Ahad, 29 Januari 2017

Taman Botani Putrajaya

5:43 PTG 8 Comments
Assalamualaikum ,



Penat tetapi puas ! Itu yang dapat Hanis gambarkan apabila buat pertama kalinya mengunjungi Taman Botani Putrajaya ini . Taman Botani Putrajaya ini merupakan antara tempat yang sesuai untuk kita beriadah dan juga mendapatkan gambar-gambar yang cantik kerana persekitarannya dan pemandangannya yang sangat menarik !



Taman Botani Putrajaya ini terletak di Presint 1, 62000, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia . Bayaran masuknya adalah PERCUMA !!! Taman ini juga menyediakan basikal untuk disewa dengan bayaran RM 10 ! Taman ini juga menyediakan perkhidmatan tram yang berharga RM 7 dan RM 6 (student). 




Disebabkan Hanis dan kawan-kawan pergi ke Taman Botani Putrajaya dengan niat untuk bergambar , jadi kami berempat tidak menyewa basikal mahupun menggunakan perkhidmatan tram . Kami hanya berjalan kaki sahaja dan bergambar sakan menggunakan kamera DSLR milik Sabrina.




Nak amik gambar kawin pun lawa uaalls dekat sini hehehe . Abaikan muka terlebih excited Hanis =P


Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Taman Botani Putrajaya ini tau ! Boleh bergambar banyak-banyak . Takpun beriadah kayuh basikal dengan keluarga =)




Sekian , terima kasih kepada yang sudi membaca dan lihat semua gambar kami (klik gambar untuk lihat full size)

Untuk maklumat lanjut mengenai Taman Botani Putrajaya , sila klik SINI






Jumaat, 27 Januari 2017

Review EUMORA Facial Bar

10:09 PG 8 Comments
Assalamualaikum ,




Haritu Hanis ada terima bungkusan barang jauh daripada Singapura . Rupa-rupanya ianya datang dari EUMORA Singapura yang mahu Hanis review produk Eumora The Moor Bar with Hma Factor . Sebenarnya Hanis sudah lama dapat sabun ni , masa study week haritu bungkusan ini sudah sampai dirumah . Namun disebabkan agak sibuk dengan nak baca bukunya, fikir pasal final exam itu yang terpaksa tangguhkan dahulu review ini huhuhu .

Apa itu sabun EUMORA ?

Sabun EUMORA merupakan sabun ALL IN ONE yang memang ajaib. Hanya 3 minit sahaja anda akan dapat melihat perubahannya. 30 minit wajah anda akan bertambah cantik dan berseri. EUMORA adalah 100% semulajadi.Bar Rawatan kulit yang mengandungi MOOR yang hebat dan mikroalga yang dihidrat (H-ma), dihasilkan serta 100% diimport dari eropah.


Antara bahan-bahan yang terkandung dalam EUMORA adalah :-
1) -Hma - Algae yg kaya dengan antioksida, vitamin dan mineral dari Europe untuk mengembalikan keremajaan dan menyembuhkan kulit.

2) Heilmoor Clay – Terdiri daripada beratus herba, bahan organic, antibiotic yang semulajadi, hormon tumbuhan dan banyak lagi.


Kebaikan Menggunakan EUMORA :

  • Mencerahkan tona kulit wajah
  • Mengecilkan pori
  • Mengurangkan kulit berminyak
  • Menegangkan dan memberikan kulit baharu
  • Memberi tenaga dan meremajakan kulit wajah

Cara-cara penggunaan sabun EUMORA :-


1) Apa yang anda perlukan adalah sabun Eumora dan air

2) Basahkan tangan. Letak sabun Eumora di telapak tangan dan gosok hingga menghasilkan buih pekat. (Jangan letak air terus pada sabun)

3) Sapukan pada wajah dan biarkan selama 3 minit.



4) Bilas dengan air


DONE !!!



