Ahad, 29 Januari 2017

Taman Botani Putrajaya

Assalamualaikum ,



Penat tetapi puas ! Itu yang dapat Hanis gambarkan apabila buat pertama kalinya mengunjungi Taman Botani Putrajaya ini . Taman Botani Putrajaya ini merupakan antara tempat yang sesuai untuk kita beriadah dan juga mendapatkan gambar-gambar yang cantik kerana persekitarannya dan pemandangannya yang sangat menarik !



Taman Botani Putrajaya ini terletak di Presint 1, 62000, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia . Bayaran masuknya adalah PERCUMA !!! Taman ini juga menyediakan basikal untuk disewa dengan bayaran RM 10 ! Taman ini juga menyediakan perkhidmatan tram yang berharga RM 7 dan RM 6 (student). 




Disebabkan Hanis dan kawan-kawan pergi ke Taman Botani Putrajaya dengan niat untuk bergambar , jadi kami berempat tidak menyewa basikal mahupun menggunakan perkhidmatan tram . Kami hanya berjalan kaki sahaja dan bergambar sakan menggunakan kamera DSLR milik Sabrina.




Nak amik gambar kawin pun lawa uaalls dekat sini hehehe . Abaikan muka terlebih excited Hanis =P


Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Taman Botani Putrajaya ini tau ! Boleh bergambar banyak-banyak . Takpun beriadah kayuh basikal dengan keluarga =)




Sekian , terima kasih kepada yang sudi membaca dan lihat semua gambar kami (klik gambar untuk lihat full size)

Untuk maklumat lanjut mengenai Taman Botani Putrajaya , sila klik SINI






8 ulasan:

  1. belum ada kesempatan lagi nk ke sana.. memang cantik eh sana tu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tahanlah cantik dia . Port sesuai untuk bergambar hehe

      Padam
  2. p/s : hi.. sy dtg untuk blogwalking n sy dh follow blog awk ni.. :D lau sudi.. silalah follow balik blog sy ye..nk minx tolong sikit boleh? Boleh tlg check x sama ada blog bru sy ni www.1001petua.com berat atau ringan ye.. Mksud sy.. cpat atau lmbt loading.. tq..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai...saya dah follow balik . Bagi saya blog awak loading dah ok dah...laju lagi saya rasa hahaha good job

      Padam
  3. Cantik, boleh la bbila pegi singgah sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik ! Kalau ada masa bolehlah singgah, masuk pun percuma sahaja =)

      Padam

Follow Us @hanismasturina