Hanis Masturina
  • Home
  • Kenali IPB
  • Collaboration
  • My Review
    • Novel Melayu
    • Kdrama
    • Anime
  • Contact Me
Assalamualaikum,


Hi gais, i might be late but we are never too late to do anything we wanted to do right? hahaha ayat penyedap hati sebab dah abaikan blog uhuks. So, currently Hanis sekarang sudah berada pada semester ke-5 ! hahaha but Hanis still nak update juga pasal sem 3 yang dah lepas 2 sem haha. 

                                                    

Ok, untuk pengetahuan semua semester 3 ini merupakan sem pendek iaitu dalam 7 minggu sahaja sesi pembelajarannya. Tapi untuk Hanis, ini adalah sem yang paling sibuk, pack dan banyak aktiviti. Satunya sebab Hanis dapat "Appreciation Award" semasa "Majlis Apresiasi Siswa KUPTM KL". Yang keduanya sebab semester ini juga Hanis amik subjek Khidmat Masyarakat. Dan benda yang membuatkan Hanis extra sibuk adalah sebab Hanis pegang jawatan setiausaha hahaha so boleh kata setiap malam menghadap laptop. Tak buat assignment, buat proposal dan menit meeting... ahaha how busy my life kan? Sampai tak sempat nak update blog hahaha (kau malas mengaku jelah hanis).

Jadi untuk yang belum baca mengenai "Majlis Apresiasi Siswa" boleh klik link ni :https://hanismasturina.blogspot.com/2019/08/majlis-apresiasi-siswa-2019-kuptm-kl.html

Ni pulak Hanis punya post untuk Program Khidmat Masyarakat "Zoo Volunteers" yang dilaksanakan di Zoo Negara: https://hanismasturina.blogspot.com/2020/05/program-zoo-volunteers-csr.html



Sem 3 Business Computing KUPTM KL
- Khidmat Masyarakat 2
- Academic Writing
- Politic and World Civilization









Assalamualaikum,



Seramai 35 orang ahli sukarelawan yang merupakan gabungan pelajar dari kursus AA201 (Bachelor of Accounting), CT203 (Bachelor of Business Computing) dan CC202 (Bachelor of Information Security) untuk subjek Khidmat Masyarakat 2 (MPU3412) sesi 0519 dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur telah melaksanakan program khidmat masyarakat bertempat di Zoo Negara, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2019.

Program dimulai dengan pengagihan barangan seperti sarung tangan dan topeng muka bagi kegunaan aktiviti sukarelawan kemudian disusuli dengan sedikit taklimat ringkas oleh Ketua Program, Ahmad Haniff Ilmuddin bin Mohamad Nawi mengenai aktiviti yang bakal dijalankan oleh para sukarelawan di Zoo Negara, Kuala Lumpur. 

Ketua Program

Seterusnya, sesi pertama dimulakan dengan ucapan penghargaan dan penerangan lebih mendalam mengenai apa yang dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan ketika menjalankan aktiviti kesukarelawan oleh penjaga Zoo di Zoo Negara iaitu Encik Fikri. Antara perkara yang dipesan adalah untuk tidak mengambil gambar tanpa kebenaran penjaga zoo yang bakal menjaga kami disetiap bahagian tertentu nanti. 





Kemudian, aktiviti diteruskan dengan sesi pembahagian tugas di mana kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan tertentu yang perlu kami jalankan tugas sukarelawan. Kami bergerak ke bahagian masing. Geng Hanis terpisah kepada dua waktu ni, sedih tak? haha. Sebab Hanis dengan Ijaz pergi tandas waktu dorang bahagi kumpulan. Hakeem, Mirul, Yana, Qila dan Hafiz satu group. Hanis dengan Ijaz group lain huhuhu.

Tapi sekali dia bahagi semula kumpulan sebab nak ikut keperluan sesuatu kawasan untuk jalankan aktiviti kesukarelawan. So Hafiz termasuk group Hanis dan Ijaz pula, tapi tetiba Mirul minta tukar dengan Hafiz. So Mirul join group Hanis Ijaz. Ok juga dapat Mirul sebab Hanis memang dah selesa dengan dia hahaha. Yang Hakeem bila Mirul dah tukar dengan Hafiz, dia sibuk juga tanya Hanis nak tukar tak dengan dia? Eh nooo, i tak mau tinggal Ijaz sebab tadi dah janji dengan dia hahaha. Hakeem, Qila, Yana, Hafiz kena jaga bahagian haiwan kanak-kanak. Manakala Hanis, Hijaz dan Amirul kena jaga bahagian haiwan liar.



