SofeaRose x Maya Karin : Srikandi Tun Fatimah
Assalamualaikum, Sempena Sambutan Kemerdekaan yang ke 66 tahun ini, SofeaRose; jenama tudung terkenal di Malaysia telah membuat kolaborasi dengan artis yang dikenali ramai iaitu Maya Karin. Kolaborasi antara Sofea Rose X Maya Karin ini telah mengangkat kisah perjuangan Srikandi Tun Fatimah. Srikandi wanita yang tidak kurang hebat perjuangannya dari pahlawan-pahlawan lelaki.
Maya Karin, yang sering kali membawa watak Tun Fatimah di pentas teater mengakui yang beliau sangat kagum dengan kepribadian dan semangat kepahlawanan Tun Fatimah dalam perjuangannya mempertahankan Melaka dari serangan Portugis pada suatu masa dahulu.
“Adalah mudah untuk lari dari tanggungjawab dalam memperjuangkan warisan dan peninggalan tokoh negara kita, tetapi saya rasa adalah lebih baik dan lebih mulia jika kita dapat cari semangat untuk mempertahankan dan menghidupkan kisah-kisah perwira tanahair ini selama mungkin.” - Maya Karin.
Istimewa Merdeka tahun ini, SofeaRose telah membawakan 4 siri tudung dalam koleksi Srikandi Tun Fatimah. Koleksi ini menyatukan elemen tradisi dan sentuhan moden secara harmoni. Elemen seperti keris, corak batik, kipas tangan, dan lakaran abstrak menjadi taruhan koleksi Srikandi Tun Fatimah untuk menghidupkan jiwa kepahlawanan melayu tetapi dalam masa yang sama menampakkan keanggunannya dalam setiap rekaan.
SofeaRose masih kompromi untuk memastikan kualiti tudung rekaannya dalam kualiti yang terbaik dan memuaskan. 10 tahun dipasaran, jenama SofeaRose dikenali sebagai pengeluar hijab yang mengunakan bahan Premium Satin Silk terawal dalam industri.
“Kami dengan rasa teruja ingin mengimbau kembali nama tokoh unggul, Tun Fatimah pada bibir-bibir pewaris tanah melayu bagi menghargai jasa Tun Fatimah yang amat berani mempertahankan Melaka dari serangan Portugis pada suatu masa dahulu. Kami berharap lebih ramai pihak akan mengambil bahagian dalam mengekspresikan kisah tokoh-tokoh terdahulu.” - Farrah Aina, Pengarah Kreatif SofeaRose.
Koleksi SofeaRose x Maya Karin: Srikandi Tun Fatimah telah dilancarkan di semua butik SofeaRose dan secara atas talian pada 1 Ogos 2023. Koleksi ini menampilkan 3 koleksi tudung bercorak, 1 tudung sulam dan 3 beg jinjing (tote bag).
Facebook: www.facebook.com/sofearose.my
Instagram: www.instagram.com/sofearose_hq
Tik Tok: www.tiktok.com/@sofearose_hq
Twitter: www.twitter.com/sofearose_hq
Website: www.sofearose.com
0 comments