Orentasi di Institut Profesional Baitulmal

Assalamualaikum,

Hai,ada pun masa update blog. Tapi lepas ni busy balik lah sebab minggu depan maybe takbalik rumah,minggu ni je ngade nak balik sebab kononnya banyak barang nak beli lagi hahaha alasan semata sebenarnya malas nak basuh dan gosok baju dekat asrama hehehe



Allhamdullilah,Hanis dapat roommate yang baik ketiga-tiganya. Yang sorang berumur atas satu tahun iaitu 19 tahun manakala lagi dua orang sebaya. Dan kitaorang berempat semua course sama so senang lah berkepit kesana kesini .eh? hahaha . But bilik asrama kitaorang berada di tingkat 9 sumpah gayat kalau tengok bawah tapi tingkap kitaorang mengadap belakang bukannya aspura so aurat tu agak terjaga =) dann belakang tu cuma dapat lihat kawasan yang dalam pembinaan nak buat ikea ...




*baju hari khamis dan jumaat temuduga biasiswa baitulmal


Diploma Pengajian Muamalat bersama lagi dua course iaitu Diploma Pengurusan Haji dan Umrah dan Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf menjalani sesi orentasi selama lebih kurang 5 hari bersama para FC yang juga senior di institut profesional baitulmal. Jujur bagi Hanis orentasi ni sebenarnya amat bagus sebab ia beri pendedahan awal kepada kehidupan baru di universiti. Almaklumlah budak lepasan SPM kebanyakkannya masih samar-samar pasal universiti ni. Tapi agak penat sikit sebab banyak sangat program yang dimuatkan seperti ceramah motivasi, pasal pejabat pentadbiran,hal ehwal pelajar, kaunseling,asrama,kuliah subuh semua ada lah banyak lagi. Jam 5 30 pagi kitaorang kena berkumpul di dataran untuk solat subuh berjemaah so Hanis bangun lebih kurang pukul 4 30 pagi macam tu nak mandi-mandi dulu. Lepas solat subuh ada sedikit kuliah dan jika ngantuk akan ada sesi senaman ringan menarilah macam-macam hahaha seronok lah. Rugi sapa masuk universiti tapi tak ada sesi orentasi. Lagi satu,makanan minuman disediakan tau sepanjang minggu orentasi di institut profesional baitulmal ini ok ! Jimat duit woo. Mak Hanis bagi duit belanja RM50 baru guna RM5 je tu pun untuk topup hehehe. Lepas sarapan ada masa rehat sekejap boleh makan dekat bilik baring baring then ada lagi program...Bila waktu maghrib pula kami berjalan kaki pergi ke Masjid imam as-syafie untuk solat maghrib dan isyak berjemaah. See,bertapa bagusnya mengimarahkan masjid ^_^ Lepas habis solat isyak masuk dewan ada program lagi sampai pukul 11 lebih boleh balik bilik tidur ...tapi biasanya lift penuh kena beraturlah sampai nak dekat pukul 12 then sampai bilik tak tidur terus nak mandilah basuh baju semua sampai pukul 2 baru tidur . Sadlife betul jadi panda. Tapi tak pe don't worry masa orentasi je macamni kelas biasa tak dah nanti rindu pula nak beratur naik lif =P


Sekarang ni Hanis dekat rumah,pukul 2 nanti Hanis balik asrama dahh. Isnin dah start kelas excited tapi takut hahaha . Dahlah first kelas arab aduhai pukul 10 pagi tak adalah awal sangat. Hari Khamis dgn jumaat kelas start pukul 8 pagi hmm...Pelajar muamalat dibahagikan kepada 2 kelas je sebab kitaorang tak ramai ada lebih kurang 40 orang je so sedih huhuu. Pelajar haji umrah paling ramai beratus-ratus. Zakat dan wakat pun boleh tahan lah so banyaklah kelas yang wujud.


Kitaorang Intake April 2015. Bulan 9 ni ada intake baru sesiapa yang tak dapat upu nak apply sini pun boleh =) but korang akan jadi junior kitaorang lah. Kitaorang dah jadi senior bagi course ni sebab ketiga-tiga course ni baru wujud di IPB tau! Diploma Umrah Haji dan Zakat lagilah pertama didunia! Muamalat dah wujud dah dekat u lain hehehe. Nak apply juga? Klik ---> IPB




75 comments

  1. baru tau ada diploma umrah, haji dan zakat nih..hihi..goodluck for your study :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup baru wujud diploma haji umrah dengan zakat wakaf =)

      Padam
  2. Assalamualaikum. Hai, nak tanya. Semua pelajar akan ditemuduga untuk biasiswa tu ke? Dan boleh tak share soalan soalan atau apa apa semasa di temuduga tu? Or maybe aspek aspek soalan? Hehehhe terima kasih. Harap awak jawab ye ;))))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam,sorry sgt lambat reply sbb saya lama tak on9. Semua pelajar akan ditemuduga . Dia tak tnya soalan pelik2 pun . Just berkaitan pendapatan keluarga. Pastikan dokumen semua lengkap supaya proses tu berjalan dgn lancar =)

