Post Top Ad

Sabtu, 18 Jun 2016

Review Novel : Puja | Buku Prima

Assalamualaikum ,


Tajuk : Puja
Penulis : Maria Kajiwa
Harga : RM 21.00



Sinopsis
400 tahun lalu, tujuh orang lelaki melarikan diri dari Pagar Ruyung ke tanah besar untuk memulakan penghidupan baharu. Satu kesilapan menjerumuskan mereka semua ke dalam satu perjanjian yang perlu diwariskan kepada keturunan mereka seterusnya. Sejak itu setiap kali ketua kampung berganti, tiga nyawa perlu dikorbankan kepada puaka sebuah batu.
Jimmy dan Pak Salleh cuba memutuskan perjanjian berpuaka itu namun halangannya bukan semudah yang disangka. Khairul, pewaris ilmu puja yang masih ada bersumpah untuk mempertahankan puaka itu tidak kira apa pun taruhannya.
Mampukah Jimmy memusnahkan puaka yang menghantui kampung halamannya? Berjayakah dia menyelamatkan nyawa ibu dan adik-adiknya yang telah dipilih untuk dijadikan korban ilmu puja itu?

Review Novel
Novel Puja ini Hanis beli sekali dengan novel Seram Buku Prima yang lain dekat Pesta Buku Karangkraf baru-baru ini . Memang borong habis time tu ! hahaha . Ok bagi Hanis , novel ini mempunyai jalan penceritaan yang kukuh . Jalan cerita tidak merapu dan longgar macam sesetengah novel yang Hanis baca . First-first baca dah dapat rasa macam cerita ini best even sinopsis macam tak berapa nak best hahaha well sebabnya sinopsisnya nampak macam cerita zaman lama je...

Permulaan novel ini sememangkan bermula pada zaman beratus tahun dulu . Tetapi tidaklah banyak pun part zaman dahulu itu so takdelah bosan pun . Ianya cuma untuk mengimbas apa yang telah terjadi pada zaman itu yang menyebabkan malapetaka sehingga zaman moden .

Cerita ini mengisahkan tentang batu puaka yang dipuja demi kesenangan hidup manusia . Setiap kali bertukar ketua kampung baharu, 3 kepala manusia perlu dikorbankan . 

Akhir kata , semua novel yang ditulis oleh Maria Kajiwa InshaAllah best ! Jom beli hehehe .


NAK SIMKAD ONEXOX PERCUMA? KLIK SINI !

Sekian,

Jun 18, 2016 / by / 4 Comments

4 ulasan:

  1. Wah novel seram. Okay boleh masukkan dalam booklist :D

    BalasPadam
  2. macam best je novel ni. buat bahan bacaan memang syok, i just followed you :) terjumpa blog awk masa nmpk review novel ni di fb

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang best ! hehehe thank follow hanis=) . Done follow back

      Padam

Post Top Ad