SEBELUM

SELEPAS



Maaflah muka i tak berapa nak flawless uhuks itu yang macam tiada beza sangat . But apa yang Hanis rasa adalah Hanis rasa muka Hanis tegang wohoo. Muka pun tidak berminyak . HANYA 3 MINIT HANIS DAPAT MERASAI PERUBAHANNYA !!!

Hanis sudah mula guna sabun ni lebih kurang seminggu masa study week haritu . Buat masa ini nak kata ada perubahan ketara itu takdelah tetapi Hanis rasa fresh sangat . Bau sabun Eumora ini juga amat menyenangkan sebab tiada bau bahan kimia yang kuat dan merbahaya . Bau sabun ni macam tanah liat pun ada but seriusly nice sabun ini . TERBAIKK !!!

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan sabun Eumora ini ataupun ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh terus ke FB EUMORA SINGAPURA (KLIK) ataupun e-mail : ask.eumora@gmail.com

Sekian , terima kasih.


GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

8:21 PG 1 Comments

Assalamualaikum..



Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.






Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang


1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan:


1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)

Slimmtreats:
http://www.slimmtreats.com
http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)

Nora Misnan:
http://Kongsibersamanora.blogspot.com
Http://www.facebook.com/kongsibersamanora
(follow blog +like page)

Jamil Hashim:
http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

Nadiah Hanum:
http://nadiah245.blogspot.com
Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

Aida Hanafiah: 
http://www.adianiez.com (follow blog )


**Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4- Copy & paste code  ke html post blog

Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan,.

Semoga Berjaya semua..


sekian..

Selasa, 10 Januari 2017

Cabaran 7 Hari Blogging 7

5:16 PTG 4 Comments
Assalamualaikum ,



#7 : Kenangan Pahit

Cabaran terakhir kali ini amatlah perit untuk dikenang . Bukan sekadar pahit,malahan sakit dan memeritkan . Kenangan paling pahit yang Hanis lalui pada tahun 2017 ini adalah Hanis jatuh kemudian kaki Hanis terseliuh dan bengkak sakit gila weyyy huhuhu sampaikan Hanis langsung tidak boleh berjalan sehingga menyebabkan Hanis terpaksa pakai tongkat ke kelas hua . Pahit bukan kenangan ini? Sis redo .

Alkisahnya semuanya berlaku sebab Hanis tidak berhati-hati hurm salah Hanis juga entah macam mana tidak nampak lubang kecil di dalam longkang kecil itu adoi mungkin sebab waktu itu gelap then Hanis jalan punyalah konfiden pandang depan tak pandang bawah hehehe 

So, inilah yang terjadi pada Hanis . Sampai waktu Hanis sedang menaip ini pun Hanis tidak dapat berjalan ... Tunggu tukang urut tak sampai-sampai kesudahannya hanya mampu urut sendiri sahaja sobsob . Sakit ,perit ,sedih semua ada sebab dah rancang nak pergi jalan-jalan dengan kawan tetapi semuanya terpaksa dibatalkan sebab Hanis tidak mampu berjalan seperti biasa . Sorry gaiss , rasa bersalah sangat huhuhu...koranglah kawan ketika senang mahupun susah . Sayang juga korang dekat Hanis eh hehehe, dilayan macam tuan puteri haritu. Terima kasih kepada semua yang sudi membantu Hanis, doakan Hanis cepat sembuh =)

Allah uji Hanis betul-betul seminggu sebelum final exam bermula . Tidak mengapa,Hanis reda . Mungkin ada hikmah tersembunyi disebalik apa yang terjadi ini bukan? Hanis cuba kuat menahan sakit ini . Doakan Hanis . Doakan juga agar Hanis dan kawan-kawan dipermudahkan menjawab final exam minggu hadapan . InshaAllah, Amin .


