Program Zoo Volunteers CSR

Assalamualaikum,



Seramai 35 orang ahli sukarelawan yang merupakan gabungan pelajar dari kursus AA201 (Bachelor of Accounting), CT203 (Bachelor of Business Computing) dan CC202 (Bachelor of Information Security) untuk subjek Khidmat Masyarakat 2 (MPU3412) sesi 0519 dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur telah melaksanakan program khidmat masyarakat bertempat di Zoo Negara, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2019.

Program dimulai dengan pengagihan barangan seperti sarung tangan dan topeng muka bagi kegunaan aktiviti sukarelawan kemudian disusuli dengan sedikit taklimat ringkas oleh Ketua Program, Ahmad Haniff Ilmuddin bin Mohamad Nawi mengenai aktiviti yang bakal dijalankan oleh para sukarelawan di Zoo Negara, Kuala Lumpur. 

Ketua Program

Seterusnya, sesi pertama dimulakan dengan ucapan penghargaan dan penerangan lebih mendalam mengenai apa yang dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan ketika menjalankan aktiviti kesukarelawan oleh penjaga Zoo di Zoo Negara iaitu Encik Fikri. Antara perkara yang dipesan adalah untuk tidak mengambil gambar tanpa kebenaran penjaga zoo yang bakal menjaga kami disetiap bahagian tertentu nanti. 





Kemudian, aktiviti diteruskan dengan sesi pembahagian tugas di mana kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan tertentu yang perlu kami jalankan tugas sukarelawan. Kami bergerak ke bahagian masing. Geng Hanis terpisah kepada dua waktu ni, sedih tak? haha. Sebab Hanis dengan Ijaz pergi tandas waktu dorang bahagi kumpulan. Hakeem, Mirul, Yana, Qila dan Hafiz satu group. Hanis dengan Ijaz group lain huhuhu.

Tapi sekali dia bahagi semula kumpulan sebab nak ikut keperluan sesuatu kawasan untuk jalankan aktiviti kesukarelawan. So Hafiz termasuk group Hanis dan Ijaz pula, tapi tetiba Mirul minta tukar dengan Hafiz. So Mirul join group Hanis Ijaz. Ok juga dapat Mirul sebab Hanis memang dah selesa dengan dia hahaha. Yang Hakeem bila Mirul dah tukar dengan Hafiz, dia sibuk juga tanya Hanis nak tukar tak dengan dia? Eh nooo, i tak mau tinggal Ijaz sebab tadi dah janji dengan dia hahaha. Hakeem, Qila, Yana, Hafiz kena jaga bahagian haiwan kanak-kanak. Manakala Hanis, Hijaz dan Amirul kena jaga bahagian haiwan liar.



Setelah kami dibahagikan dan dibawa oleh penjaga zoo masing masing, kami mula melakukan tugas yang diberi oleh mereka. Kebanyakannya kami diminta untuk membersihkan kandang dan memberi makan kepada haiwan-haiwan di Zoo Negara. Hanis dan partner diberi tugasan untuk membersihkan kandang Landak, menyediakan makanan untuk lantak tersebut dan memberikan landak makan. 3 kandang landak kami uruskan pada waktu itu. Tiada gambar sebab handphone semua kami tinggal dalam beg, lagipun kita tak tahu samaada boleh amik gambar gambar ke tidak dalam kawasan tu...

Pada jam 10:40, pihak Zoo Negara telah memberikan kami waktu rehat selama 1 jam sebelum diminta semula untuk meneruskan aktiviti sukarelawan. Pihak Zoo Negara menyediakan roti dan air mineral untuk setiap pelajar. 



Setelah tamat waktu rehat 1 jam yang telah diberikan, para pelajar diminta kembali ke bahagian masing-masing untuk menyambung aktiviti sukarelawan yang dilakukan sebentar tadi. Ada pelajar yang diminta untuk menyambung tugas sebelumnya dan ada juga yang diberikan tugas baharu membersihkan kandang haiwan lain. Aktiviti membersih dan memberi makan haiwan ini diteruskan sehingga jam 1 tengahari. 



Pada jam 1 tengahari, kami diberikan rehat selama 1 jam untuk makan tengahari dan solat. Makanan disediakan pihak Zoo Negara di kafeteria siap dihidang diatas meja untuk kesenangan para pelajar. Kami juga diberikan keizinan untuk melawat kawasan Panda =) So, here we go...




Nampak gayanya seorang Hanis sudah kehilangan gambar asal panda-panda ini. Jadi seorang Hanis hanya mampu screenshot dari instagramnya sendiri haha. (Bolehlah daripada tiada en)


My geng CT203 batch 09/18

Ok, dengan itu berakhir Program Khidmat Masyarakat "Zoo Volunteers" kami di Zoo Negara. Sebelum itu, kami sempat bergambar di pintu hadapan Zoo Negara.  



Allhamdulillah, semua berjalan lancar... Dan beberapa hari kemudian merupakan kelas terakhir untuk subjek ini. Kami dikehendaki menulis jurnal refleksi mengenai program yang telah kami laksanakan ini. 

Ohh yaa lagi satu, Hanis lupa nak bagitahu yang Hanis ni "Setiausaha" untuk Program KM ni hehehe


I really enjoy this class even penat sikit sebab pegang jawatan Setiausaha 😅😆 Gabungan pelajar Business Computing, Accounting dan System Security 🤗

Terima kasih untuk kerjasama semua 💖

#khidmatmasyarakat 
#KUPTMKL








0 comments