsis diatas korang jangkakan ini novel 100% pasal hantu bukan? Typical hantu dalam bilik air ~ No no no, ini bukanlah novel hantu yang suka muncul dimana-mana dan secara tiba-tiba . Tapi novel ini lebih kepada pengembaraan merentasi dimensi . Dasyat ! Serius hanis kata novel ini dasyat . Banyak perkara yang kita tak jangka berlaku dalam novel ini . Banyak perkara yang agak tak logik difikiran manusia diselitkan di dalam novel ini .
Semuanya bermula pada malam pertemuan mereka itu . Tanpa mereka sedar , mereka telah masuk ke alam lain yang sangat memeningkan kepala dan menakutkan . Mereka terperangkap dalam dimensi lain? Siapakah yang menyebabkan mereka masuk ke dimensi itu? Dan kenapa? Haa tertanya-tanya tak? Cepat beli wey !!! Dalam novel ini pun ada banyak info tentang freemanson, salib terbalik and banyak lagi benda yang korang tak tahu .
Disamping membaca kita dapat menambahkan pengetahuan kita ye dak? hehehe . Novel Fixi penuh dengan kejutan ! Belilah di http://fixi.com.my/ dan enjoy !!!

