Sabtu, 5 Disember 2015

Perubahan

12:50 PG 3 Comments
Dulu pendiam, sekarang lantang berbicara.

Dulu suka memain , sekarang be serius .

Dulu budak jahat , sekarang dia lah yang baik .

Dulu banyak sombong , sekarang peramah .


Yeah , perubahan . Manusia berubah memperbaiki kehidupan .


Tapi...ada juga...


Dulu baik , sekarang berubah sangat sebab pengaruh kawan .

Dulu jaga mulut jaga percakapan , sekarang dah pandai sebut bukan2 (aku mengaku ini aku *insaf ) sebab pengaruh kawan juga .

Dulu punyalah jaga batas, sekarang berpegang sana sini .

Dulu tak pernah sentuh rokok. Masuk kolej rokok, vape semua di cubanya .




Sedih tau tak sedih ?


Sangat sedih . Sedih juga dengan diri sendiri =( 


Ya Allah , ampunilah aku . Semoga Allah terus pelihara mulut ini agar tidak mengeluarkan perkataan bukan-bukan .

Ya Allah , peliharalah kami daripada benda-benda yang dimurkaimu . Tetapkan hati kami agar tidak mudah terpengaruh dengan kawan yang salah .






Jumaat, 4 Disember 2015

Resepi Macaron

5:35 PTG 4 Comments
Hasil carian imej untuk doodle assalamualaikum

Hasil carian imej untuk resepi macaron

Hai blogger =) . Lama Hanis menghilang bukan? Maaf sedikit busy dengan sesi kuliah . Balik pun 2 minggu sekali . Kalau balik setiap minggu pun assignment berlambak . Resipi ni pun Hanis saja je post sebab untuk kegunaan Assignment Business Plan Fundamental of Entrepreneurship . Bahagian Hanis pulak part Operational Plan so memang kena buat step by step resepi ni . Lepas tu dah alang-alang tahu resepi mungkin suatu hari nanti Hanis dapat cuba buat macaron ni =) Senang nanti refer dekat blog sendiri je kihkihkih

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT MACARON

  • 80g putih telur – suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
  • 65g gula castor
  • 80g serbuk almond
  • 140g gula icing
  • pewarna


CARA-CARA UNTUK MEMBUAT MACARON
  • kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu. Alas dulang pembakar dgn kertas minyak.
  • Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm.

  • Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan.
  • Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu.
  • Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak.
  • Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal.


Langkah 1
  • Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
Langkah 2
  • Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max.
  • Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk (anggaran dlm 10 minit).
  • Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental).
  • Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!
  • Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur.
  • Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje.
  • Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
  • Kemudian boleh lah kita letak pewarna.
  • Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.
Langkah 3
  • Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.
Langkah 4
  • Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.

  • Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
  • Rehatkan macrons lebih kurang 30 – 45 mint. Pastikan macaron benar-benar kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
  • Panaskan oven 150C -k ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.
  • Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven. Bakar selama 15 – 20 minit.
  • Setelah masak, letakkan macroons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. 

p/s : Hanis belum cuba lagi resepi ini jadi tak tahu sama ada jadi ataupun tidak . Resepi kredit to bukuresepi . Gambar kredit to kongsiresepi .

Ahad, 18 Oktober 2015

Jangan berputus asa

12:06 PG 4 Comments
Hasil carian imej untuk doodle assalamualaikum

            Pernah tidak korang alami rasa putus asa? Rasa macam tak boleh nak buat something macam tak mampu nak bawa? Jujurlah , Hanis pernah banyak kali rasa putus asa sangat . Contohnya macam bila Hanis belek-belek buku Financial Accounting sampai habis buku,masyaAllah luluhnya rasa hati ini hanya Allah yang tahu . Rasa nak fed up pun ada . Padahal subjek akaun ini bukan Hanis tak pernah belajar malahan dah ada basic dah pun . Semua dalam buku ini Hanis dah belajar masa SPM dulu tapi nak mengingatnya payah sangat ! Mungkin juga rasa putus asa sebab Hanis tak pernah sangka yang Hanis akan sambung belajar benda yang bersangkut paut dengan subjek akaun ini . Tak sangka langsung tau! Dulu masa SPM siap pernah kata Hanis tak nak dah sambung akaun lepas SPM ni... Now? Hambek kau !


