Rabu, 14 Jun 2017

Jom pergi Umrah dengan Zuhud Holiday !

3:28 PTG 8 Comments
Assalamualaikum,

Hasil carian imej untuk kaabah terbaru 2017

Siapa disini yang teringin mahu menunaikan Umrah tapi masih belum berkesempatan lagi? Angkat tangan . Sebab apa ye? Tak cukup bajet? Busy dengan kerja? Tak bersedia lagi ke tanah suci Allah? Aip aip jangan macam tu, dikesempatan kita masih hidup ni rugi kalau kita tidak pergi menunaikan umrah tau! Semua orang berebut-rebut mahu ke rumah Allah disana tak terkecuali anda bukan? Bohonglah kalau ada yang tak teringin menjejakkan kaki ke sana. Setiap orang yang beragama islam mesti mempunyai keinginan untuk menunaikan ibadah di Tanah suci Makkah kan.

Image may contain: text

Hari ini, Hanis nak cerita sikit mengenai pakej Umrah yang ditawarkan oleh Zuhud Holiday Sdn. Bhd. Berminat atau tidak berminat itu hal korang. Hanis cuma bagi peluang kepada mereka yang teringin untuk ke sana tetapi tidak tahu untuk pergi dengan agensi mana. 

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 16 people, people smiling

Zuhud Holiday Sdn. Bhd menawarkan pakej umrah bulan November/Disember 2017 dengan harga dari RM 7290 bagi pakej Standard, manakala harga dari RM 6590 bagi pakej Ekonomi. Pakej Premium Anum pula harga dari Rm 8490 manakala Premium Safwah harga dari RM 9490. Itu adalah harga bagi bilik Quad iaitu 1 bilik 4 orang jemaah. Makin ramai satu bilik,makin murah harga pakej ni tau! 

Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi :-

Ustaz Hj Yusof : 019-3244717




Sekian, Terima Kasih.




Rabu, 7 Jun 2017

Latihan Industri/ Praktikal

3:44 PTG 3 Comments
Assalamualaikum,





Hai semua, maaf lama menghilang. Alkisahnya sebenarnya sekarang ini Hanis sedang menjalani latihan industri atau lebih dikenali sebagai praktikal di sebuah syarikat Pengurusan Haji Umrah dan Pelancongan iaitu Zuhud Holiday Sdn. Bhd. Itu yang tidak ada begitu banyak masa untuk mengambil berat mengenai blog ini sobsob.

Cadangnya Hanis nak sambung entri mengenai umrah tetapi sayangnya Hanis tidak bawa pula laptop Hanis ke pejabat ini huhu semua gambar dekat sana ada dalam laptop itu. Jadi apa kata hari ini Hanis story sikit macam mana perjalanan dan pengalaman Hanis sebagai budak praktikal. Jemput baca gaiss =)

Hanis memulakan hari pertama Hanis sebagai pelajar praktikal agak lewat dari kawan-kawan yang lain iaitu pada 2 Mei 2017. Tarikh paling lewat yang ditetapkan oleh Institut Profesional Baitulmal,Kuala Lumpur. Sebabnya Hanis baru sampai Malaysia 29 April 2017. Kiranya lepas sahaja balik menunaikan Umrah Hanis kena terus get ready untuk masuk praktikal. Ikutkan badan masa itu masih letih. Kesihatan pun kurang baik tetapi nak buat acane kan? hahaha itu tarikh paling lewat yang dibenarkan. 

Hari pertama menjejakkan kaki di Zuhud Holiday Hanis berjumpa dengan 4 orang lelaki Diploma Haji dan Umrah daripada Institut Profesional Baitulmal, cawangan Putrajaya. Jumlah seramai 4 orang itu buat Hanis sangat terkejut tau! hahaha Ya Allah Hanis seorang je pelajar Diploma Pengajian Muamalat dan Hanis sorang perempuan! Tak disangka. Hanis memang sudah tahu akan ada pelajar Dip. Haji Umrah sebab sewaktu temuduga sebab Hanis memang sudah nampak resume diorang berdua. Berdua je yang Hanis tau and tak sangka jadi 4 orang pula adoi hahaha. Nasib badan.

