Staycation | Ceylonz Suite, Kuala Lumpur

 Hi, Assalamualaikum, 



Tercari-cari hotel di Kuala Lumpur yang selesa dengan harga yang berpatutan dan tidak cekik darah? Bonus tengah bandar Kuala Lumpur kawasan KLCC dan dapat lihat view KL Tower lagi dari kolam renang infiniti lagi okayy. Nak tahu hotel mana tu? Ceylonz Suite jawapannya. Kenapa? Boleh teruskan pembacaan ya. 

Pada beberapa bulan lepas, bulan Februari lebih tepatnya, mak Hanis ada Majlis konvokesyen yang berlangsung di Ballroom Hotel Maya, Kuala Lumpur. Pada mulanya Hanis plan nak booking bilik di Hotel Maya sahaja, tapi apabila tengok harga, takpelah terima kasih 😂 Lagipun macam bosan pula konvo situ lepastu bilik situ jugakan? Akhirnya Hanis buka website booking.com untuk cari hotel lain yang berdekatan. 

Dan terjumpalah Ceylonz Suite ini. Hanis booking untuk 2 hari 1 malam dengan harga cuma RM155.82 selepas itu dapat pulangan RM11.76 dari booking.com semula. Deposit RM100 perlu bayar dikaunter semasa ambil kunci dan kad akses akan dipulangkan semula selepas habis tempoh penginapan. Berbaloi tidak berbaloi? hehe booking dengan harga bawah RM200, sejujurnya Hanis tak letak harapan tinggi. Tapi bila buka sahaja pintu masuk bilik, sumpah dia punya bilik melebihi expectation Hanis. 

 

1 katil double, 1 katil single dan ada lagi satu space bertilam dekat tepi tingkap yang boleh jadi tempat tidur juga. Suprise! Keluarga Hanis semua be like "betul ke kak bilik ni? Ke salah bilik?" hahaha dari plan nak angkut tilam terus tidak perlu sudah sebab tempat tidur lebih dari cukup! 


Kelengkapan dalam hotel semua cukup. Dari kelengkapan bilik mandi seperti sabun-sabun, ubat gigi, berus gigi, hair dryer, tuala sehinggalah selipas 2 pasang untuk kegunaan dalam bilik hotel dan seterika juga disediakan. TV pun ada okay dalam bilik beserta WiFi percuma! Yang lebih menarik, kolam renang infiniti dengan view KL tower pada waktu malam, sangat cantik ya 😍



Hanis bagi 4.5/5 bintang untuk penginapan Hanis kali ini ⭐⭐⭐⭐ Antara penginapan yang selesa sesuai untuk keluarga dengan kapasiti 4 - 5 orang. Kalau korang ada jumlah keluarga yang lebih besar, Hanis rasa ada je bilik lain yang lebih luas dan bersesuaian untuk korang. 

Tunggu apa lagi? Sesiapa yang ingin jalan-jalan Kuala Lumpur itu boleh cuba penginapan di Ceylonz Suite, Kuala Lumpur 💞






0 comments