Pengalaman Umrah dan Ziarah (PART 3)
Assalamualaikum,
Ok kita pergi ke hari seterusnya iaitu hari ke-3. Post ini bersambung dari post sebelumnya (KLIK SINI) Pada hari ketiga, para jemaah dibawa menaiki bas untuk sesi lawatan. Destinasi yang kami lawati adalah Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Ladang Kurma.
Pertama sekali, kami mengambil peluang untuk menunaikan solat sunat di Masjid Quba'. Agak ramai juga orang di Masjid itu sebab masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk solat di situ. Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah. Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah). Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.
Kemudian kami pergi melihat Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh. Masjid Qiblatain merupakan sebuah masjid yang mempunyai 2 kiblat. Pada mulanya masjid ini dikenali sebagai Masjid Bani Salamah. Masjid ini terletak sekitar 7 kilometer dari Masjid Nabawi, Madinah. Pada mulanya,orang islam melakukan solat dengan mengadap ke baitul Maqdis (Masjid Aqsa') . Pada ketika itu Rasulullah sedang solat mengadap ke Baitul Maqdis namun tiba-tiba turun ayat dari Surah Al-Baqarah ayat 144 yang yang menyuruh baginda solat mengadap Masjidil Haram, Mekah.
Seterusnya, Masjid Tujuh. Masjid ini merupakan gabungan dari tujuh masjid kecil, yang sebenarnya hanya enam masjid ditambah dengan Masjid Qiblatain yang dikunjungi dalam waktu yang bersamaan sehingga disebut dengan Masjid Tujuh. Tidak ada perintah dari Nabi maupun dalil syari'at yang menunjukan atas keutamaan mengunjungi masjid-masjid ini. Kami hanya melihat masjid tujuh dari jauh sahaja tanpa turun dari bas.
Destinasi terakhir untuk hari ini adalah ladang kurma. Ada kedai disitu macam-macam dijual tau! Rambang mata saya hahaha. Ada pelbagai jenis kurma,kekacang,coklat dan sebagainya. Kami tidak masuk pun dalam ladang kurma itu sebab masing-masing busy shopping lagipun cuaca agak panas lebih kurang 40 celcius.
Kemudian kami bergerak pulang ke hotel... seronok tetapi agak penat disebabkan cuaca yang agak panas.
bersambung... (PART 4)
2 comments
assalamualaikum, hanis.
BalasPadamaida terjah dari grup terjah fb :)
kisah umrah. aduhai best nyer...
aida lom ada rezeki berpijak di tanah haram.
moga cepat la sikit rezeki aida. aminnn... :)
Waalaikumusalam Aida =)
PadamInshaaAllah ada rezeki aida nanti, Amin =)