Hanis Masturina
  • Home
  • Kenali IPB
  • Collaboration
  • My Review
    • Novel Melayu
    • Kdrama
    • Anime
  • Contact Me
Assalamualaikum ,



Penat tetapi puas ! Itu yang dapat Hanis gambarkan apabila buat pertama kalinya mengunjungi Taman Botani Putrajaya ini . Taman Botani Putrajaya ini merupakan antara tempat yang sesuai untuk kita beriadah dan juga mendapatkan gambar-gambar yang cantik kerana persekitarannya dan pemandangannya yang sangat menarik !



Taman Botani Putrajaya ini terletak di Presint 1, 62000, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia . Bayaran masuknya adalah PERCUMA !!! Taman ini juga menyediakan basikal untuk disewa dengan bayaran RM 10 ! Taman ini juga menyediakan perkhidmatan tram yang berharga RM 7 dan RM 6 (student). 




Disebabkan Hanis dan kawan-kawan pergi ke Taman Botani Putrajaya dengan niat untuk bergambar , jadi kami berempat tidak menyewa basikal mahupun menggunakan perkhidmatan tram . Kami hanya berjalan kaki sahaja dan bergambar sakan menggunakan kamera DSLR milik Sabrina.




Nak amik gambar kawin pun lawa uaalls dekat sini hehehe . Abaikan muka terlebih excited Hanis =P


Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Taman Botani Putrajaya ini tau ! Boleh bergambar banyak-banyak . Takpun beriadah kayuh basikal dengan keluarga =)




Sekian , terima kasih kepada yang sudi membaca dan lihat semua gambar kami (klik gambar untuk lihat full size)

Untuk maklumat lanjut mengenai Taman Botani Putrajaya , sila klik SINI







Assalamualaikum..



Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.






Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang


1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan:


1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)

Slimmtreats:
http://www.slimmtreats.com
http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)

Nora Misnan:
http://Kongsibersamanora.blogspot.com
Http://www.facebook.com/kongsibersamanora
(follow blog +like page)

Jamil Hashim:
http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

Nadiah Hanum:
http://nadiah245.blogspot.com
Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

Aida Hanafiah: 
http://www.adianiez.com (follow blog )


**Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4- Copy & paste code  ke html post blog

Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan,.

Semoga Berjaya semua..


sekian..
Assalamualaikum ,

KLIK UNTUK JOIN

Assalamualaikum ,


iceBreaking
KLIK UNTUK JOIN

Twitter : https://twitter.com/HanisMasturina

Instagram : https://www.instagram.com/hanismasturina/

Facebook : https://www.facebook.com/hanis.masturina.3



Sedikit sebanyak tentang Hanis :- KLIK KLIK KLIK KLIK



Assalamualaikum ,



#7 : Kenangan Pahit

Cabaran terakhir kali ini amatlah perit untuk dikenang . Bukan sekadar pahit,malahan sakit dan memeritkan . Kenangan paling pahit yang Hanis lalui pada tahun 2017 ini adalah Hanis jatuh kemudian kaki Hanis terseliuh dan bengkak sakit gila weyyy huhuhu sampaikan Hanis langsung tidak boleh berjalan sehingga menyebabkan Hanis terpaksa pakai tongkat ke kelas hua . Pahit bukan kenangan ini? Sis redo .

Alkisahnya semuanya berlaku sebab Hanis tidak berhati-hati hurm salah Hanis juga entah macam mana tidak nampak lubang kecil di dalam longkang kecil itu adoi mungkin sebab waktu itu gelap then Hanis jalan punyalah konfiden pandang depan tak pandang bawah hehehe 

So, inilah yang terjadi pada Hanis . Sampai waktu Hanis sedang menaip ini pun Hanis tidak dapat berjalan ... Tunggu tukang urut tak sampai-sampai kesudahannya hanya mampu urut sendiri sahaja sobsob . Sakit ,perit ,sedih semua ada sebab dah rancang nak pergi jalan-jalan dengan kawan tetapi semuanya terpaksa dibatalkan sebab Hanis tidak mampu berjalan seperti biasa . Sorry gaiss , rasa bersalah sangat huhuhu...koranglah kawan ketika senang mahupun susah . Sayang juga korang dekat Hanis eh hehehe, dilayan macam tuan puteri haritu. Terima kasih kepada semua yang sudi membantu Hanis, doakan Hanis cepat sembuh =)

