Post Top Ad

Sabtu, 3 Disember 2016

Kulit wajah terlalu sensitif

Assalamualaikum ,



Mempunyai kulit wajah yang sensitif boleh membuatkan seseorang menjadi takut dan fobia untuk mencuba produk penjagaan wajah yang baharu. Ini kerana kulit wajah mereka amat sukar menerima bahan-bahan tertentu yang ada dalam produk kecantikan . Hanis termasuk dalam kategori ini , kulit wajah terlalu sensitif menyebabkan Hanis takut nak mencuba produk baharu !

Muka Hanis pernah rosak teruk akibat pakai skincare . Bukan sekali tau tetapi lebih dari 3 kali tak silap Hanis . Semua gara-gara produk penjagaan wajah . Muka Hanis jadi menggerutu satu wajah , pedih tu tak payah cakaplah memang sakit dan memeritkan . Bibir Hanis pun menjadi bengkak sebab skincare itu terkena juga pada tepi bibir . 

Kali pertama Hanis kena semasa sekolah menengah . Nasib baik ketika itu cuti sekolah . Memang seminggulah tidak keluar rumah . Gigih sapu aloevera dekat muka walaupun jadi gatal merenyam . Kali kedua kena sebab bedak compact masa awal-awal sem dulu dan waktu cuti juga selamat wey . Manakala baru-baru ini pun Hanis mengalami alahan pada skincare juga pada cuti semester 4 haritu yang menyebabkan niat Hanis nak kerja part-time terkubur .

Pada mulanya Hanis menyangkakan perkara ini berlaku kerana produk tersebut mengandungi merkuri yang sememangnya diketahui amat bahaya dan boleh merosakkan kulit wajah . Namun, sangkaan Hanis meleset sekali apabila kali ketiga muka Hanis membengkak sebab semasa itu Hanis menggunakan produk 100% yang menggunakan bahan semula jadi . Punyalah teruja hendak mencuba produk itu, tidak Hanis menyangka ini jadinya sobsobsob .

Umi Hanis sampai telefon owner produk itu tau yang merupakan seorang Datin kerana tidak menyangka produk itu bakal memberikan kesan buruk kepada Hanis . Datin itu pun terkejut sebab produk yang dia keluarkan langsung tiada bahan terlarang . Akhirnya, dia membuat kesimpulan mungkin Hanis alah pada bunga-bungaan .

Pulakkk...

Hanis peninglah macam ini huhuhu . Perempuan , of courselah nak lawa . Tak lawa pun asal muka bersih dan terjaga . Ini nak jaga muka, muka jadi makin teruk. Menggerutu satu wajah . Sekarang ni Hanis blank nak pakai produk apa lagi hurm .

And Hanis rasa kulit satu badan kot sensitif hahaha sebab Hanis tak boleh pakai sebarangan losyen, deodorant . Hanis tidak boleh pakai deodorant yang ada pewangi . Losyen Vaseline pun tidak ngam dengan kulit Hanis . Mengelupas habis lengan Hanis pakai losyen itu sobsobsob boleh meroyan !



Hanis sedih hmm tak mampu nak buat apa-apa =(

Sekian, sekadar luahan perasaan.



Disember 03, 2016 / by / 4 Comments

4 ulasan:

  1. Have you tried Mary Kay, dear? Kulit saya pun sangat sensitive. Sekarang guna Mary Kay. Getting better and suitable dengan kulit sensitif saya 🙂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum lagi...nak cuba pun takut . And agak mahal bukan mary kay???

      Padam
  2. Sabar..
    Boleh try google petua orang lama dan juga beberapa produk lain pun ada macam shaklee membaiki dari DALAM..
    Mary kay untuk kecantikkan luaran..
    banyak la lagi produk kecantikkan..
    Jika muka sensitif ambil masa untuk jumpa produk yang betul2 sesuai la..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hee ok saya sabar. Ada try juga petua lama but ada juga yang tak sesuai... Shaklee saya dah try vit E tapi baru sebotol hihi. Kalau nak beli produk memahal kena tunggu keja nantilah baru ada duit sendiri huhu

      Padam

Post Top Ad