Setelah kami dibahagikan dan dibawa oleh penjaga zoo masing masing, kami mula melakukan tugas yang diberi oleh mereka. Kebanyakannya kami diminta untuk membersihkan kandang dan memberi makan kepada haiwan-haiwan di Zoo Negara. Hanis dan partner diberi tugasan untuk membersihkan kandang Landak, menyediakan makanan untuk lantak tersebut dan memberikan landak makan. 3 kandang landak kami uruskan pada waktu itu. Tiada gambar sebab handphone semua kami tinggal dalam beg, lagipun kita tak tahu samaada boleh amik gambar gambar ke tidak dalam kawasan tu...

Pada jam 10:40, pihak Zoo Negara telah memberikan kami waktu rehat selama 1 jam sebelum diminta semula untuk meneruskan aktiviti sukarelawan. Pihak Zoo Negara menyediakan roti dan air mineral untuk setiap pelajar. 



Setelah tamat waktu rehat 1 jam yang telah diberikan, para pelajar diminta kembali ke bahagian masing-masing untuk menyambung aktiviti sukarelawan yang dilakukan sebentar tadi. Ada pelajar yang diminta untuk menyambung tugas sebelumnya dan ada juga yang diberikan tugas baharu membersihkan kandang haiwan lain. Aktiviti membersih dan memberi makan haiwan ini diteruskan sehingga jam 1 tengahari. 



Pada jam 1 tengahari, kami diberikan rehat selama 1 jam untuk makan tengahari dan solat. Makanan disediakan pihak Zoo Negara di kafeteria siap dihidang diatas meja untuk kesenangan para pelajar. Kami juga diberikan keizinan untuk melawat kawasan Panda =) So, here we go...




Nampak gayanya seorang Hanis sudah kehilangan gambar asal panda-panda ini. Jadi seorang Hanis hanya mampu screenshot dari instagramnya sendiri haha. (Bolehlah daripada tiada en)


My geng CT203 batch 09/18

Ok, dengan itu berakhir Program Khidmat Masyarakat "Zoo Volunteers" kami di Zoo Negara. Sebelum itu, kami sempat bergambar di pintu hadapan Zoo Negara.  



Allhamdulillah, semua berjalan lancar... Dan beberapa hari kemudian merupakan kelas terakhir untuk subjek ini. Kami dikehendaki menulis jurnal refleksi mengenai program yang telah kami laksanakan ini. 

Ohh yaa lagi satu, Hanis lupa nak bagitahu yang Hanis ni "Setiausaha" untuk Program KM ni hehehe


I really enjoy this class even penat sikit sebab pegang jawatan Setiausaha 😅😆 Gabungan pelajar Business Computing, Accounting dan System Security 🤗

Terima kasih untuk kerjasama semua 💖

#khidmatmasyarakat 
#KUPTMKL








Assalamualaikum,


Allhamdulillah pada 19 Julai 2019 telah berlangsungnya Majlis Apresiasi Siswi 2019 yang dianjurkan oleh Kolej Universiti Poly-Tech MARA, Kuala Lumpur bertempat di Dewan Perdana Suria, The MZH2. 

Majlis Apresiasi Siswa (MAS) ini diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang bagi setiap semester. Kriteria yang ditetapkan adalah bagi program Diploma dan Ijazah Program Teknikal (Program Pengkomputeran) dengan GPA 3.60 dan keatas, manakala program bukan teknikal (program bukan pengkomputeran) dengan GPA 3.85 dan keatas. 


Untuk Hanis, GPA Hanis 3.80 untuk sem 1 tempoh hari, Allhamdulillah diberi rezeki untuk hadir ke Majlis ini. 


Yeah, inilah geng Hanis dari sem 1 sehingga sem 3 ini dan mungkin, sampai habis degree hahaha. Geng-geng tak transfer kredit huhuhu. Baju hitam tu Amirul, baju putih tu Hakeem. Sorang umur 24, sorang umur 20 so kami memasing gap umur 2 tahun. 20 22 24 adoii Hanis dapat sorang adik dan sorang abang NICE! hahaha.


Yang ni pula namanya Yana. Member yang sangat memahami and baik giler (dia punya baik tu, tepuk dahi weh haha. Jangan baik sangat yana, nanti orang pijak kepala haha). Dialah antara kawan yang selalu ada disisi Hanis bila Hanis koyak dengan Mirul dan Hakeem hahaha biasalah member lelaki ni kadang tak paham kita macam kawan-kawan sejantina hehe. 



