Review Novel : Lengloi | Buku Prima

Assalamualaikum ,


Tajuk : Lengloi
Penulis : Maria Kajiwa
Harga : RM 21.00

klik gambar untuk beli online

Sinopsis
Seorang demi seorang cuba membuka perniagaan di Lot 55, sayangnya semua berhadapan dengan gangguan yang menakutkan. Seorang demi seorang mati dalam keadaan tragis menjadikan kedai di Lot 55 itu semakin digeruni dan dikatakan berpuaka. Semuanya tewas di tangan Lengloi. Kehilangan Suzy juga langsung tidak dapat dikesan. Siapakah yang dipanggil Lengloi? Dari mana asalnya dan kenapa dia menghuni Lot 55? Apa yang dimahunya? Ke mana Suzy menghilang?

“Kematian seseorang manusia itu tak dapat dilewatkan atau dicepatkan walau sesaat. Apabila sampai masanya, tercabutlah roh dari jasad. Cara sahaja yang berbeza.” – PAK CIK KASIM

“Saya akan cari jalan. Saya mahu bomoh bunuh itu hantu.” LIM

“Gua cinta lu sampei gua mati.” – SUZY
 


Review Novel
Lagi sebuah novel yang ditulis oleh Maria Kajiwa selain novel Puja yang telah Hanis review haritu . Ceritanya okey not bad cuma jalan ceritanya kurang kemas sikit berbanding Puja bagi Hanis . hihi jangan marah eh, bagi komen jujur ni . Untuk pengetahuan korang, novel Lengloi ini berdasarkan cerita sebenar tau ! Kisah sebenar yang berlaku di Lot kedai bernombor 55 di suatu tempat . Tempatnya dimana tidak pula diberitahu ...

Kisah ini bermula dengan perniagaan kedai makan yang diusahakan oleh Muthu dan keluarganya . Dan kisah Suzy yang hilang tanpa khabar berita membuatkan Lim berasa sangat sedih . Perniagaan Muthu tiba-tiba sahaja jatuh merundum disebabkan beberapa peristiwa misteri seperti makanan yang baru dimasak cepat basi dan busuk serta ada kalanya berulat . Eiuuwww!!! Pelbagai cara telah Muthu lakukan bagi menyelesaikan masalah itu tapi semua tidak jalan . Akhirnya, Muthu mati dalam kebakaran yang berlaku di kedai itu ...

Tahun demi tahun, banyak kedai lain cuba membuka perniagaan disitu tetapi semuanya lari kerana tidak tahan diganggu . Bukan setakat diganggu , namun ada yang mati disebabkan gangguan daripada "Lengloi" yang mempunyai 3 rupa . 

Siapakah Lengloi sebenarnya? Kenapa lengloi menghantui Lot 55 dan apa kaitannya dengan kisah suzy??? Nak tahu? Marilah beli novel ini di SINI =)

NAK SIMKAD ONEXOX PERCUMA? KLIK SINI !

Sekian,

1 comments

  1. rajinnya review novel...

    jemput join ga minyak wangi ya... http://www.mialiana.com/2016/07/giveaway-minyak-wangi-braveheart.html

    BalasPadam