            Kadang pernah terfikir , kalau lah dapat undur balik waktu Hanis pilih course Haji umrah bukannya course muamalat ini , kenapa lah Hanis tukar course padahal surat tawaran haji umrah dah dapat pun . Tetapi bila difikir-fikir balikkan, takdir hidup yang Allah tentukan untuk Hanis ini dah cukup indah dah . Cuba bayangkan Hanis undur waktu dan amik haji umrah? Mana nak jumpa roommates yang perfect macam sekarang ini bukan ? Ingat senang ke nak jumpa roommates yang sekepala macam ini? Roommates yang faham kita, tak buat hidup kita serabut, dorang sentiasa ada bersama Hanis even kadang-kadang Hanis buat sombong dengan orang luar sebab dorang terima Hanis seadanya . Diorang takde nak judge perangai Hanis and label macam-macam seperti sesetengah orang sekarang . Jujurlah, Hanis selesa dengan diorang . Senang kata tak payah fake !  Dekat asrama, Hanis just jadi diri sendiri dengan perangai sebenar yang hanya diorang bertiga je tahu . Macam mana annoying nyer hanis,ratu air mata nyer hehe nampak je kuat but hanya diorang yang tahu . Hidup Hanis rasa relax sangat tau menyanyi menari sesuka hati. Eh? hahaha #tetiba


Hasil carian imej untuk doodle assalamualaikum

  
             Allhamdulillah , Allah sayangkan Hanis . Even dekat kelas Hanis bukan seorang yang menonjol tetapi Hanis selesa dengan keadaan ini . Hanis bahagia dengan life sekarang . Lagi seronok dari zaman sekolah kot! Oppss hahaha . Orang kutuk umpat tu benda biasalah Hanis malas nak amik peduli . Tak nak dah jadi fake senyap je macam dulu semata-mata nak nampak baik dimata manusia . Dan tak nak jadi lembut macam dulu sampai orang pijak kepala ! Hanis sekarang diam memang diam sebab malas nak sibuk hal orang . Tapi kalau cari pasal memang kena balas but Hanis cuba bersabar dulu selagi mampu . Kadang terlepas jugak sorry . Berubah demi kebaikan tidak salah bukan? Percayalah, kawan sekolah tak akan kenal Hanis di kolej dan kawan kolej tak akan pernah kenal Hanis disekolah . Macam orang yang berbeza . Manusia boleh berubah bukan? 





              Kesimpulannya , bersyukurlah dengan jalan kehidupan yang telah Allah tetapkan untuk kita . Kita bertemu bukan kerana kebetulan tetapi kerana perancangan Allah . Allah tentukan Hanis amik course muamalat ini juga mungkin bersebab . Maybe sebab Hanis memang boleh bawa course ini ataupun ada sesuatu sebab yang lain . Yang penting, jangan putus asa ! Mohon kuat semangat untuk belajar dan terus belajar . Insha Allah, aku boleh !!! Tolong doakan Hanis yee ~ Terima kasih =)



p/s : Jemput Join Segmen Blogwalking =)





            

Sabtu, 3 Oktober 2015

Sem 2 di Institut Profesional Baitulmal

12:36 PG 6 Comments
Assalamualaikum,
Sungguh tidak disangka bertapa cepatnya masa berlalu . Pejam celik pejam celik Hanis sudah 2 minggu menempuh sem 2 . Senior dah aku ni ececeh tak payah bajet sangat lah -_- ,subjek lagi mencabar ye mohon sedar diri Hanis ! 


