Post Top Ad

Sabtu, 3 Oktober 2015

Sem 2 di Institut Profesional Baitulmal

Assalamualaikum,
Sungguh tidak disangka bertapa cepatnya masa berlalu . Pejam celik pejam celik Hanis sudah 2 minggu menempuh sem 2 . Senior dah aku ni ececeh tak payah bajet sangat lah -_- ,subjek lagi mencabar ye mohon sedar diri Hanis ! 


Photo from hanismasturina
Hanis dan roommates

Subjek for this sem :-
  • Bahasa Arab 2 (PPK 2123)
  • English for Academic Purpose (ELU 2123)
  • Fundamentals of Entrepreneurship (MGU 2113)
  • Business Mathematics (SKM 2123)
  • Basic Accounting (ACN 2113)
Mencabar tak mencabar bagi u alls ? Bagi Hanis yang sangat-sangat mencabar adalah subjek Business Mathematics dan Basic Accounting!  Omyy Hanis lemah gila bab-bab pengiraan ini . Tetapi allhamdulillah Hanis dapat pensyarah yang baik dan sedia membantu kalau kami tidak faham . Lagi-lagi pensyarah business mathematics comel je dia hahaha even subjek tu Hanis paling blur semacam sebab otak lambat nak paham huhu . Yang sedihnya, tadi baru je start kelas arab dannn kami dah diberi assignment ! huaa sangatlah terseksa jiwa raga apabila kena buat perbualan dalam bahasa arab kemudian kena hafal dan lakonkan dekat depan . Dahlah Business math pun ada exercise nak kena buat. Baru ingat nak duduk rumah ni berehat hahaha takpe lah belajar kan,kena lah kuat =)
Photo from hanismasturina
classmates sem1

Itu pasal kelas , ini pasal roommates pulak eh silap housemates . My housemates still the same person macam sem 1 haritu hahaha . Btw, sem 2 ni Hanis balik rumah setiap minggu kot haha hebat tak hebat? Dah umi ajak balik kan, mana sampai hati kita nak menolaknya . Kalau umi tak suruh balik Hanis tak balik lah ,kalau diajak hari jumaat tu umi jemput terus dekat Kolej Murni tempat belajar bukannya Mutiara Residence asrama tuu . Tapi kalau sabtu ahad ada kerja nak dibuatnya mak Hanis fahamlah takkan nak paksa balik kann? Hanis pun faham kenapa umi ajak balik,sebab takde siapa nak tolong umi dekat rumah...adik-adik kecik . Yang tingkatan 4 pulak dah ke SBPI Pahang jauh nun sana . So Hanis yang dekat ni je lah dapat balik selalu =)

Photo from hanismasturina
Girls DPM2B

Harapan Hanis, semoga sem 2 ini berjalan dengan lancar dan jayanya . I hope pointer dapat tinggi hahaha and takde kena repeat paper even susah pun subjek tu . Tak sanggup oii nak repeat paper,boleh gila hahaha . Ya Allah permudahkanlah segalanya :')

Photo from hanismasturina
my classmates sem 2


p/s : Jemput join "Segmen Blogwalking "



Oktober 03, 2015 / by / 6 Comments

6 ulasan:

  1. Salam hanis! akak dah amek subjek subjek kat atas tu, same goes to you akak lemah subjek kira kira. balaja je. Alhamdulillah smgt kita dan dorongan lec buat akk lepas subjek kira kira tu heheh.
    All the best hanis!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam ,ohh ye ke? hahaha . Hanis akan cuba buat yang terbaik ! Thank akak doakan Hanis ye =)

      Padam
  2. Good luck hanis, smg terus success menempuji sem 2 yg mencabar..")

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sebab doakan Hanis =) . InshaAllah hanis buat yang terbaik ...

      Padam
  3. hai... salam perkenalan ye.. ;)
    nice blog.. =)
    done follow..
    follow me back... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan juga =) . Tq Hanis follow balik yee

      Padam

Post Top Ad