11 orang pelajar daripada course CT203 iaitu Information Technology in Business Computing mendapat anugerah ini. Sorang je bukan classmate Hanis yang dalam gambar ramai-ramai ni, yang perempuan baju kotak-kotak tu. Yang lain semua pernah sekelas. 


Allhamdulillah untuk kejayaan ini. Berkat doa umi abah Hanis, adik-adik, kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat dan juga para pensyarah yang sudi kongsikan ilmu mereka. Tanpa mereka, siapalah kita kan? Terima kasih =)





Assalamualaikum,


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Maaflah, kesibukan belajar membuatkan Hanis tiada masa untuk mengupdate blog seperti suatu masa dahulu. huhuhu agak sedih. Tapi tidak mengapalah, Hanis akan update serba sedikit mengenai kehidupan Hanis sebagai seorang pelajar degree sekarang... (ceh ayat kau niss hahaha).

Untuk sem 2 ini berlangsung dari bulan Februari 2019 sehingga bulan May 2019. Ye tahu dah lepas, tapi still nak update juga dalam blog sebab Hanis ni jenis manusia yang hidup dalam kenangan HAHAHA. Sedangkan instagram pun jadi album, blog ni kita buat macam diari lah, nanti dah tua boleh baca semula hehehe.


Tengok gambar atas ni, itulah roommate aii, dari sem 1 sampai sekarang. Muka nampak je acah garang koya gila padahal dua-dua sangat baik (dengan saya). HAHAHA kenapa dalam kurungan? hee kehkeh taktak dorang memang baik.

Itu roommate, kita pergi ke classmate pulak. Sebelum tu Hanis nak senaraikan dulu subjek untuk sem 2 ini.

Sem 2 Business Computing KUPTM KL
- Visual Programming
- Discrete Mathematics 2
- Database Fundamental
- Human Computer Interaction
- Computer System & Networking (CISCO 1)
- Mandarin 1

Versi behave

Versi kurang behave

So, itulah antara classmate saya untuk sem 3. Emm, rasa lebih kepada groupmate tu hehe tu kumpulan untuk subjek Mandarin 1. Kitaorang kena buat drama pendek, set-set retis tau kami ni jangan main-main hahaha. 


Akhir sekali, kita sudahi post kita pada hari ini dengan muka bare face masing-masing lepak kedai makan malam-malam...



Assalamualaikum dan hai. Setelah sekian lama menghilangkan diri akhirnya seorang Hanis Masturina memunculkan dirinya kembali ke dalam dunia blogging. Rindu saya tak kawan-kawan blogger semua? Haha. Alkisahnya nak dijadikan cerita lepas habis Diploma Pengajian Muamalat di Institut Profesional Baitulmal atau kini dikenali sebagai Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), Hanis telah menempuh tiga jenis pekerjaan iaitu cashier di Az-Zuhdi Muslim shop selama hampir 6 bulan, cashier di Mr. DIY selama 1 bulan sahaja hahaha juga sempat menjadi pekerja kerajaan selama 3 bulan sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) sebagai Pembantu Tadbir N19 di sebuah klinik kerajaan serta menjadi seorang pekerja dobi yang rajin. (cehhh…hahaha). Kalau rajin Hanis akan buat pengalaman Hanis kerja pula  (kalau rajin).

Displaying IMG_20181023_195518.JPG

Setelah 1 tahun bekerja, akhirnya seorang Hanis membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu DEGREE! And here iam =)

Berbekalkan kekecewaan kerana tidak mendapat tempat dalam UPU, Hanis gigihkan diri cari IPTS sebab keinginan nak sambung belajar tu tak boleh bawa bincang tau! Level terdesak orang kata hahaha tapi bila dah masuk tu rindu kerja pulak ehh haha. Apply sana apply sini, banyak jugalah dapat tawaran. Hanis dapat UITM tapi part time last minit tak jadi amik sebab fikir buat apa amik part time kalau tidak bekerja bukan? So my last decision yang paling susah adalah memilih antara Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) ataupun Kolej Universiti Poli-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM KL).

Kenapa pilih Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) ?

Hanis pun tidak tahu kenapa hahaha tiada sebab yang begitu kukuh dan munasabah sebab alasan yang Hanis bagitau kat umi dengan abah ada 2 je. Satu, “akak tak boleh bawa arab, KUIS banyak pakai arab”. Dua, “KUIS intake lambat sangat bulan 11, KUPTM bulan 9” ni sejenis terdesak tak sabar nak masuk belajar hahaha. Dan setelah menempuh onak dan duri nak masuk sini, akhirnya Hanis masuk dengan jayanya hahaha.

