Review Novel : PATUNG | FIXI

Assalamualaikum,


Tajuk : PATUNG
Penulis : Muhammad Fatrim
Harga : RM 19.90

PATUNG
klik gambar untuk ke website FIXI

Sinopsis
“Jangan takut. Aku hanya mahu berkawan dengan kau, kau sunyi dan perlukan aku, aku kan comel. Aku janji aku akan bantu kau. Kau percayakan aku, kan Orked?"

“Kau?! Kau boleh cakap? Jadi selama ni, kau dengar aku?!” Bulat mata Orked memandang arah suara itu, tangannya menggeletar.

“Iya, aku dengar kau. Kita boleh berkawan, kan? Aku sayang kau, kau tak sayang aku?”

 Mata mereka kemudiannya saling bertautan. Terukir sebuah senyuman.


Review Novel

Novel PATUNG ini merupakan novel kedua daripada penulis novel ASRAMA yang laris di pasaran . Novel ini mengisahkan tentang Orked dan patungnya yang "hidup" . Hanis sejak kecil lagi memang agak takut dengan anak patung sebab selalu terbayangkan patung itu hidup so agak seram jugalah baca novel PATUNG ini hahaha . Meremang weyy hihihi

Permulaan novel ini bermula dengan penggunaan ilmu hitam untuk tujuan kecantikan oleh Puan Bougan . Beberapa orang gadis telah menjadi korban untuk tujuan itu . Kemudian cerita beralih kepada masa yang lain . Mulalah cerita pasal Orked pulaa. Orked ini merupakan cucu kepada Puan Bougan . Keluarga Orked mati dalam keadaan tragis . Adiknya, Mawar kemalangan putus tangan dan kaki . Manakala ibu dan ayahnya kemalangan selepas terkejut dengar kematian Mawar . Orked kehilangan seluruh ahli keluarganya dalam masa sehari ! Orked kerap diganggu oleh suara-suara mereka yang menyalahkan dia ketika berada di dalam banglo miliknya itu . Kenapa dia diganggu? Haa , korang kena baca sendiri novel ini .

Tanpa Orked sedar, patung yang selama ini bersama dia boleh berkomunikasi dengan dia . Siapakah patung itu sebenarnya?

Penulis novel ini memang pandai memusingkan cerita hahaha . Siapa sangka Orked bukanlah Orked yang sebenar... Tak paham? Kena baca sendirilah hahaha .

Jom beli novel ini di http://fixi.com.my/ dan enjoy !!!

Sekian,









2 comments

  1. Novel ni sumpah pening. Saya baca 2 kali nak fahamkan hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah memang pening hahaha kena ulang balik kalau nak betul-betul faham huhuhu

      Padam