Hanis tak pernah kenal mereka berempat haha. Ye lahh...budak DPM dengan DPHU kan sudah berpisah tempat belajar. DPM di KL,DPHU di Putrajaya. Memanglah pernah belajar ditempat yang sama tapi Hanis ni bukan jenis memerhatikan orang hahaha. Bila kawan Hanis bagitau yang diorang ni ada yang ada jawatan bagai Hanis pun macam "err ye ke tak pernah nampak pun haha sorry tak usha orang". Maaf semua.

But Hanis rasa better kot Hanis tak kenal diorang. Atleast dapat mengenali. Eh? hahaha okeylah diorang pun tak pernah kenal Hanis jadi takdelah i malu sangat huhuhu dengan perangai tak semengah dulu kehkehkeh. Yang lepas biarlah lepas usah dikenang kembali cehh... Ini yang dinamakan TAKDIR ALLAH =)

Hanis dapat seorang penyelia lelaki yang jenis open minded dan relax sahaja. Jadi Hanis takdelah nak stress-stress dekat sini. Penyelia Hanis juga baik dan kuat bergurau orangnya hahaha. Penyelia Hanis selalu bagi nasihat dekat Hanis supaya be confident! Dia nak Hanis jadi seorang yang boleh communicated dengan orang dan berjumpa dengan orang ramai sebab Hanis berada dalam kumpulan Sales and Marketing. ( Hanis cuba ye Hanis cuba tapi perlahan-lahan hihihi sebab Hanis ni confident agak low lah huhu doakan Hanis...)

Staff yang lain dekat sini semuanya mesra dan banyak membantu. Hanis ni banyak benda tak tahu...itu tak tahu ini tak tahu tapi itulah sebab kita menjalani praktikal ye dak? Untuk belajar. So jangan malu bertanya hihi. 


Lebih kurang sebulan Hanis praktikal bersama akak-akak dari USIM. Tapi sekarang ini diorang sudah habis praktikal pun. Diorang berempat pun banyak mengajar Hanis tau! Kebanyakkannya yang melibatkan urusan key in maklumat dalam komputer pejabat. Thanks a lot akak-akak semua. Walaupun kita dapat berkawan sebulan je but Hanis sayang akak-akak semua. Tq sebab sabar dengan Hanis hehehe =)

Semasa entri ini ditaip sudah masuk seminggu akak-akak USIM tinggalkan Hanis keseorangan. So kira lebih kurang 1 minggu Hanis praktikal sorang-sorang dekat office ni hahaha. Bebudak Haji Umrah tu dapat task lain...diorang dapat cuti 2 minggu tak payah masuk office sebab kena cari event dekat masjid. Bersyukur jugalah Hanis tak terlibat hahaha sebab susah kot nak kena uruskan event sendiri. But sesuailah task tu dengan diorang sebab diorangkan lelaki...takkanlah Hanis nak kena create event sensorang pulakkan? hahaha nangis saya kalau kena juga sobsob

So far kerja dekat sini ok. Hanis kebanyakkannya buat kerja seperti key in manifest, key in voucher, isi borang pendaftaran umrah, isi borang badal haji dan macam-macamlah kerja dalam office. Outdoor pula Hanis pernah buat satu program "JOM KE MASJID" dan Airport Duty.

Program "JOM KE MASJID"

Gambar airport duty takdelah pula sebab takde orang nak tangkapkan gambar kesian saya tau! huhuhu. Saya ada suruh orang tu tangkapkan gambar saya tapi kesudahannya saya pula kena tangkapkan gambar diorang hmm apalah nasib saya. Sis terpaksa redo...

And minggu seterusnya Hanis pergi ke Pahang untuk "Majlis Kesyukuran Pembukaan cawangan Zuhud Holiday Sdn. Bhd. di Pahang. 



Itu sahaja kot yang nak diceritakan hahaha. Hanis harap latihan industri Hanis ini berjalan dengan lancar dan dapat memberikan pengetahuan yang banyak kepada Hanis mengenai selok-belok perniagaan sebenar.

Sekian, Terima Kasih =)


Follow Us @hanismasturina