      Padam
  3. assalam hanis .. kita sama umur ya?batch 97?haha . haniss.. mcm mna bleh kontek hanis eh?fb ke . wechat ke.. wasap ke . nk tnya pasal ipb . harap sgt hanis cepat reply . urgent . maseh .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam ye saya batch 97 =). Nak contact saya ke? Boleh je ws 0193140559

      Padam
  4. Assalamualaikum.. Saya shila bakal student kat IPB intake bln jun ni.. Saya nak tahu serba sedikit tntg apa2 yg patut dalam IPB ni.. Blh x pm saya 0176759273

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam. Maaf lambat reply,dah masuk IPB ye? Tahniah ye and goodluck belajar elok2 ^_^

      Padam
  5. Assalamualaikum.. Saya shila bakal student IPB intake bulan jun ni.. Saya nak tahu serba sedikit peraturan kat IPB ni.. Kalau blh pm lagi bagus.. 0176759273

    BalasPadam
  6. assalam..dik akk nak tanya so far macam mana blajar dekat situ? best tak? okay?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Allhamdulillah saya belajar ok je dekat sini =) Saya suka suasana belajar dekat sini yang agak islamik sikit...

      Padam
  7. Hanis ambil course dip pngurusan zakat ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh tak,Hanis amik course diploma pengajian muamalat (DPM). Kenape ye?

      Padam
  8. Assalamualaikum Hanis... Sya Hidayah btw sya ada buat permohonan utk DPZW di IPB...Insya Allah klau Sya dpt bln 9 akan masuk... So boleh tak sya contact Hanis utk tnya lebih lanjut mengenai IPB dan cost DPZW... harap sngat Hanis dpt reply..Thanks ☺☺

    BalasPadam
  9. Saya bakal masuk ipb intake september nanti hehe . Tempat baru untuk kos under ipb dekat mana? And apa program DPM eh sbb dpt DPM

    BalasPadam
  10. Saya bakal masuk ipb intake september nanti hehe . Tempat baru untuk kos under ipb dekat mana? And apa program DPM eh sbb dpt DPM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asrama dekat Mutiara Residence,Sri Kembangan. Tempat study Kolej Murni Putrajaya =) DPM tu pgajian muamalat belajar kewangan duit2 cam tu lah hehe

      Padam
  11. Assalamualaikum nak tanya masa hari pendaftaran tu kan kena bayar sekali ke yuran asrama yang dia cakap rm750 tu? Ke yang bayaran pendaftaran rm646 tu je, sebab saya dapat intake sept ni. Harap awak dapat balas. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam taknak bayar dulu pun tak apa =) Bayar yg mampu baki tolak biasiswa nanti tapi dengar ceriter intake sept ni takde biasiswa kan?

      Padam
  12. Bagi pihak kakak saya yg akan daftar 5/9...utk asrama cadar warna apa ya

    BalasPadam
  13. Asalam. Hi nak tanya kos senarai course apa je yg ada di ipb

    BalasPadam
  14. Wasalam =) .Program homegrown ada diploma haji umarah, dip.zakat wakaf dan dip. pgajian muamalat . Then ada CAT and LCCI . Program UITM pula Pra Perdagangan,Diploma Sains Komputer,Diploma Perakaunan,Diploma Pengajian Perniagaan,Diploma Sistem Maklumat Perakaunan.

    BalasPadam
  15. assalamualaikum. boleh saya tahu apa fb saudari? saya nak tanya berkenaan ipb ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam . maaf saya tak ada FB . Twitter ada @HanisMasturina

      Padam
    2. AS SALAM..adik anis..akak nk tanye ckit boleh?? ader lagi x biasiswa untuk taun 2016...kawan2 len klo x dpt biasiswa pkei pinjaman mne?? ker sumber kewangan sendiri??

      Padam
    3. Wsalam . biasiswa dah takde, kena biaya sendiri skarang . Boleh mohon PTPTN =)

      Padam
  16. Assalamualaikum..ipb putrajaya nak ke hostel mmg ada bas disediakan....tp d hostel tu kalau nak pegi makan mcm mne ye...ada transport ke atau ade gerai makan yg berdekatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam . Kalau asrama mutiara ada cafe and kedai runcit dekat tingkat 3 . Nak kedai luar pun ada boleh jalan kaki je . Dekat asrama zikay ada kantin dekat bwh but sy kurang pasti kedai lain yg berdekatan sbb sy tinggal dkt asrama mutiara ...

      Padam
  17. assalamualaikum.. kak, saya nk tanye.. lokasi asrama ipb dkat mana ya?? saya kurang faham la. boleh tlong jelaskan :)

    BalasPadam
  18. assalamualaikum.. kak, saya nk tnya. lokasi asrama ipb dkat mana ya? saya kurang faham la sbb ada byak tmpat kan? tlong jelaskan.. terima kasih:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam . Tempat asalnya dekat IPB kmpg pandan di KL tetapi disebabkan asrama penuh dan bilik kuliah yang terhad tak dpt menampung jumlah pelajar yg semakin bertambah so student bg program homegrown dipindahkan ke IPB kampus putrajaya dan tinggal di asrama zikay/mutiara . Tapi sy tak pasti samaada intake akan dtg masuk asrama zikay atau tmpt lain .