“Bachelor Information Technology in Business Computing” – Wow tak dengar? Tak? Biasa-biasa je? Cuba baca ni pulak “Diploma In Muamalat Studies to Bachelor Information Technology In Business Computing” NAMPAK TAK DIA PUNYA LARI COURSE TUUU??! HAHAHA. Sejenis perangai cari pasal amik benda jauh tak berkait langsung! Alahai Hanis Masturina… Semua ni gara-gara sikap ingin tahu dan suka belajar sesuatu yang baharu. Classmates course ni semua dapat transfer credit tau sebab memasing dah ada basic computer but for me NO! I start from ZERO. Totally NOTHING!

Hanis daftar pada 24/9/2018 tempoh hari. Kiranya sudah lebih sebulan hanis masuk sini hehe lepas sebulan baru nak update hehe. Penginapan di asrama yang disediakan pihak kolej dengan kontrak 1 tahun (3 semester) di “Asrama Siswi KUPTM”. 1 rumah 10 orang, 1 bilik 4 orang X 2 bilik + 1 bilik 2 orang. Hanis duduk bilik yang berempat dan perkara sedih utama adalah Hanis satu-satunya budak course Business Computing dalam rumah ni! So I takde geng. Hahaha. My roommates Farah, Wawa dan Teha. Housemates selebihnya Nisa, Nani, Adry, Nina, Fatin dan Azni. Roommates ada yang course HR, corporat, BI dan semua ada partner kecuali Hanis (Business Computing) huhuhu.


Displaying IMG_20181023_195632.JPG

Itu housemates, belum coursemates lagi. Kod kursus CT203 dengan pelajar seramai 17 orang sahaja. Yup 17, HR punyalah ramai gila haha Nampak tak ramai tak nak amik course ni sebab susah kot… Memula Hanis rapat dengan Elisa tapi setelah pusing punya pusing transfer itu ini kesudahannya Hanis sorang hahaha. Paling rapat pun dengan Sarah sebab kami berdua je perempuan yang amik subjek Discrete Mathematics 1 memandangkan yang lain sudah amik masa diploma. Total yang amik kelas Discrete Maths tu 9 orang je gaiss. (Update: Sarah stop belajar so Hanis sorang). Kejap belum habis lagi, kelas Computer Organization & Architechure 3 pelajar je weh haha iaitu Hanis, Akim dan Amirul. Subjek Operating System still Hanis, Akim dan Amirul + Akif (budak course lain). Programming pun kami bertiga Hanis, Akim dan Amirul tambah Asyraf. Sadis tak? So kiranya 1 subjek je kami beramai-ramai 17 orang yang tak ramai mana tuu hahaha.

Sem 1 Business Computing KUPTM KL
IMF 201 = Digital Technology & Society
IMF 208 = Comp. Organization & Architechure
CSC 201 = Introduction to Programming
CSC 203 = Operating System
MAT 201 = Discrete Mathematics 1

Displaying IMG_20181023_195535.JPG

Itulah subjek-subjek yang bakal Hanis tempuhi untuk semester pertama ijazah sarjana muda. Kalau ada sesiapa yang pernah belajar pasal Business Computing ni bolehlah contact Hanis kot-kot nak share tips mudah belajar ke apa-apa ke ws je Hanis 019-3140559 okayy. Bagi Hanis bukan senang course ini sumpah tak senang tapi Hanis nak cuba dan Hanis minta doa korang semua. Doakan semoga Hanis mampu belajar ini semua dan semoga apa yang Hanis lakukan ini tidak sia-sia dan menjadi sesuatu yang berguna dimasa hadapan. Sekian dari Hanis buat masa ini, nanti kita jumpa lagi di next post (doakan hanis rajin menaip hehe).

Post berkaitan KUPTM:-
  • Sem 2 Bachelor Information Technology in Business Computing KUPTM

  • Majlis Apresiasi Siswa 2019 KUPTM KL
  • Program Zoo Volunteers CSR
  • Sem 3 di Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM KL)
  • Alamak, pembelajaran secara online KUPTM KL bakal bermula!
  • Yuran asrama KUPTM KL




Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

ABOUT ME

Hanis Masturina

Hanis Masturina | 24 y/o | Part-Time Blogger | Selangor

Advertisement

Tinggalkan pesanan disini =)

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright 2019 Hanis Masturina. Dikuasakan oleh Blogger.

