Study LAST MINUTE

Assalamualaikum ,



Siapa sini yang suka study last minute ? Angkat tangan ! hahaha Hanis rasakan memang kebanyakan pelajar sekarang suka sangat belajar diakhir waktu . Malam sebelum exam itulah baru mula nak buka buku ! Termasuklah yang sedang menulis ini kihkihkih . Boleh dikatakan study last minit ini sudah menjadi tabiat pelajar-pelajar mahasiswa universiti mahupun kolej . Semacam tidak boleh diubah !

Alasan kenapa study last minute (bagi Hanis)


1) Mood
- Seminggu sebelum exam itu memang ada bercadang nak study , tapi entah kenapa tiada mood pulak . Mood masa itu nak main fon, tengok movie, termenung ,berangan bla bla bla ... Nak study ni kena ada mood ye dak?

2) Ada kerja lain
- Pensyarah lain bagi latihan untuk kita buat . Of courselah kita nak settelkan kerja tu dulu ye dak? Baca buku untuk exam ni tolak tepi dululah. Settelkan kerja yang perlu hantar esok !!!

3) Terlupa
- Kelemahan Hanis ,pelupa . Selalu sangat kena bebel dengan roommates sebab tak ingat ada test quiz bagai . Ye lah kadang-kadang group dengan sapa pun Hanis lupa , asik salah orang je hahaha . 

4) Tunggu tips daripada pensyarah
- Bila lagi 2 hari nak examlah pensyarah selalu bagi tips . Dan tips yang diberikan itu selalunya dapat meringankan beban pelajar nak baca apa . Pernah kot Hanis sudah baca punyalah banyak dekat rumah alih-alih tetiba pensyarah bagitau bab tu tak masuk ! Sakit tau hati kita !!! Serik beb hahaha

5) Waktu yang sesuai 
- Last minit ni lah masa belajar yang sesuai . Semua study bersama bilik pun senyap je . Kalau Hanis datang mood nak belajar diawal waktu nanti tak seiring dengan suasana bilik pula ! Buatnya Hanis tengah buka buku diaorang tengah tengok movie tak ke rasa jeles nak tengok juga ? Suasana itu penting ! hehehe


Emm...itu je kot alasan Hanis hahaha . Tak elok sebenarnya study last minute ni . Banyak keburukannya seperti dibawah .

KEBURUKAN STUDY LAST MINUTE



1) Kesan kepada fizikal
-mata sembab tak cukup tidur . Hanis yang selalu study last minutes ni tapi still tidur awal ni pun mata pedih , lagilah kalau jenis yang berjaga untuk study . Jadi panda diminggu peperiksaan .

2) Kesan kepada mental
-Bila study sampai lewat malam or tak tidur langsung ! Aihh bahaya weyy tak cukup tidur karang blank masa jawab exam . So better pastikan korang tidur walaupun study last minutes .

3) Kesan kepada emosi
- Ini terjadi kalau korang ada lebih daripada 1 test dalam satu hari . Malam itu jugalah nak study kedua-dua subjek itu . Boleh terjadinya stress sebab banyak sangat yang nak dibaca . Kadang nak pilih nak baca mana satu dulu pun boleh jadi punca stress ! hahaha relax korang .

Jemput join : "3 DAYS GIVEAWAY BY HANIS MASTURINA"


Sekian,

2 comments

  1. RAMAI CKP BLJR LAST MINUTE NI TAK BEST, TPI UNNI LAGI SUKA SBNRNYA!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita huhuhu sudah menjadi satu tabiat pulak adoi

      Padam