Allah uji Hanis betul-betul seminggu sebelum final exam bermula . Tidak mengapa,Hanis reda . Mungkin ada hikmah tersembunyi disebalik apa yang terjadi ini bukan? Hanis cuba kuat menahan sakit ini . Doakan Hanis . Doakan juga agar Hanis dan kawan-kawan dipermudahkan menjawab final exam minggu hadapan . InshaAllah, Amin .


Sekian ,




Assalamualaikum ,


Apa itu SAPS Ibu Bapa ? SAPS merupakan singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberikan kemudahan kepada ibu dan bapa bagi menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka yang bersekolah secara online .

Sebagai ibubapa kepada anak-anak yang masih bersekolah , ibubapa haruslah sentiasa memantau perkembangan prestasi anak-anak mereka disekolah walaupun agak sibuk dengan pekerjaan . Ibubapa haruslah peka dengan perkembangan prestasi pelajaran mereka bagi menjamin masa hadapan anak-anak . 

Cuba anda ingat kembali, bila kali terakhir anda check keputusan peperiksaan anak -anak anda? Dan bila kali terakhir pasangan suami dan isteri berbincang mengenai prestasi skor yang anak anda dapati? Tidak pernah? Jangan macam itu, ibubapa seharusnya mengambil berat mengenai hal pendidikan ini .

Dalam zaman moden yang menggunakan teknologi internet ini , tiada alasan untuk para ibubapa tidak dapat memantau dan mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak yang bersekolah samaada sekolah rendah ataupun sekolah menengah . Semuanya menjadi mudah bagi ibubapa dengan kewujudan SAPS Ibubapa ini yang membolehkan ibubapa mengakses laman web ini dengan hanya menggunakan hujung jari dan jaringan internet dimana-mana sahaja .


Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak mereka secara online iaitu SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.

Sebelum wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ini , ibubapa perlu hadir ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk memeriksa keputusan anak-anak . Namun dengan kewujudan SAPS Ibu Bapa ini , ianya memudahkan urusan ibubapa yang kadangkala tidak mempunyai masa untuk kesekolah akibat sibuk dengan urusan kerja .


Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.

Untuk memeriksa secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan.

Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.

Jika anda menggunakan website official atau website lain, ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Jadi melalui website yang saya cadangkan, insyaAllah tiada lagi isu tertekan dan kecewa sewaktu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak kerana server down . InshaAllah ianya dapat memudahkan urusan kita =)



Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem SAPS ini ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini. Sangat memudahkan urusan ibu bapa dengan menggunakan SAPS ini !

Dengan wujudnya kemudahan ini , diharapkan ibubapa terus memanfaatkan kemudahan ini dengan sebaik mungkin . Sila ambil berat mengenai pelajaran anak-anak kerana ibubapa adalah tulang belakang anak-anak . Ibubapa seharusnya memberikan galakan kepada anak-anak agar terus berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam pelajaran . Jadikan sistem ini kepada batu loncatan untuk mendidik anak-anak . 

Diharap dengan kewujudan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah online ini, tiada lagi kes anak-anak menyorokkan keputusan peperiksaan , anak-anak meniru tandatangan ibubapa dan ibubapa menjadikan alasan sibuk dengan pekerjaan sehingga tiada masa memantau perkembangan prestasi anak-anak disekolah . Tiada lagi alasan okeyyy !!!


Semoga dengan perkongsian Hanis pada hari ini dapat memberi manfaat kepada ibubapa diluar sana yang masih belum mengetahui tentang kewujudan sistem SAPS Ibu Bapa ini . Anda boleh share artikel ini untuk membantu lebih ramai orang mengetahui lebih lanjut mengenai SAPS Ibu Bapa online ini .