Sekian ,




Ahad, 8 Januari 2017

SAPS Ibu Bapa - Semakan Keputusan Peperiksaan

11:56 PG 2 Comments
Assalamualaikum ,


Apa itu SAPS Ibu Bapa ? SAPS merupakan singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberikan kemudahan kepada ibu dan bapa bagi menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka yang bersekolah secara online .

Sebagai ibubapa kepada anak-anak yang masih bersekolah , ibubapa haruslah sentiasa memantau perkembangan prestasi anak-anak mereka disekolah walaupun agak sibuk dengan pekerjaan . Ibubapa haruslah peka dengan perkembangan prestasi pelajaran mereka bagi menjamin masa hadapan anak-anak . 

Cuba anda ingat kembali, bila kali terakhir anda check keputusan peperiksaan anak -anak anda? Dan bila kali terakhir pasangan suami dan isteri berbincang mengenai prestasi skor yang anak anda dapati? Tidak pernah? Jangan macam itu, ibubapa seharusnya mengambil berat mengenai hal pendidikan ini .

Dalam zaman moden yang menggunakan teknologi internet ini , tiada alasan untuk para ibubapa tidak dapat memantau dan mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak yang bersekolah samaada sekolah rendah ataupun sekolah menengah . Semuanya menjadi mudah bagi ibubapa dengan kewujudan SAPS Ibubapa ini yang membolehkan ibubapa mengakses laman web ini dengan hanya menggunakan hujung jari dan jaringan internet dimana-mana sahaja .


Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak mereka secara online iaitu SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.

Sebelum wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ini , ibubapa perlu hadir ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk memeriksa keputusan anak-anak . Namun dengan kewujudan SAPS Ibu Bapa ini , ianya memudahkan urusan ibubapa yang kadangkala tidak mempunyai masa untuk kesekolah akibat sibuk dengan urusan kerja .


Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.

Untuk memeriksa secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan.

Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.

Jika anda menggunakan website official atau website lain, ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Jadi melalui website yang saya cadangkan, insyaAllah tiada lagi isu tertekan dan kecewa sewaktu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak kerana server down . InshaAllah ianya dapat memudahkan urusan kita =)



Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem SAPS ini ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini. Sangat memudahkan urusan ibu bapa dengan menggunakan SAPS ini !

Dengan wujudnya kemudahan ini , diharapkan ibubapa terus memanfaatkan kemudahan ini dengan sebaik mungkin . Sila ambil berat mengenai pelajaran anak-anak kerana ibubapa adalah tulang belakang anak-anak . Ibubapa seharusnya memberikan galakan kepada anak-anak agar terus berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam pelajaran . Jadikan sistem ini kepada batu loncatan untuk mendidik anak-anak . 

Diharap dengan kewujudan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah online ini, tiada lagi kes anak-anak menyorokkan keputusan peperiksaan , anak-anak meniru tandatangan ibubapa dan ibubapa menjadikan alasan sibuk dengan pekerjaan sehingga tiada masa memantau perkembangan prestasi anak-anak disekolah . Tiada lagi alasan okeyyy !!!


Semoga dengan perkongsian Hanis pada hari ini dapat memberi manfaat kepada ibubapa diluar sana yang masih belum mengetahui tentang kewujudan sistem SAPS Ibu Bapa ini . Anda boleh share artikel ini untuk membantu lebih ramai orang mengetahui lebih lanjut mengenai SAPS Ibu Bapa online ini .

Sekian,






Cabaran 7 Hari Blogging 6

10:30 PG 3 Comments
Assalamualaikum,


#6 : Kenangan Manis

MasyaAllah , Cabaran 7 Hari Blogging sudah menjadi cabaran 3 minggu bagi Hanis disebabkan kesibukan tahap maksimum . Maaf semua , bukan niat daku untuk melupakan cabaran ini tetapi apakan daya assignment memanggil . Dan Hanis disini yang sedang menaip ini baru sahaja menghabiskan kuliah terakhir pada hari jumaat baru-baru ini ! Kiranya sekarang ini sedang study week lah hehe Allhamdulillah dapat juga sambung cabaran 7 Hari Blogging ini =)

Kenangan manis? Hmm, sebenarnya banyak sangat kenangan manis yang berlaku pada tahun 2016 . Tetapi Hanis pilih kenangan manis ini untuk diabdikan di dalam blog Hanis kerana ia berlaku pada penghujung tahun 2016 iaitu 30/12/16 hari jumaat yang juga merupakan hari jadi umi kesayangan Hanis .

