Majlis Apresiasi Siswa 2019 KUPTM KL

Assalamualaikum,


Allhamdulillah pada 19 Julai 2019 telah berlangsungnya Majlis Apresiasi Siswi 2019 yang dianjurkan oleh Kolej Universiti Poly-Tech MARA, Kuala Lumpur bertempat di Dewan Perdana Suria, The MZH2. 

Majlis Apresiasi Siswa (MAS) ini diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang bagi setiap semester. Kriteria yang ditetapkan adalah bagi program Diploma dan Ijazah Program Teknikal (Program Pengkomputeran) dengan GPA 3.60 dan keatas, manakala program bukan teknikal (program bukan pengkomputeran) dengan GPA 3.85 dan keatas. 


Untuk Hanis, GPA Hanis 3.80 untuk sem 1 tempoh hari, Allhamdulillah diberi rezeki untuk hadir ke Majlis ini. 


Yeah, inilah geng Hanis dari sem 1 sehingga sem 3 ini dan mungkin, sampai habis degree hahaha. Geng-geng tak transfer kredit huhuhu. Baju hitam tu Amirul, baju putih tu Hakeem. Sorang umur 24, sorang umur 20 so kami memasing gap umur 2 tahun. 20 22 24 adoii Hanis dapat sorang adik dan sorang abang NICE! hahaha.


Yang ni pula namanya Yana. Member yang sangat memahami and baik giler (dia punya baik tu, tepuk dahi weh haha. Jangan baik sangat yana, nanti orang pijak kepala haha). Dialah antara kawan yang selalu ada disisi Hanis bila Hanis koyak dengan Mirul dan Hakeem hahaha biasalah member lelaki ni kadang tak paham kita macam kawan-kawan sejantina hehe. 



11 orang pelajar daripada course CT203 iaitu Information Technology in Business Computing mendapat anugerah ini. Sorang je bukan classmate Hanis yang dalam gambar ramai-ramai ni, yang perempuan baju kotak-kotak tu. Yang lain semua pernah sekelas. 


Allhamdulillah untuk kejayaan ini. Berkat doa umi abah Hanis, adik-adik, kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat dan juga para pensyarah yang sudi kongsikan ilmu mereka. Tanpa mereka, siapalah kita kan? Terima kasih =)





2 comments

  1. tahniah! jemput singgah https://duniataipmenaip.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. 3ply Disposable Face Mask ‼️
    Face Mask.
    We have CE certificate ✅ Please do not hesitate to contact us for more info.

    BalasPadam