Hanis Masturina
  • Home
  • Kenali IPB
  • Collaboration
  • My Review
    • Novel Melayu
    • Kdrama
    • Anime
  • Contact Me
Assalamualaikum dan hi semua,

 

29/6/2020. Harini merupakan tarikh bagi Auto-Register (Pendaftaran secara Automatik) bagi pelajar lama di KUPTM KL. Hi, sayalah pelajar lama itu uhuks. Pejam celik pejam celik rupanya Hanis dah nak masuk semester 6. Entri untuk semester 4 dengan 5 terpaksalah kita abaikan sebab rasa macam dah tak rajin nak update kehkehkeh. Dari semester 3 kita lompat terus ke semester 6 aci tak? haha lagipun semester 6 ini special sikit ye anak-anak. Kenapa? SEBAB PEMBELAJARAN SECARA ONLINE! (Online Distance Learning/ Pembelajaran Jarak Jauh) *nangis kejap.



Jadi sekarang ni Hanis ada baki dalam seminggu sahaja lagi untuk enjoy dengan cuti semester sebelum 6/7/2020 nanti kita kena mengadap laptop separuh hidup kehkehkeh gurau-gurau. Persoalan sekarang, Hanis dah ready ke? Ohhh noooooooo...

Terlalu banyak benda yang perlu disiapsediakan. Nak siapkan mental dan fizikal untuk terus kuat dan fokus hadap kelas online ni bukan mudah. Sebenarnya semester lepas (sem 5) Hanis ada juga jalani kelas online sebab selepas PKP haritukan memang pengajian secara bersemuka terpaksa dihentikan terus, tetapi Hanis bernasib baik sebab kebanyakkan silibus sudah selesai jadi tinggal 2 kelas je yang totally ongoing. Namun untuk semester yang bakal bermula minggu hadapan ini, fresh start kottt and i takudddd :'(

Hanis takut Hanis hilang fokus dan tak boleh belajar ahaha sumpah risau. Sebab Hanis tau Hanis ni jenis macam mana. Fokus dalam kelas je dengan pensyarah mengajar, balik rumah bukan rajin nak buat ulangkaji pun *opss terbuka aib sendiri hahaha. Harapnya seorang Hanis fokus semasa kelas online tidak terlajak tidur menanti kelas online dan TAK LAGHA! Tolonglah hahaha sila jadi orang yang berguna sikit wahai Hanis Masturina =]

Ohh tidak lupa juga untuk pelajar baru KUPTM KL! Welcome to KUPTM and selamat maju jaya Hanis ucapkan kepada semua terutamanya kepada beberapa orang yang terjumpa blog Hanis kemudian gigih WhatsApp Hanis hehe Hanis minta maaflah kalau ada kekurangan semasa balas whatsapp korang sama ada lambat reply atau tak dapat menjawab soalan korang sorry ye gaiss. After tamat PKP ni kalau terserempak Hanis kat KUPTM tegur-tegurlah ye don't worry Hanis ni friendly cuma rabun hahaha kalau nampak macam Hanis lost tu paham-paham maybe Hanis tak pakai contact lens ke haritu hahaha.

Nak ajak lepak sama-sama pun ONZZ! hahaha 



Akhir kata, semoga pembelajaran secara online ini berjalan secara lancar ye harapnya. Hanis harap perjalanan degree ni berjalan dengan baik and i really hope dapat pengakhiran yang elok-elok sahaja minta doa semua. Hanis pun sentiasa doakan kawan-kawan seperjuangan yang sama-sama tengah struggle menjalani online class. Semoga terus kuat dan cekal! Anda semua boleh =)



Assalamualaikum,


Hi gais, i might be late but we are never too late to do anything we wanted to do right? hahaha ayat penyedap hati sebab dah abaikan blog uhuks. So, currently Hanis sekarang sudah berada pada semester ke-5 ! hahaha but Hanis still nak update juga pasal sem 3 yang dah lepas 2 sem haha. 