Sekian,






Assalamualaikum,


#6 : Kenangan Manis

MasyaAllah , Cabaran 7 Hari Blogging sudah menjadi cabaran 3 minggu bagi Hanis disebabkan kesibukan tahap maksimum . Maaf semua , bukan niat daku untuk melupakan cabaran ini tetapi apakan daya assignment memanggil . Dan Hanis disini yang sedang menaip ini baru sahaja menghabiskan kuliah terakhir pada hari jumaat baru-baru ini ! Kiranya sekarang ini sedang study week lah hehe Allhamdulillah dapat juga sambung cabaran 7 Hari Blogging ini =)

Kenangan manis? Hmm, sebenarnya banyak sangat kenangan manis yang berlaku pada tahun 2016 . Tetapi Hanis pilih kenangan manis ini untuk diabdikan di dalam blog Hanis kerana ia berlaku pada penghujung tahun 2016 iaitu 30/12/16 hari jumaat yang juga merupakan hari jadi umi kesayangan Hanis .

Apa kenangan manis itu ? Ianya adalah Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Institut Profesional Baitulmal =) . Majlis ini diadakan untuk meraikan para pelajar yang mendapat Anugerah Dekan (AD) pada semester lepas .


Walaupun mendapatkan Anugerah Dekan bukanlah tujuan utama kita belajar, namun sebenarnya anugerah ini menjadi satu penggalak untuk kita terus berusaha dalam pelajaran kita . Hanis gembira sangat apabila mendapat Anugerah Dekan ini . Selain untuk disimpan sebagai penggalak kepada Hanis, ianya juga merupakan hadiah hari jadi kepada birthday umi yang jatuh pada hari itu juga =) . 

Buat masa ini semester 4 sahajalah yang dapat sijil tu haha semester 2 dan 3 dulu tidak ada pula buat Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang hahaha . Tidak mengapalah , dapat merasa satu kali naik pentas pun jadilah kan? hehehe 

Semester 5 ini Hanis tidak rasa Hanis boleh dapat Anugerah Dekan (AD) lagi . Sebab subjek sem ini agak mencabar huhu . Subjek Law dan Takaful agak susah bagi Hanis . Namun, Hanis akan cuba yang terbaik. Semester 6 akan datang Hanis akan cuba untuk dapatkan Anugerah Dekan (AD) semula hihihi kena usaha kuat ni sebab sem 5 ini sudah jatuh CHAIYOKK !!!


Terima kasih kepada yang sudi membaca . Hanis nak minta tolong semua doakan Hanis agar dapat menjawab Final Exam Sem 5 yang bermula pada 16 Januari 2017 sehingga 24 Januari 2017 . Tq guys =)


Sekian,

Assalamualaikum ,

Hasil carian imej untuk subjek kegemaran karangan

#5 : Subjek Kegemaran

Aiyaa masa agak limited untuk luangkan masa buat post baru untuk cabaran 7 hari ni adoi busy sangatlah awak ni Hanis hahaha

Okey,harini Hanis nak cerita pasal subjek kegemaran hanis. Cuba teka subjek apa ? Jeng...jeng...jeng...


Hasil carian imej untuk bahasa melayu

1) Bahasa Melayu
- Hanis suka sangat dengan subjek bahasa melayu. Kenapa? Sebab hanis suka buat karangan hehe dan hanis suka membaca buku atau majalah yang berbahasa melayu . Bangga dengan bahasa sendiri walaupun tahu bahasa melayu ini tidak boleh bawa keluar negara pun tetapi bahasa jiwa bangsa bukan? Sayangilah bahasa kita.

Hasil carian imej untuk Internet and Communication Technology (ICT)

2) Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) / Internet and Communication Technology (ICT)
- Subjek berkaitan it ini adalah salah satu subjek yang hanis min at juga. Hanis suka belajar tentang teknologi terbaru , berkaitan Alam internet dan hacker2 bagai ni. Tapi tak reti mana pun sebab tak sempat blajar plus dah lupa. Kalau ada waktu free nanti inshaallah hanis nak belajar semula coding ni hehehe

Actually kan, hanis rasa 2 subjek tu sahaja yang hanis suka hehehe. Yang lain biasa-biasa sahaja hanis belajar juga he he...Jadi sampai disini sahaja subjek kegemaran hanis...tata



Sekian ,

Assalamualaikum,



# 4: makanan kurang digemari

Hai semua,hari itu hanis sudah cerita pasal makanan kegemaran hanis,jadi harini hanis nak cerita mengenai makanan yang kurang digemari oleh hanis .

