Tokyo destinasi idaman Hanis #MyTravelokaEscapade
Assalamualaikum,
Dalam banyak-banyak tempat didunia ini , Tokyo merupakan salah sebuah negara yang Hanis teringin sangat hendak menjejakkan kaki ! Kalaulah Hanis diberi peluang oleh #MyTravelokaEscapade untuk memenangi percutian ke negara Tokyo ini , alangkah bertuahnya rasa . Hanis sudahlah tidak pernah melancong ke luar negara. Teringin sangat tau tapi nak buat macam mana, no money no travel hahaha
Mengapa Hanis pilih Tokyo? Apa yang best sangat dengan sebuah negara yang bernama "Tokyo" ini? Haa punyalah excited Hanis nak ke negara Tokyo ini sampai sanggup beli internet semata-mata nak buat research tau ! hahaha .
TEMPAT WAJIB DILAWATI DI TOKYO
1. Shinjuku Gyoen National Garden
Wahhh!!! nampak cantik je, nampak lawa je tempat ini . Apa itu Shinjuku Gyoen? Shinjuku Gyoen National Park adalah antara taman tradisional yang tertua di Jepun. Di taman ini terdapat pelbagai tarikkan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik . Di dalam taman ini juga terdapat beberapa taman utama iaitu French Garden dan English Garden. Taman ini akan adalah kawasan tarikkan utama masyarakat Jepun untuk bersantai bersama keluarga pada musim bunga sakura. Selain itu, pada musim luruh pula bunga di taman ini akan berubah warna menjadi kuning keemasan dan pemandangan pada waktu ini adalah amat cantik. Seriuslah alangkah seronoknya kalau #MyTravelokaEscapade sponsor Hanis pergi ke Tokyo ini ! Dapatlah Hanis merayau hirup udara segar sambil bergambar berselfie sakan disini hehehe.
2 . Shibuya
Shibuya adalah antara 23 bandar utama di Tokyo dan terkenal sebagai kawasan membeli-belah dan hiburan. Uish, dengar je kawasan membeli-belah tetiba rasa macam banyak duit nak shopping padahal krik krik krik krik . Poket kosong . Shibuya juga terkenal dengan kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia yang dikenali sebagai Shibuya Crossing. Di Shibuya terdapat pelbagai butik pakaian yang menarik dan merupakan pusat bagi fashion remaja dan budaya. Menarik ni ! Mesti Hanis lawati tempat ini kalau berpeluang memenangi percutian #MyTravelokaEscapade .
3. Tokyo Disneyland dan Disneysea
Siapa tidak kenal Disney bukan ? Ala, filem Disney dihasilkan oleh Walt Disney tu . Popular kot siri Disney dimata dunia ! Taman tema Disney ini dibina pada tahun 1983 dan merupakan taman tema Disneyland pertama yang berada di luar Amerika Syarikat. Manakala Tokyo Disneysea pula adalah taman tema fantasi yang dibina berdasarkan lagenda laut. Berbeza dengan Disneyland yang lebih cenderung ke arah golongan kanak-kanak, Disneysea dibina bertujuan untuk menghiburkan pelawat golongan dewasa. Ye lah , minat orang dewasa tidak sama dengan minat kanak-kanak . Emm , kalau Hanis kategori mana ye? Rasanya kanak-kanak lagi kot sebab sampai sekarang Hanis masih tengok rancangan kartun seperti Spongebob, Boboiboy dan Upin Ipin . hahaha . Tidak dapat terima kenyataan tahun depan nak masuk umur 20 #laritopik .
4. Yoyogi Park
Yoyogi park adalah taman yang terbesar di Tokyo dan amat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga. Inilah yang seronok ! Dapat melepak sambil menikmati permandangan yang indah dan menenangkan . Hilang stress Hanis kalau #MyTravelokaEscapade bagi Hanis peluang ke Tokyo ni . Banyak sangat tempat menarik ! Di taman ini terdapat pelbagai tarikkan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Taman ini terletak bersebelahan dengan Meiji Shrine dan pengunjung akan dapat menikmati pemandangan Yoyogi Park yang cantik sepanjang perjalanan hendak ke Meiji Shrine.
5. Gunung Fuji
Mesti lawa sangat-sangat permandangan di gunung fuji ini ! Gunung Fuji adalah gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.24 m (12,389 ft). Gunung Fuji amat terkenal di dunia kerana bentuk puncak gunung yang hampir sempurna dan sekata menyerupai bentuk cone. Di sekeliling Gunung Fuji terdapat 5 tasik yang cantik iaitu Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko.
6. Tokyo Skytree
Tokyo Skytree adalah menara penyiaran televisyen dan merupakan mercu tanda bandar Tokyo. Menara ini adalah menara tertinggi di Jepun dan juga menara kedua tertinggi di dunia pada ketika siap dibina dengan ketinggian 634 meter. Terdapat dua dek pemerhati di menara ini iaitu pada ketinggian 350 meter dan 450 meter. Walaupun Hanis ini agak takut pada ketinggian , namun jika #MyTravelokaEscapade beri peluang kepada Hanis menjejakkan kaki di Tokyo Hanis akan naik juga ke sini . Bukan selalu berpeluang tau !
7. Akihabara
Akihabara terkenal dengan pelbagai kedai elektronik. Selain itu, Akihabara juga merupakan syurga bagi penggemar anime dan manga. Antara tarikkan utama yang unik di Akihabara ialah Maid Cafe, Gundam Cafe dan AKB48 Cafe and Shop. Hanis bukanlah penggemar anime dan manga sangat tetapi pernah jugalah baca buku anime itu . Lagipun Hanis ada sorang kawan yang gilakan anime jadi sedikit sebanyak adalah terkena sedikit pengaruh itu hahaha .
Tamat sudah 7 sebab mengapa Hanis pilih Tokyo sebagai destinasi impian Hanis jika diberikan peluang oleh #MyTravelokaEscapade !
Destinasi impian Hanis adalah "TOKYO" ! Korang pula ? Adakah korang juga teringin mahu memenangi percutian #MyTravelokaEscapade ? Jomlah join contest yang Traveloka buat ini , kot-kot ada rezeki korang untuk memenangi percutian percuma? Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
Klik link < https://blog.traveloka.com/en/online-contest/ > untuk turut serta dalam contest #MyTravelokaEscapade yang dibawakan khas oleh www.traveloka.com.my ini dan berpeluang memenangi percutian idaman anda !
Sekian,
6 comments
Bestnya...
BalasPadamDalam perancangan AM nak pi Tokyo untuk 2018 nanti..
Kena kumpul duit dari sekrang dah nie..
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
Wahh seronoknya... Yup kena menabung dari awal...
Padambesbtnya travel luar Negara ni, tapi kena tabung awal2
BalasPadamBetul kena kumpul duit...
Padambw..tq for info
BalasPadamgood luck hanis, semoga impian tercapai
BalasPadam