Rabu, 6 November 2013

Maafkan ke tidak?

7:43 PTG 2 Comments

Patutkah Hanis maafkan dia ? Lepas apa yang sudah dia buat pada Hanis? Lepas dia tipu Hanis? Lepas dia curi buku teks Hanis? Semata-mata nak mengelak kena bayar penuh?
Hanis tak sangka, dia sanggup buat Hanis macam ini? Kawan jenis apa ni? Sanggup menipu? Berpura-pura baik depan Hanis? Bergurau senda dengan Hanis . Dia tak sedar ke Hanis anggap dia kawan yang baik? Hanis percaya dia , Hanis teman dia kalau dia minta . Tapi inikah balasan yang Hanis dapat? 

Sanggup dia tipu Hanis ! Buat macam langsung tak bersalah! Hari sebelumnya bersungguh dia tanya pada Hanis jumpa tak buku tu? Buku yang dia katakan dia telah pulangkan pada Hanis beberapa hari lalu . Dan pagi itu, dia prihatin tanya , dan konon ambil berat. Bertanya dan ingin membantu bayar separuh harga buku itu . Hanis langsung tak syak yang buku itu,semasa itu, dan ketika itu ada ditangannya ! Dibawanya bersama buku2 lain untuk dipulangkan . Pagi itu juga, kitaorang berbual dan bergelak ketawa seolah-olah sudah lama kenal . Hanis rasa senang sangat . Happy dapat kawan . Tapi...

Masa waktu rehat . Semuanya terbongkar . Hasil rasa tidak sedap hati sahabat baik Hanis ,Afkar . Afkar buka ikatan buku teks dia dan keluarkan buku itu . Ya Allah! Itu buku Hanis ! Hanis kenal sangat buku itu sebab sudah setahun Hanis guna . Hanis langsung tak sangka dia sanggup mencuri . Terdesak sangat ke? Afkar cari bukti dan dia jumpa bukti itu, tulisan Hanis yang ada tercoret dalam buku tu . Afkar kenal sangat . Memang itu buku Hanis ! Cuba bayangkan apa Hanis rasa bila tahu Hanis ditipu hidup-hidup?

Bila habis rehat, kitaorang bagitahu dia "penemuan" kitaorang dan mahu dia mengaku . Tapi dia tak nak mengaku ! Dia kata kononnya buku itu dia beli dari cikgu . Dia siap menangis dan mengadu pada Aina . Dia datang pada Hanis ,salam Hanis dan minta maaf tapi dia still tak mengaku . Dia kata dia dah bayar buku tu dekat cikgu . Last-last , kitaorang tahu yang dia memang menipu sebab cikgu cakap dia mana boleh jual buku teks pada pelajar . Ya Allah , teruknya dia . Kenapa dia jadi begini?

 Sampai sekarang pon dia tak mengaku salah dia . Dia dah minta maaf tapi tak nak mengaku . Jujur Hanis katakan, kalau dia mengaku perbuatan dia tu Hanis akan maafkan dia, Hanis takkan benci dia . Hanis tahu dia baik . Tapi Hanis tak tahu kenapa dia buat macam itu . Dia tak cukup duit ke nak bayar harga penuh duit tu? Kalau tak cukup, Hanis boleh tolong . Tak perlulah sampai mencuri .

Dia tak sedar ke Hanis ikhlas kawan dengan dia? Hanis terasa sangat ! Tapi Hanis tak rasa benci. Hanis rasa terkejut, tak sangka dan sedih . Hanis terkejut bila dapat tahu . Hanis tak sangka dia buat macam tu . Korang bayangkanlah, haritu juga kitaorang baru bergelak-ketawa . Berbual-bual di awal pagi . Hanis rasa sedih sebab Hanis sayang dia sebagai kawan . Hanis rasa tak senang selagi tak maafkan dia tapi Hanis nak dia mengaku ! Setiap saat Hanis terfikir peristiwa yang pahit ditipu kawan ini . Kalau korang, apa yang korang rasa? Bila kawan korang tipu korang dan buat macam tak bersalah langsung?

Ahad, 3 November 2013

Kawal mimpi ?

12:40 PTG 1 Comments

Mimpi sesuatu yang unik bukan ? Semua orang pernah mengalami mimpi bukan ? Tak kiralah mimpi seronok ke,mimpi pelik ke, atau mimpi hantu . Tapi korang pernah tak rasa boleh mengawal mimpi? Kalau korang fikir nak terbang ,korang akan terbang dalam mimpi tu .

Haa,inilah yang Hanis pelik ni . Macam mana Hanis boleh mengawal mimpi Hanis pulak? Hanis mimpi dekat kawasan yang ramai orang . Bangunan tinggi-tinggi tapi macam dah lama . Macam zaman lain , bangunan warna coklat . Hanis jalan then ada something kejar Hanis jadi Hanis larilah . Lepas itu Hanis fikir,nak terbanglah then dalam mimpi tu Hanis betul-betul terbang . Terbang melepasi bangunan tinggi itu . Hanis tetiba rasa seronok sebab boleh kawal mimpi tu . Hanis fikir lagi, simbah air sirap dekat orang yang kejar tu, Then menjadi ! Sangat kelakar . Hanis x boleh lupakan . Orang tu jatuh nak dari bangunan tinggi . Cepat-cepat Hanis fikir ada tilam dekat bawah . Dan orang tu selamat sebab betul-betul jadi ada tilam dekat bawah tuu. Aneh bukan?


Follow Us @hanismasturina