Photo from hanismasturina
Hanis dan roommates

Subjek for this sem :-
  • Bahasa Arab 2 (PPK 2123)
  • English for Academic Purpose (ELU 2123)
  • Fundamentals of Entrepreneurship (MGU 2113)
  • Business Mathematics (SKM 2123)
  • Basic Accounting (ACN 2113)
Mencabar tak mencabar bagi u alls ? Bagi Hanis yang sangat-sangat mencabar adalah subjek Business Mathematics dan Basic Accounting!  Omyy Hanis lemah gila bab-bab pengiraan ini . Tetapi allhamdulillah Hanis dapat pensyarah yang baik dan sedia membantu kalau kami tidak faham . Lagi-lagi pensyarah business mathematics comel je dia hahaha even subjek tu Hanis paling blur semacam sebab otak lambat nak paham huhu . Yang sedihnya, tadi baru je start kelas arab dannn kami dah diberi assignment ! huaa sangatlah terseksa jiwa raga apabila kena buat perbualan dalam bahasa arab kemudian kena hafal dan lakonkan dekat depan . Dahlah Business math pun ada exercise nak kena buat. Baru ingat nak duduk rumah ni berehat hahaha takpe lah belajar kan,kena lah kuat =)
Photo from hanismasturina
classmates sem1

Itu pasal kelas , ini pasal roommates pulak eh silap housemates . My housemates still the same person macam sem 1 haritu hahaha . Btw, sem 2 ni Hanis balik rumah setiap minggu kot haha hebat tak hebat? Dah umi ajak balik kan, mana sampai hati kita nak menolaknya . Kalau umi tak suruh balik Hanis tak balik lah ,kalau diajak hari jumaat tu umi jemput terus dekat Kolej Murni tempat belajar bukannya Mutiara Residence asrama tuu . Tapi kalau sabtu ahad ada kerja nak dibuatnya mak Hanis fahamlah takkan nak paksa balik kann? Hanis pun faham kenapa umi ajak balik,sebab takde siapa nak tolong umi dekat rumah...adik-adik kecik . Yang tingkatan 4 pulak dah ke SBPI Pahang jauh nun sana . So Hanis yang dekat ni je lah dapat balik selalu =)

Photo from hanismasturina
Girls DPM2B

Harapan Hanis, semoga sem 2 ini berjalan dengan lancar dan jayanya . I hope pointer dapat tinggi hahaha and takde kena repeat paper even susah pun subjek tu . Tak sanggup oii nak repeat paper,boleh gila hahaha . Ya Allah permudahkanlah segalanya :')

Photo from hanismasturina
my classmates sem 2


p/s : Jemput join "Segmen Blogwalking "



Isnin, 7 September 2015

Mari bela OKU !

6:48 PTG 3 Comments
Assalamualaikum semua, 

OKU merupakan insan istimewa yang dilahirkan dalam keadaan yang cacat/kurang upaya. Mereka ini tidak mampu menguruskan diri tanpa bantuan orang sekeliling . Allhamdulillah, Hanis lihat pada masa ini masyarakat sudah mampu menerima kehadiran golongan OKU ini dalam kehidupan seharian. Walauapapun, golongan istimewa ini memerlukan bantuan dan sokongan daripada orang ramai untuk meneruskan hidup. 


*klik untuk ke blog PDK

"PDK Rumah Kaseh ditubuhkan atas kesedaran untuk memberikan kehidupan kepada anak-anak istimewa ini agar tidak terus terpinggir dan hidup dalam dunia mereka sendiri. Dalam usaha memberikan satu kehidupan yang lebih bermakna kepada anak-anak istimewa ini, komuniti PDK Rumah Kaseh Putra Perdana telah menjalankan pelbagai usaha untuk memastikan segala yang dirancang berjaya dilaksanakan."







PDK Rumah Kaseh ini sudah lama ditubuhkan tapi masih kekurangan dari segi kemudahan . Sesiapa yang ingin menyampaikan sumbangan bolehlah berhubung dengan PDK sendiri. Bantuan dan sokongan yang diberikan adalah amat dihargai =) . Banyak pahala tau tolong diorang ni ...


p/s: korang bolehlah follow blog dan like page PDK tu =)




Ahad, 16 Ogos 2015

Cuti Sem Pertama

7:02 PTG 0 Comments
Assalamualaikum,

Dengan tamatnya Final Exam terakhir subjek Bahasa Arab 1, maka berakhirlah Sem 1 Hanis di Institut Profesional Baitulmal =) Hoorayyy!!! Happy gilos u alls hahaha. Pejam celik,pejam celik habis dah sem 1 ... Rasa macam baru je Hanis sambung belajar dekat IPB course Diploma Pengajian Muamalat . Now dah cuti sem,cuti sem sebulan nanti naik balik dah sem 2~ Sem 2 semestinya lebih mencabar kann. Hanis tengok sem 2 ada subjek matematik lah, arab 2 lah, akaun-akaun bagai ni yang lemah niii! Hanis bab subjek baca-baca boleh lah score jugak,tapi bila masuk subjek yang memerlukan pengiraan ni sumpah Hanis fail ! Risau jugak lah nak menempuh sem 2 ni hmm.