                                                    

Ok, untuk pengetahuan semua semester 3 ini merupakan sem pendek iaitu dalam 7 minggu sahaja sesi pembelajarannya. Tapi untuk Hanis, ini adalah sem yang paling sibuk, pack dan banyak aktiviti. Satunya sebab Hanis dapat "Appreciation Award" semasa "Majlis Apresiasi Siswa KUPTM KL". Yang keduanya sebab semester ini juga Hanis amik subjek Khidmat Masyarakat. Dan benda yang membuatkan Hanis extra sibuk adalah sebab Hanis pegang jawatan setiausaha hahaha so boleh kata setiap malam menghadap laptop. Tak buat assignment, buat proposal dan menit meeting... ahaha how busy my life kan? Sampai tak sempat nak update blog hahaha (kau malas mengaku jelah hanis).

Jadi untuk yang belum baca mengenai "Majlis Apresiasi Siswa" boleh klik link ni :https://hanismasturina.blogspot.com/2019/08/majlis-apresiasi-siswa-2019-kuptm-kl.html

Ni pulak Hanis punya post untuk Program Khidmat Masyarakat "Zoo Volunteers" yang dilaksanakan di Zoo Negara: https://hanismasturina.blogspot.com/2020/05/program-zoo-volunteers-csr.html



Sem 3 Business Computing KUPTM KL
- Khidmat Masyarakat 2
- Academic Writing
- Politic and World Civilization









Assalamualaikum,



Seramai 35 orang ahli sukarelawan yang merupakan gabungan pelajar dari kursus AA201 (Bachelor of Accounting), CT203 (Bachelor of Business Computing) dan CC202 (Bachelor of Information Security) untuk subjek Khidmat Masyarakat 2 (MPU3412) sesi 0519 dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur telah melaksanakan program khidmat masyarakat bertempat di Zoo Negara, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2019.

Program dimulai dengan pengagihan barangan seperti sarung tangan dan topeng muka bagi kegunaan aktiviti sukarelawan kemudian disusuli dengan sedikit taklimat ringkas oleh Ketua Program, Ahmad Haniff Ilmuddin bin Mohamad Nawi mengenai aktiviti yang bakal dijalankan oleh para sukarelawan di Zoo Negara, Kuala Lumpur. 

Ketua Program

Seterusnya, sesi pertama dimulakan dengan ucapan penghargaan dan penerangan lebih mendalam mengenai apa yang dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan ketika menjalankan aktiviti kesukarelawan oleh penjaga Zoo di Zoo Negara iaitu Encik Fikri. Antara perkara yang dipesan adalah untuk tidak mengambil gambar tanpa kebenaran penjaga zoo yang bakal menjaga kami disetiap bahagian tertentu nanti. 





Kemudian, aktiviti diteruskan dengan sesi pembahagian tugas di mana kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan tertentu yang perlu kami jalankan tugas sukarelawan. Kami bergerak ke bahagian masing. Geng Hanis terpisah kepada dua waktu ni, sedih tak? haha. Sebab Hanis dengan Ijaz pergi tandas waktu dorang bahagi kumpulan. Hakeem, Mirul, Yana, Qila dan Hafiz satu group. Hanis dengan Ijaz group lain huhuhu.

Tapi sekali dia bahagi semula kumpulan sebab nak ikut keperluan sesuatu kawasan untuk jalankan aktiviti kesukarelawan. So Hafiz termasuk group Hanis dan Ijaz pula, tapi tetiba Mirul minta tukar dengan Hafiz. So Mirul join group Hanis Ijaz. Ok juga dapat Mirul sebab Hanis memang dah selesa dengan dia hahaha. Yang Hakeem bila Mirul dah tukar dengan Hafiz, dia sibuk juga tanya Hanis nak tukar tak dengan dia? Eh nooo, i tak mau tinggal Ijaz sebab tadi dah janji dengan dia hahaha. Hakeem, Qila, Yana, Hafiz kena jaga bahagian haiwan kanak-kanak. Manakala Hanis, Hijaz dan Amirul kena jaga bahagian haiwan liar.



