Pengalaman Umrah dan Ziarah (PART 1)

Assalamualaikum,




Hai semua, maaf lama tidak memunculkan diri sekian lama. Alkisahnya selepas hari terakhir di IPB dalam beberapa hari selepas itu Hanis bersama umi,abah,adik dan paklang pergi mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah. Kami pergi pada tarikh 18 April 2017 sehingga 29 April 2017. Selepas itu 2 Mei 2017 Hanis sudah memulakan latihan industri,itu yang tidak menyempat nak update blog ni padahal sudah lama terfikir hendak tulis pasal ni hehehe. Jadi harini Hanis nak kongsi sedikit pengalaman Hanis sepanjang berada disana.

Kami bertolak dari Malaysia pada jam 1 petang. Perjalanan dari Malaysia ke Madinah mengambil masa lebih kurang 8 jam lebih. Haa lupa nak cakap,kami pergi Madinah dulu bukan Mekah so tak payah nak berihram dulu hehehe. 



Actually itu pertama kali Hanis naik flight dalam umur dah besar ni dulu pernah naik pun waktu kecil so jujur memang tak ingat apa hahaha. Semasa kapal terbang itu nak berlepas sumpah Hanis rasa nak muntah hahaha beg muntah dah siap koyak tau! hahaha gelak sikit... Bila dah dekat atas tu baru lega sebab sudah stabil,tapi bila tengok luar...nauzubillah (terpegun tapi takut)

Kami sampai di Airport Madinah pada jam 5 ke 6 petang lebih kurang macamtulah sibuk urus passport dengan beg so tak perasaan sangat jam berapa. Dari Airport Madinah tu kami menaiki bas untuk ke hotel kami di Madinah. Hanis sudah mengantuk teruk sangat masa tu...yang Hanis ingat selepas sudah siap makan semua masuk bilik tengok jam pukul 11:00 malam waktu Madinah. Malaysia sudah 4 pagi patutlah Hanis jadi ZOMBI !!! hahaha ikutkan sudah 4 pagi tau tetapi Hanis tidak dapat tidur lagi hahaha.

Seorang Hanis bila sudah kepenatan dan tidak cukup tidur memang akan tidur mati. Bangun-bangun tersedar tengok umi abah dengan paklang sudah hilang. Hanis berdua je dengan adik yang kecil (Nur Azmina). Rupa-rupanya diorang semua pergi solat subuh di Masjid Nabawi. Disebabkan Hanis tidak pergi jadi memang tidak ada gambar Hanis. So Hanis bagi gambar ayah Hanis di Masjid Nabawi =)



Dalam jam 10 pagi jemaah perempuan dibawa ke Raudah di dalam Masjid Nabawi. Untuk pengetahuan semua,Raudah adalah tempat mustajab berdoa =) Tetapi agak jauhlah bagi jemaah wanita untuk masuk ke raudah. Dan ada waktu tertentu sahaja yang jemaah wanita dibenarkan memasuki raudah. Kalau jemaah lelaki boleh masuk bila-bila masa dan pintunya pun dekat sahaja.



Minta maaflah memang tidak dapat ambil gambar dalam Raudah. Memang ramai sangat orang dalam tu,nak solat pun susah. Tapi bila dapat doa dalam tu puas sangat hati =) . Sesiapa pergi ke Madinah jangan lepaskan peluang masuk ke dalam Raudah tu tau. Korang doalah apa-apa yang korang mahu didalam Raudah tu,InshaaAllah makbul =)

Paklang Hanis pula tidak melepaskan peluang untuk pergi ke Perkuburan Baqi' . Perempuan tidak boleh pergi tau perkuburan Baqi' jadi Hanis ambil gambar dari paklang Hanis sahaja.





bersambung...(PART 2)



5 comments

  1. Untungnya awak muda-muda lagi dah dapat pergi umrah. Saya berkeinginan tapi belum berkemampuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allhamdulillah rezeki Hanis hehehe. InshaaAllah suatu hari nanti akak pun dapat pegi =)

      Padam
  2. VC yg pl amik sambil larik2 anak yg jemaah bawa jenazah ke perkuburan Baqi' tu boleh masukkan juga..itu eklusif lah..mmg x jumpa kat mana2..:D

    BalasPadam
  3. asben aida da pun buat umrah. sorang dia dulu.
    cerita dia berkenaan dgn Raudah tu, ramai org ke situ, aduhai buat aida sgt nak gi, hanis.
    asben cari time sebelum subuh utk gi.
    and dok lama di Raudah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanis dapat masuk sekali sahaja ke raudah huhuhu itupun ramai sangat orang. Kali kedua cuba masuk tapi diorang taknak buka pintu sebab ramai sangat...

      Padam