Hasil carian imej untuk sem break


Apapun,wish me luck ok =)  . Hanis akan cuba mana yang mampu. And Hanis nak ucapkan goodluck kepada semua pelajar yang bakal masuk IPB intake 2 bulan 9 ni. Ramai jugak eh yang wassap Hanis dekat 30 orang jugak . Sorry lah kadang-kadang tak terlayan semuanya. Ter reply lambat lahh. Harap fahamlah ye,Hanis ada kelas jugak dekat IPB bukannya duduk mereput je dalam bilik hihi. Dan kadang-kadang tu ada 4 orang serentak tanya pasal IPB sampai tak menang tangan Hanis dibuatnya -_-' . Ter typo tu usah dicakaplah ,banyak kali kann? Hanis mohon ampun ~ Lagi satu, Hanis bukanlah CEO IPB so tak semua benda Hanis tahuu... Hanis jawab mana yang Hanis tahu je tau ! hehehe. Btw, ada yang cakap nanti jumpa dekat IPB nak tegur Hanis lah bagai, Hanis ok je =) , cuma kalau Hanis tak cam korang jangan merajuk pulak yee~



Sekian,salah silap harap diampun and GOODLUCK SEMUA !!!



Selasa, 14 Julai 2015

Maaf

9:34 PTG 1 Comments
Assalamualaikum,

Akhirnya ada masa pun nak update blog. Dah berhabuk blog ini terbiar tidak berupdate. Maaflah busy sangat study di Institut Profesional Baitulmal hehehe. Minggu lepas adalah buka blog tapi tak sempat post apa-apa just sempat tengok komen dekat entri lepas je. Tak perasan pula ada yang nak tanya pasal IPB tempat Hanis belajar , i am so sorry guys tak perasan sorry lambat reply :'( 

Hasil carian imej untuk sorry
Lepasni kalau tanya pasal IPB dekat komen but Hanis tak reply bolehlah tinggalkan nombor phone korang nanti Hanis wassap eh . Or kalau nak nombor boleh DM Hanis dekat instagram or twitter sebab Hanis dah deactivekan FB . Sekali lagi Hanis minta maaf .





Ahad, 12 April 2015

Orentasi di Institut Profesional Baitulmal

11:41 PG 67 Comments
Assalamualaikum,

Hai,ada pun masa update blog. Tapi lepas ni busy balik lah sebab minggu depan maybe takbalik rumah,minggu ni je ngade nak balik sebab kononnya banyak barang nak beli lagi hahaha alasan semata sebenarnya malas nak basuh dan gosok baju dekat asrama hehehe



Allhamdullilah,Hanis dapat roommate yang baik ketiga-tiganya. Yang sorang berumur atas satu tahun iaitu 19 tahun manakala lagi dua orang sebaya. Dan kitaorang berempat semua course sama so senang lah berkepit kesana kesini .eh? hahaha . But bilik asrama kitaorang berada di tingkat 9 sumpah gayat kalau tengok bawah tapi tingkap kitaorang mengadap belakang bukannya aspura so aurat tu agak terjaga =) dann belakang tu cuma dapat lihat kawasan yang dalam pembinaan nak buat ikea ...




