Resepi Macaron
Hai blogger =) . Lama Hanis menghilang bukan? Maaf sedikit busy dengan sesi kuliah . Balik pun 2 minggu sekali . Kalau balik setiap minggu pun assignment berlambak . Resipi ni pun Hanis saja je post sebab untuk kegunaan Assignment Business Plan Fundamental of Entrepreneurship . Bahagian Hanis pulak part Operational Plan so memang kena buat step by step resepi ni . Lepas tu dah alang-alang tahu resepi mungkin suatu hari nanti Hanis dapat cuba buat macaron ni =) Senang nanti refer dekat blog sendiri je kihkihkih
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT MACARON
- 80g putih telur – suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
- 65g gula castor
- 80g serbuk almond
- 140g gula icing
- pewarna
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT MACARON
- kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu. Alas dulang pembakar dgn kertas minyak.
- Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm.
- Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan.
- Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu.
- Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak.
- Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal.
Langkah 1
- Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
Langkah 2
- Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max.
- Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk (anggaran dlm 10 minit).
- Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental).
- Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!
- Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur.
- Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje.
- Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
- Kemudian boleh lah kita letak pewarna.
- Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.
Langkah 3
- Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.
Langkah 4
- Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
- Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
- Rehatkan macrons lebih kurang 30 – 45 mint. Pastikan macaron benar-benar kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
- Panaskan oven 150C -k ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.
- Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven. Bakar selama 15 – 20 minit.
- Setelah masak, letakkan macroons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk.
p/s : Hanis belum cuba lagi resepi ini jadi tak tahu sama ada jadi ataupun tidak . Resepi kredit to bukuresepi . Gambar kredit to kongsiresepi .
4 comments
salam hanis, wah kawan akak sangat suka macaron ni
BalasPadamWasalam . Sedapkan macaron ni haha tapi leceh nak buat even tak banyak bahannya ...
Padamtu la sama menghilang.. hanis dah bagi alamat tak utk segmen kembara misteri burung hantu.
BalasPadamhttp://merosnordn.blogspot.my/2015/11/tahniah-blogger-buddies.html
btw tq sharing cara buat macaroon :)
Saya menang ke? hahaha maaf tak perasan lama tak on blog .. Btw thank sangat2 tau =)
Padam