1) Mee Segera
- Adalah menjadi satu kebiasaan kepada individu yang bernama pelajar untuk makan mee segera ketika poket kosong. Namun,tidak buat insan yang bernama hanis masturina hahaha . hanis kurang meminati makanan yang bernama mee segera. Bukan tak makan langsung tetapi tidak menjadi kebiasaan sebagai makanan hanis ketika lapar mahupun tiada duit. Hanis lagi rela meratah biskut cicah air Milo sebab mee segera ni tidak kena dengan selera hanis. Melainkan kalau dekat rumah umi hanis buat mee segera masak atas api dapur dengan telur mata baru hanis makan dgn penuh berselera . tapi kalau dekat asrama memang tak emm emm bukan demand tinggi tapi kalau memang tak suka nak buat macam mana huhu ditambah bila sudah tahu keburukan mee segera...janganlah makan selalu yerr...


Hasil carian imej untuk kacang

2) kacang
- Hi,budak tak makan kacang disini . Peminat-peminat kacang mohon jangan kecam hehe . Hanis tidak suka kacang bukan sebab alahan ataupun takut naik jerawat ke tetapi sebab hanis memang tak suka rasanya.... Ada beberapa jenis kacang sahaja yang hanis makan seperti kacang gajus dan kacang pandai. Yang lain emm tak sedap bagi hanis. Jem kacang lagilah nauzubillah tak boleh masuk melainkan nuttela hanis makan hehehe . macam-macamlah kau ni hanis hahaha


Hasil carian imej untuk lontong johor

3) Lontong
- Hanis tak suka lontong . fullstop hahaha . Sebabnya kuahnya yang warna kuning ada kacang tu memang tidak sedap pada deria rasa hanis. Padahal umi hanis suka sangat dengan lontong sebab umi asal johor. Tetapi anak sulungnya ini tidak menggemari lontong .

Disebabkan nama task kali ini adalah makanan yang kurang digemari,jadi hanis rasa itu sahaja kot. Rasa macam kelam kabut nak menyelesaikan Cabaran 7 Hari Blogging ini sebab kesuntukkan masa . Tak apalah , sekurang-kurangnya Hanis cuba walaupun tidak mengikut masa yang ditetapkan...



Sekian ,

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

ABOUT ME

Hanis Masturina

Hanis Masturina | 24 y/o | Part-Time Blogger | Selangor

Advertisement

Tinggalkan pesanan disini =)

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright 2019 Hanis Masturina. Dikuasakan oleh Blogger.

