Sabtu, 18 Jun 2016

# BukuFixi # fixi

Review Novel : KAMPUNG | FIXI

Assalamualaikum ,

Tajuk : Kampung
Penulis : Irvan Affan
Harga : RM 19.90

KAMPUNG
klik gambar untuk ke website FIXI

Sinopsis
Dalam dunia ni, bila hang hilang sesuatu, barulah hang akan menghargai yang lain. Bila hang ada sesuatu, kadang-kadang hang akan menzalimi yang lain.
Bukan nak memburukkan tapi menyedarkan. Inilah hakikat sebenar yang berlaku di kalangan masyarakat sekarang. Hakikat yang sesetengah rakyat marhaen tak sedar. Susah payah kehidupan. Cerita ini menggambarkan semua.
Aku sebagai ‘ketua Kampung Pura Baik’ menjadi pemerhati dan membentangkan pada masyarakat tentang kisah kampung yang bersepah di luar sana tapi ada yang tak tau. Ada kisah baik, tapi peritnya banyak.
Apa yang dilihat di TV belum tentu realiti.

Review Novel
Simple but nice . Novel yang biasa tapi seronok ! Jalan penceritaan yang santai tetapi penuh dengan isi tersirat . Novel ini penuh dengan pengajaran dan membuatkan kita merenung diri sendiri . Ada banyak sindiran dan nilai-nilai murni yang menyedarkan manusia yang kadang-kadang alpa dan leka . Disetiap bab juga diselitkan ayat-ayat yang best tau !

Tak rugi beli novel KAMPUNG ini serius tidak rugi . Sebab jarang nak dapat novel yang santai tetapi penuh berisi ini . Syabas penulis sebab berjaya memberikan kesan kepada pembaca melalui penulisan yang bagus . Bab-bab akhir serius meleleh air mata weyy huhuhu

NAK SIMKAD ONEXOX PERCUMA? KLIK SINI !

Klik SINI untuk beli novel ini secara online . Enjoy !

Sekian,

4 ulasan:

  1. Seronok fixi ni tapi tu lah nak beli susah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah susah sikit nak cari kalau dkt kedai buku biasa . Online banyak lahh dgn dekat kedai buku besar mcm MPH dan Popular =)

      Padam

Follow Us @hanismasturina