Setelah kami dibahagikan dan dibawa oleh penjaga zoo masing masing, kami mula melakukan tugas yang diberi oleh mereka. Kebanyakannya kami diminta untuk membersihkan kandang dan memberi makan kepada haiwan-haiwan di Zoo Negara. Hanis dan partner diberi tugasan untuk membersihkan kandang Landak, menyediakan makanan untuk lantak tersebut dan memberikan landak makan. 3 kandang landak kami uruskan pada waktu itu. Tiada gambar sebab handphone semua kami tinggal dalam beg, lagipun kita tak tahu samaada boleh amik gambar gambar ke tidak dalam kawasan tu...

Pada jam 10:40, pihak Zoo Negara telah memberikan kami waktu rehat selama 1 jam sebelum diminta semula untuk meneruskan aktiviti sukarelawan. Pihak Zoo Negara menyediakan roti dan air mineral untuk setiap pelajar. 



Setelah tamat waktu rehat 1 jam yang telah diberikan, para pelajar diminta kembali ke bahagian masing-masing untuk menyambung aktiviti sukarelawan yang dilakukan sebentar tadi. Ada pelajar yang diminta untuk menyambung tugas sebelumnya dan ada juga yang diberikan tugas baharu membersihkan kandang haiwan lain. Aktiviti membersih dan memberi makan haiwan ini diteruskan sehingga jam 1 tengahari. 



Pada jam 1 tengahari, kami diberikan rehat selama 1 jam untuk makan tengahari dan solat. Makanan disediakan pihak Zoo Negara di kafeteria siap dihidang diatas meja untuk kesenangan para pelajar. Kami juga diberikan keizinan untuk melawat kawasan Panda =) So, here we go...




Nampak gayanya seorang Hanis sudah kehilangan gambar asal panda-panda ini. Jadi seorang Hanis hanya mampu screenshot dari instagramnya sendiri haha. (Bolehlah daripada tiada en)


My geng CT203 batch 09/18

Ok, dengan itu berakhir Program Khidmat Masyarakat "Zoo Volunteers" kami di Zoo Negara. Sebelum itu, kami sempat bergambar di pintu hadapan Zoo Negara.  



Allhamdulillah, semua berjalan lancar... Dan beberapa hari kemudian merupakan kelas terakhir untuk subjek ini. Kami dikehendaki menulis jurnal refleksi mengenai program yang telah kami laksanakan ini. 

Ohh yaa lagi satu, Hanis lupa nak bagitahu yang Hanis ni "Setiausaha" untuk Program KM ni hehehe


I really enjoy this class even penat sikit sebab pegang jawatan Setiausaha 😅😆 Gabungan pelajar Business Computing, Accounting dan System Security 🤗

Terima kasih untuk kerjasama semua 💖

#khidmatmasyarakat 
#KUPTMKL








Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

ABOUT ME

Hanis Masturina

Hanis Masturina | 24 y/o | Part-Time Blogger | Selangor

Advertisement

Tinggalkan pesanan disini =)

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright 2019 Hanis Masturina. Dikuasakan oleh Blogger.

