Alamak, pembelajaran secara online KUPTM KL bakal bermula!

Assalamualaikum dan hi semua,

 

29/6/2020. Harini merupakan tarikh bagi Auto-Register (Pendaftaran secara Automatik) bagi pelajar lama di KUPTM KL. Hi, sayalah pelajar lama itu uhuks. Pejam celik pejam celik rupanya Hanis dah nak masuk semester 6. Entri untuk semester 4 dengan 5 terpaksalah kita abaikan sebab rasa macam dah tak rajin nak update kehkehkeh. Dari semester 3 kita lompat terus ke semester 6 aci tak? haha lagipun semester 6 ini special sikit ye anak-anak. Kenapa? SEBAB PEMBELAJARAN SECARA ONLINE! (Online Distance Learning/ Pembelajaran Jarak Jauh) *nangis kejap.



Jadi sekarang ni Hanis ada baki dalam seminggu sahaja lagi untuk enjoy dengan cuti semester sebelum 6/7/2020 nanti kita kena mengadap laptop separuh hidup kehkehkeh gurau-gurau. Persoalan sekarang, Hanis dah ready ke? Ohhh noooooooo...

Terlalu banyak benda yang perlu disiapsediakan. Nak siapkan mental dan fizikal untuk terus kuat dan fokus hadap kelas online ni bukan mudah. Sebenarnya semester lepas (sem 5) Hanis ada juga jalani kelas online sebab selepas PKP haritukan memang pengajian secara bersemuka terpaksa dihentikan terus, tetapi Hanis bernasib baik sebab kebanyakkan silibus sudah selesai jadi tinggal 2 kelas je yang totally ongoing. Namun untuk semester yang bakal bermula minggu hadapan ini, fresh start kottt and i takudddd :'(

Hanis takut Hanis hilang fokus dan tak boleh belajar ahaha sumpah risau. Sebab Hanis tau Hanis ni jenis macam mana. Fokus dalam kelas je dengan pensyarah mengajar, balik rumah bukan rajin nak buat ulangkaji pun *opss terbuka aib sendiri hahaha. Harapnya seorang Hanis fokus semasa kelas online tidak terlajak tidur menanti kelas online dan TAK LAGHA! Tolonglah hahaha sila jadi orang yang berguna sikit wahai Hanis Masturina =]

Ohh tidak lupa juga untuk pelajar baru KUPTM KL! Welcome to KUPTM and selamat maju jaya Hanis ucapkan kepada semua terutamanya kepada beberapa orang yang terjumpa blog Hanis kemudian gigih WhatsApp Hanis hehe Hanis minta maaflah kalau ada kekurangan semasa balas whatsapp korang sama ada lambat reply atau tak dapat menjawab soalan korang sorry ye gaiss. After tamat PKP ni kalau terserempak Hanis kat KUPTM tegur-tegurlah ye don't worry Hanis ni friendly cuma rabun hahaha kalau nampak macam Hanis lost tu paham-paham maybe Hanis tak pakai contact lens ke haritu hahaha.

Nak ajak lepak sama-sama pun ONZZ! hahaha 



Akhir kata, semoga pembelajaran secara online ini berjalan secara lancar ye harapnya. Hanis harap perjalanan degree ni berjalan dengan baik and i really hope dapat pengakhiran yang elok-elok sahaja minta doa semua. Hanis pun sentiasa doakan kawan-kawan seperjuangan yang sama-sama tengah struggle menjalani online class. Semoga terus kuat dan cekal! Anda semua boleh =)



1 comments