      Padam
  19. Assalamualaikum,apa subjek2 yang dipelajari untuk program diploma pengajian muamalat?nak tahu awal,sebab next week.saya pergi register?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam ,nanti masuk IPB dia akan beri senarai subjek tapi kalau awak nak tahu awal boleh wassap 010-7949095

      Padam
  20. Assalamualaikum,saya nak tanya,apa subjek untuk program diploma pengajian muamalat?sebab nak tahu awal and next week sudah pergi register :)

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum kak,saya nak tanya apa subjek untuk diploma pengajian muamalat?nak tanya,sebab next week dh register :)

    BalasPadam
  22. Huhu.. semua pasal muamalat, mana tentang DPIH ♡♡.. btw apa subjek yg dpih kena ambik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah saya course muamalat ,saya tahu muamalat je lahh huhuhuhu . Subjek DPHI saya tak tahu lagipun masa intake sy course tu tak wujud lagi...

      Padam
  23. As salam diq.. maaf boleyh akk minte no hp adk untk akk tanye tntg ipb dengn lebih lagi dari adk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam , akak boleh contact wassap 010-7949095 ye =)

      Padam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. assalamualaikum, maaf tumpang tanya. kalau terima tawaran ipb ni utk bln april, upu still ditawarkan ke? atau bila dah terima ipb, upu automatik tk dpt?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam, upu still berjalan even dah masuk IPB =)

      Padam
  26. Assalamualaikum nk tanye mcm mne suasana blaja di ipb?harap dpt reply secept mungkin..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam. Suasananya ok macam kolej biasa tapi kalau di IPB Putrajaya suasana agak islamik =)

      Padam
  27. ooo ada rupanya diploma pengurusan haji dan umrah.. baru tahu..
    semoga berjaya yer..

    akhirnya jumpa juga sorg blogger dari selangor :D :D

    Blogwalking sini, jom baca;

    Review Template Blog Baru site...

    BalasPadam
  28. saya dapat IPB jugaa.. Kos akat dan Wakaf.. tapi tak sempat pi pendaftaran sebab dapat surat dua hari seblum. memang takde perancangan.. hahaha.. Good luck sis.. My senior ada kat sana.. senir duk paksa pi tapi takde rezeki.. kihkihkih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayangnyaa hmm takpe lah ,takde rezeki... Terima kasih doakan hehe

      Padam
  29. salam..saya intake for course CAT July
    ni...ade beberape soaln yg sye nk tnye..nk mntk izin amik no..nk ws..bole yer..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam . Boleh je nak wassap 019-3140559

      Padam
    2. Hi awak! saya pun course CAT intake July juga. jumpa nanti!! :)

      Padam
    3. Hi awak! saya pun course CAT intake July juga. jumpa nanti!! :)

      Padam
    4. hi mimi! saya pun course CAT intake July juga, jumpa kat sana nanti insyaAllah :-)

      -isha

      Padam
  30. Assalam.Jika ada yg mencari rumah/bilik sewa di bangi/kajang,boleh wassap sy Zaini: 012-7781764. Rumah fully furnish.

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum.. saya nak tanya something.. dr hostel nak pergi ke kelas jauh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam... kalau IPB KL dekat sahaja asrama dengan kolej berhadapan. Kalau IPB Putrajaya agak jauh kena naik bas (disediakan pihak IPB)

      Padam
  32. ingatkan nak masuk sini sebab nak ambil diploma haji dan umrah. tapi tengok bayaran 20k lebih, takut pulak ;'(

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum.. Sis, saye nak tnye, ipb ni under swasta ke kerajaan? Cuz sye dapat jgak study situ kos DPHU.scary jgak dgn jumlah yuran pengajian tu. 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam. Ipb ni more to IPTS 😊 . Biasiswa dia yg dri maiwp. Haah yuran dia mmg scary sikit tp bg yg x mampu ada biasiswa (yg btol2 susah)

      Padam
  34. Assalamualaikum , kak hanis sy dpt tawaran industri halal dkt ipb, sy nak tanya lagi kak hanis pakai num yb mna 010 atau 019

    BalasPadam
  35. as salam dik..masih guna no phone yg sama ke

    BalasPadam
  36. as salam..kak hanis..kos sara hidup kat ipb macam mna ek???..kalau diizinkan saya nk pm akak bleh??..nak tau lbih lanjut pasal ipb nie =)

    BalasPadam
  37. as salam kak hanis...macam mne kos sara hidup kt sana ek???..emm kalau diizinkan bleh x saya nk pm akak?..sbb nak tau lgi pasal ipb nie=)

    BalasPadam
  38. Assalamualaikum nak Tanya.. Pakaian masa orientasi bagi lelaki mcm mana ye... Dan lagi satu.. Biasiswa mmg semua akan dapat ke kalau masuk ipb?

    BalasPadam
  39. asalamualaikum sijil IPB diiktiraf x?

    BalasPadam