Follower

Cari Blog Ini

Previous Post

  • ►  2023 (1)
    • ►  Ogos 2023 (1)
  • ►  2022 (2)
    • ►  Julai 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  Februari 2021 (1)
  • ▼  2020 (3)
    • ▼  Jun 2020 (1)
      • Alamak, pembelajaran secara online KUPTM KL bakal ...
    • ►  Mei 2020 (2)
      • Sem 3 di Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lum...
      • Program Zoo Volunteers CSR
  • ►  2019 (2)
    • ►  Ogos 2019 (2)
  • ►  2018 (2)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  Mei 2018 (1)
  • ►  2017 (44)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  Oktober 2017 (5)
    • ►  September 2017 (4)
    • ►  Ogos 2017 (1)
    • ►  Julai 2017 (1)
    • ►  Jun 2017 (1)
    • ►  Mei 2017 (7)
    • ►  April 2017 (6)
    • ►  Mac 2017 (4)
    • ►  Februari 2017 (5)
    • ►  Januari 2017 (9)
  • ►  2016 (86)
    • ►  Disember 2016 (21)
    • ►  November 2016 (11)
    • ►  Oktober 2016 (10)
    • ►  September 2016 (5)
    • ►  Ogos 2016 (5)
    • ►  Julai 2016 (2)
    • ►  Jun 2016 (7)
    • ►  Mei 2016 (9)
    • ►  April 2016 (7)
    • ►  Mac 2016 (2)
    • ►  Februari 2016 (1)
    • ►  Januari 2016 (6)
  • ►  2015 (12)
    • ►  Disember 2015 (2)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  Oktober 2015 (2)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  Ogos 2015 (1)
    • ►  Julai 2015 (1)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  Mac 2015 (2)
    • ►  Februari 2015 (1)
  • ►  2014 (11)
    • ►  Disember 2014 (3)
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  Jun 2014 (1)
    • ►  Mei 2014 (2)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  Mac 2014 (1)
    • ►  Februari 2014 (1)
    • ►  Januari 2014 (1)
  • ►  2013 (17)
    • ►  Disember 2013 (2)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  Oktober 2013 (2)
    • ►  September 2013 (5)
    • ►  Julai 2013 (5)
    • ►  Februari 2013 (1)

Blogger's Family

  • Kasihku Amani Imani
    Korea | Mercy for None (2025)
  • Lea Azleeya
    Huawei Unveils Matepad Pro 12.2” A Premium Pc-Level Experience Tablet For Work, Play, And Creativity
  • BUSYRA TAKIYUDIN
    Fokus pada blog baru. Semua update disana.
  • FARAH
    Sunday Brunch di Renaissance Johor Bahru – Pilihan Nasi Kerabu & 200++ Menu Lain
  • ombakbergigi
    Buffet Selera Ramadan Di GoodHope Hotel Skudai
  • aienie.nka
    2024 will end too....
  • Lifetime Thesis
    Pencuci Muka Terbaik - Mengandungi Aloe Vera & Tea Tree Oil Mencuci Bersih Hingga Ke Liang Pori
  • sayidahnapisahdotcom
    60++ Template Kad Raya Digital 2024 Baru
  • RRAI
    Cover Song Pilihan Sept: RECKLESS
  • Syaza Raihanah
    Back to School : My New Semester Routine
  • KimChaa
    Kopi cheese
  • Maisarah
    2 Point O Full Movie 2020.
  • || Beeha Azman ||
    Muffin on My 23rd Birthday!
  • LE.JH
    Berwajah Baru & Bakal Tukar URL Link
  • Pengedar Shaklee Seremban
    Resepi Ayam Paprik
  • // Just Like Me ♔
    Full Tempahan Template by Wan Nur Amirah
  • Reenri
    Pelik Ke?
  • Faezah Mdnor Official Blog
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua
Blogs Directory

Featured Post

Yuran asrama KUPTM KL

Popular Posts

  • KPP Test- Tips LULUS Ujian Undang-Undang Berkomputer
  • Orentasi di Institut Profesional Baitulmal
  • Belajar di Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM KL)
  • DIY hadiah istimewa anda hanya di Printcious.com

Label

Bookcafe 2 Buku Prima 3 BukuFixi 4 Diploma Pengajian Muamalat 7 Diploma Pengurusan Haji dan umrah 7 Diploma pengurusan zakat dan wakaf 7 IPB 6 Institut Profesional Baitulmal 7 KELABU 1 Kedai buku Online 5 Lengloi 1 MAIWP 6 NovelFixi 2 ONEXOX 3 Puja 1 Qarin 1 baitulmal 6 celcom 2 ezbuy 1 fixi 5 hanismasturina 6 homegrown 2 internet mudah alih 2 khasiat daun inai 1 kolej 4 mereka 1 novel 9 patung 1 penawar resdung 1 prabayar 2 review 8 reviewnovel 8 taobao 1
Copyright © 2021 Hanis Masturina

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template