Review: Facial Treatment di Murad Ioi City Mall Putrajaya

Ingat tidak bila kali terakhir anda buat perawatan wajah atau lebih popular dikenali sebagai facial treatment? Minggu lepas? Bulan lepas? Tahun lepas? Atau... tidak ingat sudah sebab sudah makan tahun? 😅



Pada hari sabtu lepas bertarikh 23 Julai 2022, Hanis telah pergi ke sebuah Pusat Kecantikan yang sudah lama bertapak di Malaysia iaitu salah satu cawangan Murad yang bertempat di Ioi City Mall, Putrajaya. Alamat penuhnya, Lot No. L2-50, Second Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, Sepang, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Terletak di Level 2 Ioi City Mall Putrajaya dan berhampiran dengan Daiso serta surau dan tandas perempuan. 

Hanis disambut oleh salah seorang staff Murad yang bernama "Dhiya". Dhiya memberikan Hanis borang Skin Health Assessment untuk Hanis isi dengan maklumat peribadi, masalah kulit yang Hanis hadapi, skincare apa yang Hanis pakai dan masalah utama apa yang Hanis nak hilangkan. Bersama borang tersebut juga Hanis dihidangkan dengan secawan air teh untuk menghilangkan rasa dahaga. 


Selesai isi borang tersebut staff tersebut datang untuk tanya beberapa soalan sebelum meneruskan skintest. Skintest yang dibuat menggunakan Nexa Technology daripada UK. Dhiya melakukan skintest pada bahagian kiri wajah Hanis dan dapat mengenal pasti beberapa masalah kulit yang Hanis hadapi walaupun ketika itu Hanis mengenakan full-face makeup. Canggihnya teknologi sekarang! 



Masalah kulit yang Hanis hadapi lebih kepada blemish, breakout dan sedikit darkspot. Dalam rawatan wajah kalini kita fokuskan kepada rawatan untuk blemish dan breakout. Dhiya menerangkan kepada Hanis rawatan yang akan dibuat adalah Murad Method Level 2- Congestion Facial untuk merawat skin issues Hanis. 


Hanis dibawa ke salah satu bilik rawatan disitu. Hanis diminta untuk salin pakaian sebab selain rawatan wajah, diorang juga akan melakukan urutan bahu dan leher! So unexpected! Jadi Hanis salin pakaian dan diminta baring di katil yang disediakan. Suasana bilik itu yang gelap dengan lampu kecik yang berubah warna membuatkan Hanis hampir terlelap. Sangat selesa dan menenangkan! 


Sesi rawatan wajah itu dimulai dengan bauan aromaterapi, Hanis diminta untuk menarik nafas 3x untuk menghirup bauan tersebut. Sebelum memulakan Murad Method Level 2- Congestion Facial, Dhiya membuang makeup pada wajah Hanis dan membuat double-cleansing. Selesai semua itu, rawatan wajah pun dimulakan dengan mengambil masa 1 jam lebih. Facial treatment dan diselangi dengan urutan bahu dan leher, Hanis suka sangat servis yang diberikan! 


Facial treatment yang dibuat menggunakan produk dari rangkaian set biru ini yang ditargetkan untuk spot dan blemish. Sepanjang rawatan staff sentiasa menerangkan apa produk yang sedang dia pakaikan ke muka Hanis dan apa tujuan dan khasiat produk tersebut. Tidak lupa juga untuk bertanya jika Hanis ada alami apa-apa reaksi alahan sepanjang rawatan. Allhamdulillah, semua produk Murad set spot dan blemish ini tidak mendatangkan kesan merengsakan dikulit wajah Hanis 💖




Akhirnya, selesai sudah facial treatment Hanis di Pusat Kecantikan Murad Ioi City Mall, Putrajaya. Hanis amat berpuas hati dengan rawatan yang diberikan dan layanan staff yang sangat banyak membantu dan friendly! Terima kasih kepada staff Murad terutamanya Dhiya yang melayan Hanis dari awal sehingga akhir. Ada rezeki kita jumpa di lain hari ya. 


Buat sesiapa yang berminat untuk buat perawatan wajah / facial treatment boleh pergi ke website Murad KLIK SINI atau KLIK SINI. Atau boleh Google sahaja Murad Ioi City Mall untuk dapatkan contact number. 💞









0 comments