Follower

Cari Blog Ini

Previous Post

  • ►  2023 (1)
    • ►  Ogos 2023 (1)
  • ►  2022 (2)
    • ►  Julai 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  Februari 2021 (1)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Jun 2020 (1)
    • ►  Mei 2020 (2)
  • ►  2019 (2)
    • ►  Ogos 2019 (2)
  • ►  2018 (2)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  Mei 2018 (1)
  • ▼  2017 (44)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  Oktober 2017 (5)
    • ►  September 2017 (4)
    • ►  Ogos 2017 (1)
    • ►  Julai 2017 (1)
    • ►  Jun 2017 (1)
    • ►  Mei 2017 (7)
    • ►  April 2017 (6)
    • ►  Mac 2017 (4)
    • ►  Februari 2017 (5)
    • ▼  Januari 2017 (9)
      • Taman Botani Putrajaya
      • GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017
      • BLOGLIST FEBRUARI BY IRAZULKEFFELE
      • SEGMEN ICE BREAKING BY MELLYA
      • Cabaran 7 Hari Blogging 7
      • SAPS Ibu Bapa - Semakan Keputusan Peperiksaan
      • Cabaran 7 Hari Blogging 6
      • Cabaran 7 Hari Blogging 5
      • Cabaran 7 Hari Blogging 4
  • ►  2016 (86)
    • ►  Disember 2016 (21)
    • ►  November 2016 (11)
    • ►  Oktober 2016 (10)
    • ►  September 2016 (5)
    • ►  Ogos 2016 (5)
    • ►  Julai 2016 (2)
    • ►  Jun 2016 (7)
    • ►  Mei 2016 (9)
    • ►  April 2016 (7)
    • ►  Mac 2016 (2)
    • ►  Februari 2016 (1)
    • ►  Januari 2016 (6)
  • ►  2015 (12)
    • ►  Disember 2015 (2)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  Oktober 2015 (2)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  Ogos 2015 (1)
    • ►  Julai 2015 (1)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  Mac 2015 (2)
    • ►  Februari 2015 (1)
  • ►  2014 (11)
    • ►  Disember 2014 (3)
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  Jun 2014 (1)
    • ►  Mei 2014 (2)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  Mac 2014 (1)
    • ►  Februari 2014 (1)
    • ►  Januari 2014 (1)
  • ►  2013 (17)
    • ►  Disember 2013 (2)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  Oktober 2013 (2)
    • ►  September 2013 (5)
    • ►  Julai 2013 (5)
    • ►  Februari 2013 (1)

Blogger's Family

  • Kasihku Amani Imani
    Twinfish Nutzbar Mix Nut
  • Lea Azleeya
    Huawei Unveils Matepad Pro 12.2” A Premium Pc-Level Experience Tablet For Work, Play, And Creativity
  • BUSYRA TAKIYUDIN
    Fokus pada blog baru. Semua update disana.
  • FARAH
    Sunday Brunch di Renaissance Johor Bahru – Pilihan Nasi Kerabu & 200++ Menu Lain
  • ombakbergigi
    Buffet Selera Ramadan Di GoodHope Hotel Skudai
  • aienie.nka
    2024 will end too....
  • Lifetime Thesis
    Pencuci Muka Terbaik - Mengandungi Aloe Vera & Tea Tree Oil Mencuci Bersih Hingga Ke Liang Pori
  • sayidahnapisahdotcom
    60++ Template Kad Raya Digital 2024 Baru
  • RRAI
    Cover Song Pilihan Sept: RECKLESS
  • Syaza Raihanah
    Back to School : My New Semester Routine
  • KimChaa
    Kopi cheese
  • Maisarah
    2 Point O Full Movie 2020.
  • || Beeha Azman ||
    Muffin on My 23rd Birthday!
  • LE.JH
    Berwajah Baru & Bakal Tukar URL Link
  • Pengedar Shaklee Seremban
    Resepi Ayam Paprik
  • // Just Like Me ♔
    Full Tempahan Template by Wan Nur Amirah
  • Reenri
    Pelik Ke?
  • Faezah Mdnor Official Blog
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua
Blogs Directory

Featured Post

Yuran asrama KUPTM KL

Popular Posts

  • KPP Test- Tips LULUS Ujian Undang-Undang Berkomputer
  • Orentasi di Institut Profesional Baitulmal
  • Belajar di Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM KL)
  • DIY hadiah istimewa anda hanya di Printcious.com

Label

Bookcafe 2 Buku Prima 3 BukuFixi 4 Diploma Pengajian Muamalat 7 Diploma Pengurusan Haji dan umrah 7 Diploma pengurusan zakat dan wakaf 7 IPB 6 Institut Profesional Baitulmal 7 KELABU 1 Kedai buku Online 5 Lengloi 1 MAIWP 6 NovelFixi 2 ONEXOX 3 Puja 1 Qarin 1 baitulmal 6 celcom 2 ezbuy 1 fixi 5 hanismasturina 6 homegrown 2 internet mudah alih 2 khasiat daun inai 1 kolej 4 mereka 1 novel 9 patung 1 penawar resdung 1 prabayar 2 review 8 reviewnovel 8 taobao 1
Copyright © 2021 Hanis Masturina

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template