Apa kenangan manis itu ? Ianya adalah Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Institut Profesional Baitulmal =) . Majlis ini diadakan untuk meraikan para pelajar yang mendapat Anugerah Dekan (AD) pada semester lepas .


Walaupun mendapatkan Anugerah Dekan bukanlah tujuan utama kita belajar, namun sebenarnya anugerah ini menjadi satu penggalak untuk kita terus berusaha dalam pelajaran kita . Hanis gembira sangat apabila mendapat Anugerah Dekan ini . Selain untuk disimpan sebagai penggalak kepada Hanis, ianya juga merupakan hadiah hari jadi kepada birthday umi yang jatuh pada hari itu juga =) . 

Buat masa ini semester 4 sahajalah yang dapat sijil tu haha semester 2 dan 3 dulu tidak ada pula buat Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang hahaha . Tidak mengapalah , dapat merasa satu kali naik pentas pun jadilah kan? hehehe 

Semester 5 ini Hanis tidak rasa Hanis boleh dapat Anugerah Dekan (AD) lagi . Sebab subjek sem ini agak mencabar huhu . Subjek Law dan Takaful agak susah bagi Hanis . Namun, Hanis akan cuba yang terbaik. Semester 6 akan datang Hanis akan cuba untuk dapatkan Anugerah Dekan (AD) semula hihihi kena usaha kuat ni sebab sem 5 ini sudah jatuh CHAIYOKK !!!


Terima kasih kepada yang sudi membaca . Hanis nak minta tolong semua doakan Hanis agar dapat menjawab Final Exam Sem 5 yang bermula pada 16 Januari 2017 sehingga 24 Januari 2017 . Tq guys =)


Sekian,

Ahad, 1 Januari 2017

Cabaran 7 Hari Blogging 5

7:05 PTG 0 Comments
Assalamualaikum ,

Hasil carian imej untuk subjek kegemaran karangan

#5 : Subjek Kegemaran

Aiyaa masa agak limited untuk luangkan masa buat post baru untuk cabaran 7 hari ni adoi busy sangatlah awak ni Hanis hahaha

Okey,harini Hanis nak cerita pasal subjek kegemaran hanis. Cuba teka subjek apa ? Jeng...jeng...jeng...


Hasil carian imej untuk bahasa melayu

1) Bahasa Melayu
- Hanis suka sangat dengan subjek bahasa melayu. Kenapa? Sebab hanis suka buat karangan hehe dan hanis suka membaca buku atau majalah yang berbahasa melayu . Bangga dengan bahasa sendiri walaupun tahu bahasa melayu ini tidak boleh bawa keluar negara pun tetapi bahasa jiwa bangsa bukan? Sayangilah bahasa kita.

Hasil carian imej untuk Internet and Communication Technology (ICT)

2) Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) / Internet and Communication Technology (ICT)
- Subjek berkaitan it ini adalah salah satu subjek yang hanis min at juga. Hanis suka belajar tentang teknologi terbaru , berkaitan Alam internet dan hacker2 bagai ni. Tapi tak reti mana pun sebab tak sempat blajar plus dah lupa. Kalau ada waktu free nanti inshaallah hanis nak belajar semula coding ni hehehe

Actually kan, hanis rasa 2 subjek tu sahaja yang hanis suka hehehe. Yang lain biasa-biasa sahaja hanis belajar juga he he...Jadi sampai disini sahaja subjek kegemaran hanis...tata



Sekian ,

Follow Us @hanismasturina