*baju hari khamis dan jumaat temuduga biasiswa baitulmal


Diploma Pengajian Muamalat bersama lagi dua course iaitu Diploma Pengurusan Haji dan Umrah dan Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf menjalani sesi orentasi selama lebih kurang 5 hari bersama para FC yang juga senior di institut profesional baitulmal. Jujur bagi Hanis orentasi ni sebenarnya amat bagus sebab ia beri pendedahan awal kepada kehidupan baru di universiti. Almaklumlah budak lepasan SPM kebanyakkannya masih samar-samar pasal universiti ni. Tapi agak penat sikit sebab banyak sangat program yang dimuatkan seperti ceramah motivasi, pasal pejabat pentadbiran,hal ehwal pelajar, kaunseling,asrama,kuliah subuh semua ada lah banyak lagi. Jam 5 30 pagi kitaorang kena berkumpul di dataran untuk solat subuh berjemaah so Hanis bangun lebih kurang pukul 4 30 pagi macam tu nak mandi-mandi dulu. Lepas solat subuh ada sedikit kuliah dan jika ngantuk akan ada sesi senaman ringan menarilah macam-macam hahaha seronok lah. Rugi sapa masuk universiti tapi tak ada sesi orentasi. Lagi satu,makanan minuman disediakan tau sepanjang minggu orentasi di institut profesional baitulmal ini ok ! Jimat duit woo. Mak Hanis bagi duit belanja RM50 baru guna RM5 je tu pun untuk topup hehehe. Lepas sarapan ada masa rehat sekejap boleh makan dekat bilik baring baring then ada lagi program...Bila waktu maghrib pula kami berjalan kaki pergi ke Masjid imam as-syafie untuk solat maghrib dan isyak berjemaah. See,bertapa bagusnya mengimarahkan masjid ^_^ Lepas habis solat isyak masuk dewan ada program lagi sampai pukul 11 lebih boleh balik bilik tidur ...tapi biasanya lift penuh kena beraturlah sampai nak dekat pukul 12 then sampai bilik tak tidur terus nak mandilah basuh baju semua sampai pukul 2 baru tidur . Sadlife betul jadi panda. Tapi tak pe don't worry masa orentasi je macamni kelas biasa tak dah nanti rindu pula nak beratur naik lif =P


Sekarang ni Hanis dekat rumah,pukul 2 nanti Hanis balik asrama dahh. Isnin dah start kelas excited tapi takut hahaha . Dahlah first kelas arab aduhai pukul 10 pagi tak adalah awal sangat. Hari Khamis dgn jumaat kelas start pukul 8 pagi hmm...Pelajar muamalat dibahagikan kepada 2 kelas je sebab kitaorang tak ramai ada lebih kurang 40 orang je so sedih huhuu. Pelajar haji umrah paling ramai beratus-ratus. Zakat dan wakat pun boleh tahan lah so banyaklah kelas yang wujud.


Kitaorang Intake April 2015. Bulan 9 ni ada intake baru sesiapa yang tak dapat upu nak apply sini pun boleh =) but korang akan jadi junior kitaorang lah. Kitaorang dah jadi senior bagi course ni sebab ketiga-tiga course ni baru wujud di IPB tau! Diploma Umrah Haji dan Zakat lagilah pertama didunia! Muamalat dah wujud dah dekat u lain hehehe. Nak apply juga? Klik ---> IPB




Selasa, 31 Mac 2015

Ketentuan

11:38 PG 0 Comments
Assalamualaikum,

hee...nak masuk bulan 4 baru nak update blog. Memang berkulat lah macam ni huhuhu . Pada entri lepas Hanis cakap yang Hanis amik course Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DPHU) kan? but Hanis ubah fikiran! hahaha and idk why. Hanis tak tau apa sebab utamanya Hanis tukar course maybe sebab dah ketentuan Allah kot. Hanis tak ada jodoh nak amik course tuu. Tapi Hanis ditakdirkan untuk amik course Diploma Pengajian Muamalat (DPM) . Ikutkan lagi susah dari DPHU tapi nak buat macam mane? Dah dpat dah punn.hahaha . Memang itu ketentuannya ye dak?





Berdebar ni. Takut tak dapat sesuaikan diri.Biasalah Hanis ni budak sekolah biasa yang tak pernah duduk asrama ... Then tetiba kena duduk asrama jauh dari family balik pun 2 minggu sekali je harap tak nangis lahh. emm tak kot. Diulangi KOT hehehe. 

Dan Ahad ni 5 April 2015 kena daftar dahh...4 hari je lagi kan? 4 ke 5? err tak penting pun. Yang penting sekarang barang banyak lagi belum beli. Duit tarak,hilang mana pun tak tau. Duit gaji haritu pun tinggal RM1000 je itupun untuk bayar pendaftaran ,asrama,yuran itu yuran ini haish duit duit duit. Mana nak cekau ni? Hmm...


p/s: Afkar masuk mcs collage haritu sehari je pastu dia balik kampung kih kih kih apadahh. 8 April nanti baru dia masuk balik...rupanya ada seminggu percubaan,tapi dia sehari je percubaan.

