Post Top Ad

Ahad, 28 Julai 2013

Ya Allah! kuatkanlah diriku ~


Setiap manusia akan merasa kesusahan  , akan merasakan kapayahan dalam kehidupan ini . Tak kiralah dia seorang yang beriman atau tak . Kaya atau miskin . Cuma ujian yang menguji itu berbeza mengikut tahap kemampuan seseorang menghadapinya . Kita perlu ingat, Allah tak akan menurunkan ujian yang tidak dapat diatasi oleh hambanya . Syukur Ya Allah =)


Cuma kita sebagai manusia, kadang-kadang merasakan ujian yang diberikan oleh Nya akan berat padahal ianya dapat diatasi oleh diri kita sendiri . Itulah yang Hanis rasa . Hidup ini membuatkan Hanis tertekan , serabut dan serba tak kena . Ujian yang diberikan terasa amat beban .Kadang-kadang bila difikirkan masalah itu boleh dikira agak remeh tapi kenapa diri ini merasa beban ? Kenapa rasa begitu ?

Pernah Hanis berfikir, perlukah Hanis meluahkannya pada seseorang? Tetapi pada siapa? Bolehkan Hanis mempercayainya? Bolehkah dia faham? hmm...Hanis akui Hanis seorang yang amat perahsia . Rahsia Hanis tiada siapa yang tahu kecuali diri Hanis dan Allah yang maha mendengar .

Hanis teringin nak kawan yang betul-betul memahami Hanis. Yang pandai jaga mulut,simpan rahsia . Yang menenangkan Hanis ketika Hanis resah . Berkongsi pahit manis kehidupan . Alangkah bahagianya jika begitu =) . InsyaAllah suatu hari nanti jika dipanjangkan umur =)

Kita hanya mampu berdoa . Diberikan kesabaran menghadapi setiap dugaan yang mendatang . Diberikan kekuatan menghadapi kesukaran hidup . Diberikan ingatan yang kuat untuk terus menimba ilmu . Dikekalkan kesempurnaan anggota tubuh badan untuk melakukan perkara harian . Dan diberikan peluang untuk terus beribadah kepada Allah .


Julai 28, 2013 / by / 1 Comments

1 ulasan:

Post Top Ad