Assalamualaikum dan hai. Setelah sekian lama menghilangkan
diri akhirnya seorang Hanis Masturina memunculkan dirinya kembali ke dalam
dunia blogging. Rindu saya tak kawan-kawan blogger semua? Haha. Alkisahnya nak
dijadikan cerita lepas habis Diploma Pengajian Muamalat di Institut Profesional
Baitulmal atau kini dikenali sebagai Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
(KPBKL), Hanis telah menempuh tiga jenis pekerjaan iaitu cashier di Az-Zuhdi
Muslim shop selama hampir 6 bulan, cashier di Mr. DIY selama 1 bulan sahaja
hahaha juga sempat menjadi pekerja kerajaan selama 3 bulan sebagai Pekerja
Sambilan Harian (PSH) sebagai Pembantu Tadbir N19 di sebuah klinik kerajaan
serta menjadi seorang pekerja dobi yang rajin. (cehhh…hahaha). Kalau rajin
Hanis akan buat pengalaman Hanis kerja pula
(kalau rajin).
Setelah 1 tahun bekerja, akhirnya seorang Hanis membuat
keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu DEGREE!
And here iam =)
Berbekalkan kekecewaan kerana tidak mendapat tempat dalam
UPU, Hanis gigihkan diri cari IPTS sebab keinginan nak sambung belajar tu tak
boleh bawa bincang tau! Level terdesak orang kata hahaha tapi bila dah masuk tu
rindu kerja pulak ehh haha. Apply sana apply sini, banyak jugalah dapat
tawaran. Hanis dapat UITM tapi part time last minit tak jadi amik sebab fikir
buat apa amik part time kalau tidak bekerja bukan? So my last decision yang paling
susah adalah memilih antara Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) ataupun
Kolej Universiti Poli-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM KL).
Kenapa pilih Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) ?
Hanis pun tidak tahu kenapa hahaha tiada sebab yang begitu
kukuh dan munasabah sebab alasan yang Hanis bagitau kat umi dengan abah ada 2
je. Satu, “akak tak boleh bawa arab, KUIS banyak pakai arab”. Dua, “KUIS intake
lambat sangat bulan 11, KUPTM bulan 9” ni sejenis terdesak tak sabar nak masuk
belajar hahaha. Dan setelah menempuh onak dan duri nak masuk sini, akhirnya
Hanis masuk dengan jayanya hahaha.
“Bachelor Information Technology in Business Computing” –
Wow tak dengar? Tak? Biasa-biasa je? Cuba baca ni pulak “Diploma In Muamalat
Studies to Bachelor Information Technology In Business Computing” NAMPAK TAK
DIA PUNYA LARI COURSE TUUU??! HAHAHA. Sejenis perangai cari pasal amik benda
jauh tak berkait langsung! Alahai Hanis Masturina… Semua ni gara-gara sikap
ingin tahu dan suka belajar sesuatu yang baharu. Classmates course ni semua
dapat transfer credit tau sebab memasing dah ada basic computer but for me NO!
I start from ZERO. Totally NOTHING!
Hanis daftar pada 24/9/2018 tempoh hari. Kiranya sudah lebih sebulan hanis masuk sini hehe lepas sebulan baru nak update hehe.
Penginapan di asrama yang disediakan pihak kolej dengan kontrak 1 tahun (3
semester) di “Asrama Siswi KUPTM”. 1 rumah 10 orang, 1 bilik 4 orang X 2 bilik
+ 1 bilik 2 orang. Hanis duduk bilik yang berempat dan perkara sedih utama
adalah Hanis satu-satunya budak course Business Computing dalam rumah ni! So I
takde geng. Hahaha. My roommates Farah, Wawa dan Teha. Housemates selebihnya
Nisa, Nani, Adry, Nina, Fatin dan Azni. Roommates ada yang course HR, corporat,
BI dan semua ada partner kecuali Hanis (Business Computing) huhuhu.
Itu housemates, belum coursemates lagi. Kod kursus CT203
dengan pelajar seramai 17 orang sahaja. Yup 17, HR punyalah ramai gila haha Nampak
tak ramai tak nak amik course ni sebab susah kot… Memula Hanis rapat dengan
Elisa tapi setelah pusing punya pusing transfer itu ini kesudahannya Hanis
sorang hahaha. Paling rapat pun dengan Sarah sebab kami berdua je perempuan
yang amik subjek Discrete Mathematics 1 memandangkan yang lain sudah amik masa
diploma. Total yang amik kelas Discrete Maths tu 9 orang je gaiss. (Update: Sarah stop belajar so Hanis sorang). Kejap belum
habis lagi, kelas Computer Organization & Architechure 3 pelajar je weh
haha iaitu Hanis, Akim dan Amirul. Subjek Operating System still Hanis, Akim
dan Amirul + Akif (budak course lain). Programming pun kami bertiga Hanis, Akim
dan Amirul tambah Asyraf. Sadis tak? So kiranya 1 subjek je kami beramai-ramai
17 orang yang tak ramai mana tuu hahaha.
Sem 1 Business Computing KUPTM KL
IMF 201 = Digital Technology & Society
IMF 208 = Comp. Organization & Architechure
CSC 201 = Introduction to Programming
CSC 203 = Operating System
MAT 201 = Discrete Mathematics 1
Itulah subjek-subjek yang bakal Hanis tempuhi untuk semester
pertama ijazah sarjana muda. Kalau ada sesiapa yang pernah belajar pasal
Business Computing ni bolehlah contact Hanis kot-kot nak share tips mudah
belajar ke apa-apa ke ws je Hanis 019-3140559 okayy. Bagi Hanis bukan senang
course ini sumpah tak senang tapi Hanis nak cuba dan Hanis minta doa korang
semua. Doakan semoga Hanis mampu belajar ini semua dan semoga apa yang Hanis
lakukan ini tidak sia-sia dan menjadi sesuatu yang berguna dimasa hadapan.
Sekian dari Hanis buat masa ini, nanti kita jumpa lagi di next post (doakan
hanis rajin menaip hehe).