Khamis, 12 Mac 2015

Perjalanan masih jauh...

3:51 PTG 1 Comments
Assalamualaikum =)

Sekejap betul masa berlalu,pejam celik dah habis SPM pun.Pejam celik dah dapat result 4A je huhu . Pejam celik dah nak sambung belajar dah punn.Hmm cepatnya. Tak sangka saya dah besar!hohoho. Seriusly memang tak sangka. Semalam rabu ,Afkar dah pegi mcs collage . Sempat lah juga Hanis lepak dekat coolblog tempat dia kerja 1 jam hari selasa hehehe. Selasa tu lah last day dia kerja situ.
*Hanis dengan kawan baik,Afkar.


Afkar amik course Diploma in Administrative Management . Hanis tak nak pening kepala study susah-susah so Hanis amik Diploma Pengurusan Haji dan Umrah dekat Institut Profesional Baitulmal. Itu pun kalau dapatlah. Semak status permohonan dia kata layak tapi then dapat mesej tempat terhad so dia terpaksa pilih orang dan yang dapat surat tawaran sebelum 21 Mac 2015 ni maknanya dapatlah boleh daftar 4 April 2015. Tapi kalau tak dapat apply untuk kemasukan september nanti. So,just wait and see. Semuanya bergantung pada ketentuan Allah =). Kalau tak dapat maybe Hanis tunggu UPU je kot.hahaha . Hanis ada dapat tawaran dekat Melaka biasiswa penuh lagi tapi tak minat lah course yang ditawarkan =(


Lagi sorang best friend Hanis, Siti tak tau nak masuk KTAC ke tunggu Politeknik sebab kakak-kakak dia semua masuk u dan poli je. Jadi macam susah nak masuk swasta punya. KTAC ni haritu kitaorang apply sama-sama and dapat pulak course sama pulak tuu hahaha. Macam nak je...huhuhu


Mana-mana nak sambung belajar pun Hanis tak kesah. Sebab semuanya dah ditentukan Allah. Tapi bila nak masuk U ni rasa lain sangat. Baru kita sedar yang perjalanan masih jauh. Diploma 3 tahun hmm lepastu kita akan jumpa orang baru,kawan baru dan suasana yang sudah semestinya tidak sama macam zaman persekolahan dahulu. Rasa takut pulak nak sambung belajar huhuhu...Hanis harap semuanya berjalan lancar .


UPU, IPB or KTAC? hahaha idk .


Khamis, 5 Februari 2015

Menghitung hari ~

7:27 PTG 0 Comments
Assalamualaikum,

Lebih kurang sebulan dah Hanis tak pos apa-apa dekat blog ni =(. Mungkin memang hajat Hanis nak aktifkan blog ni tak kesampaian kot. Asyik busy je. Dulu busy sekolah sebab nak SPM bagai,tapi sekarang lepas SPM kerja pula memanjang huhuhu. Inilah kehidupan~

Emm,sekarang ni pun tengah menghitung hari je lagi nak amik result SPM yang akan keluar 3 Mac 2015 nanti. Lagi 26 hari je kot! seram tapi tak sabar! Dan juga menghitung hari nak berhenti kerja =(. Bukan Hanis tak suka kerja tu,tapi Hanis suka sangat! Kerja dekat Taska tu mudah sangat. Buat kerja pun relax-relax,siap boleh main phone selalu. Hanis rasa kerja taska ni lah yang paling santai dan mudah gaji pun berpatutan tapi Hanis kesian dekat mak Hanis yang kena hantar setiap pagi dah lah jauh pastu mak Hanis balik lepas hantar Hanis kena amik adik dekat rumah pulak hantar pergi sekolah...banyak kerja! Itulah sebab utama Hanis berhenti,nanti kalau nak cari kerja pun yang dekat-dekat je boleh naik motor je ...

Ya Allah,aku harap result SPM aku x mengecewakan .


Follow Us @hanismasturina