Jumaat, 2 Disember 2016

6 Website yang WAJIB anda lawati !

Assalamualaikum ,



Pada zaman yang serba moden ini , penggunaan teknologi seperti internet sudah menjadi satu kemestian . Apa-apa maklumat boleh didapati hanya dari hujung jari . Namun , lambakan website di dalam internet membuatkan kita agak sukar untuk mencari website yang betul-betul berguna dan berinformasi .

Pada tahun 2014, terdapat lebih kurang 1 billion website dan blog ! Banyak sangat tau ! Jadi agak sukar untuk kita mencari website yang paling terbaik dan memberi informasi yang tepat .

Jadi pada hari ini , Hanis nak kongsikan beberapa website dan blog yang dijamin berguna tetapi ramai yang tidak mengetahui mengenainya . Rugi tau tidak ambil tahu website / blog dibawah ini .

1. Kerja Kosong ( https://government.my/ )

-Government.my ini menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong dalam sektor awam yang khusus di Malaysia. Laman web atau blog ini menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan baru. Di samping itu website ini menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan dengan pekerjaan .

2. Jawatan Kosong Kerajaan ( http://www.jawatankosong.co/ )

-Laman web JawatanKosong.co ini pula lebih fokus kepada mereka yang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan. Kerja dengan kerajaan ini sudah semestinya menjamin gaji yang lebih lumayan,terjamin dan senang untuk membuat pinjaman .

3. Kerja Kosong ( http://kerjakosong.co/ )

Kerjakosong.co pula merupakan portal pekerjaan dimana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh mengiklankan tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan dengan gaji tinggi, bolehlah melawati portal ini dengan segera .


-Ini merupakan sistem yang digunakan untuk melihat markah murid sekolah secara online . Laman web ini sangat berguna untuk ibu bapa memantau perkembangan prestasi peperiksaan anaknya disekolah . Takde peluanglah budak-budak nak sorok keputusan mereka daripada pengetahuan ibubapa mereka kihkihkih semua dihujung jari ibu dan bapa .

5. APDM ( http://www.apdm.co/ )

- APDM ? Apakah itu? APDM merupakan singkatan kepada Aplikasi Pengkalan Data Murid. APDM ini merupakan laman web yang digunakan oleh para guru untuk mengisi data-data murid seperti kehadiran , mata pelajaran dan sebagainya  Sistem ini dibangunkan oleh KPM demi memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia.


HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia (Human Resources Management Information System). Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti dan juga mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.


Semua website yang Hanis nyatakan diatas amatlah berguna untuk kegunaan kita semua . Diharapkan dengan pendedahan diatas dapat membantu korang untuk mendapatkan maklumat dan kursusnya mendapatkan pekerjaan bagi yang masih mengganggur . Jangan lupa untuk kongsi dan war-warkan informasi ini kepada rakan-rakan anda yang lain okeyy ! Sharing is caring =)

Sekian ,




6 ulasan:

Follow Us @hanismasturina