Follower

Cari Blog Ini

Previous Post

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  Ogos 2023 (1)
      • SofeaRose x Maya Karin : Srikandi Tun Fatimah
  • ►  2022 (2)
    • ►  Julai 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  Februari 2021 (1)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Jun 2020 (1)
    • ►  Mei 2020 (2)
  • ►  2019 (2)
    • ►  Ogos 2019 (2)
  • ►  2018 (2)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  Mei 2018 (1)
  • ►  2017 (44)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  Oktober 2017 (5)
    • ►  September 2017 (4)
    • ►  Ogos 2017 (1)
    • ►  Julai 2017 (1)
    • ►  Jun 2017 (1)
    • ►  Mei 2017 (7)
    • ►  April 2017 (6)
    • ►  Mac 2017 (4)
    • ►  Februari 2017 (5)
    • ►  Januari 2017 (9)
  • ►  2016 (86)
    • ►  Disember 2016 (21)
    • ►  November 2016 (11)
    • ►  Oktober 2016 (10)
    • ►  September 2016 (5)
    • ►  Ogos 2016 (5)
    • ►  Julai 2016 (2)
    • ►  Jun 2016 (7)
    • ►  Mei 2016 (9)
    • ►  April 2016 (7)
    • ►  Mac 2016 (2)
    • ►  Februari 2016 (1)
    • ►  Januari 2016 (6)
  • ►  2015 (12)
    • ►  Disember 2015 (2)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  Oktober 2015 (2)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  Ogos 2015 (1)
    • ►  Julai 2015 (1)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  Mac 2015 (2)
    • ►  Februari 2015 (1)
  • ►  2014 (11)
    • ►  Disember 2014 (3)
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  Jun 2014 (1)
    • ►  Mei 2014 (2)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  Mac 2014 (1)
    • ►  Februari 2014 (1)
    • ►  Januari 2014 (1)
  • ►  2013 (17)
    • ►  Disember 2013 (2)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  Oktober 2013 (2)
    • ►  September 2013 (5)
    • ►  Julai 2013 (5)
    • ►  Februari 2013 (1)

Blogger's Family

  • Kasihku Amani Imani
    📷 Coretan Sehari | 03 & 04 Ogos 2028
  • Lea Azleeya
    HUAWEI Pura 90s Series And HUAWEI Freeclip 2 S Now Available In Malaysia
  • FARAH
    Cerita done mengundi di Johor pada Jul 2026
  • sayidahnapisahdotcom
    Tips Lulus Ujian JPJ 2026
  • ombakbergigi
    Pengalaman Umrah Kali Pertama Bersama Andalusia
  • BUSYRA TAKIYUDIN
    De La'Te Coffee Alor Setar | Cafe ini sesuai untuk lepak santai
  • aienie.nka
    Tulisan pertama pada 2025
  • Lifetime Thesis
    Pencuci Muka Terbaik - Mengandungi Aloe Vera & Tea Tree Oil Mencuci Bersih Hingga Ke Liang Pori
  • RRAI
    Cover Song Pilihan Sept: RECKLESS
  • Syaza Raihanah
    Back to School : My New Semester Routine
  • KimChaa
    Kopi cheese
  • Maisarah
    2 Point O Full Movie 2020.
  • || Beeha Azman ||
    Muffin on My 23rd Birthday!
  • LE.JH
    Berwajah Baru & Bakal Tukar URL Link
  • Pengedar Shaklee Seremban
    Resepi Ayam Paprik
  • // Just Like Me ♔
    Full Tempahan Template by Wan Nur Amirah
  • Reenri
    Pelik Ke?
  • Faezah Mdnor Official Blog
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua
Blogs Directory

Featured Post

Yuran asrama KUPTM KL

Popular Posts

  • KPP Test- Tips LULUS Ujian Undang-Undang Berkomputer
  • Orentasi di Institut Profesional Baitulmal
  • DIY hadiah istimewa anda hanya di Printcious.com
  • Belajar di Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM KL)

Label

Bookcafe 2 Buku Prima 3 BukuFixi 4 Diploma Pengajian Muamalat 7 Diploma Pengurusan Haji dan umrah 7 Diploma pengurusan zakat dan wakaf 7 IPB 6 Institut Profesional Baitulmal 7 KELABU 1 Kedai buku Online 5 Lengloi 1 MAIWP 6 NovelFixi 2 ONEXOX 3 Puja 1 Qarin 1 baitulmal 6 celcom 2 ezbuy 1 fixi 5 hanismasturina 6 homegrown 2 internet mudah alih 2 khasiat daun inai 1 kolej 4 mereka 1 novel 9 patung 1 penawar resdung 1 prabayar 2 review 8 reviewnovel 8 taobao 1
Copyright © 2021 Hanis Masturina

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template