Hanis Masturina
  • Home
  • Kenali IPB
  • Collaboration
  • My Review
    • Novel Melayu
    • Kdrama
    • Anime
  • Contact Me
Assalamualaikum,


Haa inilah antara masker muka yang Hanis pernah ada. Hanis ni bolehlah juga dikatakan sebagai seorang yang gila mask ! Hampir tiap hari nak pakai sampai terpaksa tahan diri sendiri. Macam-macam jenis Hanis sudah pernah cuba tapi ini yang terbaru. Daripada gambar diatas Hanis rasa korang sudah boleh agak dah jenis masker muka yang mana Hanis suka pakai ye dak? Sudah semestinya "sheet-mask" ! Kenapa? Sebab Hanis suka cara pemakaiannya yang simple hanya tepek dekat muka tanpa perlu nak ratakan bagai plus ianya sejuk je,jadi rasa ala-ala spa gituu...hahaha


Siapa disini yang juga suka pakai mask muka macam Hanis? Bolehlah tinggalkan komen dibawah kot-kot ada nak bagi cadangan mask muka yang bagus ke... manalah tau boleh Hanis cuba nanti hehehe.

Apa fungsi masker muka ini? 

Untuk pengetahuan korang, mask muka ini sebenarnya berfungsi untuk membuang sel kulit mati di lapisan atas kulit dan membersihkan pori serta mask muka juga mampu menyerap ke dalam lapisan kulit dengan lebih dalam berbanding krim biasa yang korang guna hari-hari tuu... 

Salah satu sebab Hanis sangat suka pakai mask muka kerana bila bangun je pagi muka akan rasa lembut dan licin je tau. Paling syoknya kalau pakai mask ni lepas "burn". Muka Hanis ni lebih kepada keadaan muka berminyak, tetapi kalau Hanis "burn" sebab matahari muka Hanis akan mengelupas teruk sebab kulit kering terutamanya di bahagian hidung. So penyelesaiannya adalah dengan memakai mask muka. Bangun pagi esok tengok kulit kering Hanis semakin pulih dan sudah kembali lembab semula...Happy gila ualls hehehe cuma burn gelap je degil lambat nak hilang huhuhu

Jenis-jenis mask muka :-

Mask muka ini sebenarnya ada banyak jenis tau! Antaranya ialah jenis "clay mask", "peel off mask", "sleeping mask", dan "sheet mask" yang macam Hanis suka pakai ni. Kalau "clay mask" kena cuci, "peel off mask" pula kopek sahaja, manakala bagi jenis "sleeping mask" dan "sheet mask" kebiasaanya Hanis pakai je sampai tertido sampai "sheet mask" tu hilang entah kemana masa tidur HAHAHA. 



Kebaikan mask muka :-

Tidak kira jenis mask muka yang mana satu, kesemua mask muka mempunyai khasiat tersendiri. Antara kebaikan mask muka adalah memberikan kelembapan berpanjangan, menghilangkan garis halus dan kedutan dengan penggunaan yang konsisten, menenangkan sebab terasa ala-ala spa, mudah dibawa kemana-mana dan banyak lagi.

Jenis khasiat khas mask muka pun banyak tau! Ada untuk anti-penuaan, menghilangkan kulit kusam, melembabkan dengan maksimum, mencerahkan malahan ada mask khas untuk menghilangkan "eyebag" bawah mata lagi hahaha Hanis rasa Hanis kena cuba mask untuk "eyebag" ni sebab sembab bawah mata ni dah tak boleh bawa bincang uhuks. 

Seberapa kerap untuk kita pakai mask?

Kekerapan pemakaian mask muka bergantung pada jenis kulit seseorang. Untuk kulit normal 2-3 kali seminggu. Untuk kulit berminyak 3-5 kali seminggu, manakala untuk kulit kering 1-2 kali seminggu. Hanis ni kulit berminyak tapi melampaulah pula pakai setiap hari sampai kena tegur dengan kawan! hahaha

Untuk masa sekarang Hanis tengah usha-usha satu mask muka ni. Jenis "sleeping mask". Rasanya ramai yang pernah dengar bukan mengenaikan "Laneige Water Sleeping Mask" bukan? Agak-agak okay tak? Harap okaylah nak beli yang trial pack punya dulu ehehe...

Hasil carian imej untuk Laneige Water Sleeping





Tempoh Penyertaan:

26/10/2017 – 27/10/2017 ( 11.59pm)

 
Assalamualaikum,


Lirik Lagu Pesan - Irfan Haris 

Disaat ku tiada nanti, tiada lagi disisimu
Jangan kau bersedih dan menangis
Engkau insan yang ku sayang
Yang paling ku kasih dirimu
Amat bererti dihidupku

Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu



Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu...

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi...

whooo huooo.

Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu...

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi...

Assalamualaikum,

Hasil carian imej untuk Ujian JPJ (test komputer)

Pertama, Hanis nak ucapkan tahniah kepada mereka yang sudah mempunyai lesen memandu kereta dan menunggang motor yang sah. Bagi mereka yang masih belum mempunyai lesen memandu dan menunggang atau sedang mengambil kelas lesen diharapkan entri ini dapat membantu korang sedikit sebanyak untuk LULUS dalam Ujian Undang-Undang Berkomputer-KPP Test atau lebih dikenali sebagai "Test Komputer". 

Apa itu Ujian Undang-Undang Berkomputer?

Ujian Undang-Undang Berkomputer adalah ujian yang diwajibkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia kepada orang awam sebagai syarat kelayakan untuk mendapatkan lesen memandu dan menunggang. 

Bagi yang mengambil lesen untuk kereta atau motosikal sahaja, terdapat 50 soalan dan markah untuk lulus adalah 42/50. Manakala bagi yang mengambil kedua-dua jenis lesen ini sekali, terdapat 70 soalan dan markah untuk lulus adalah 59/70. 

Sebelum memulakan Ujian Undang-Undang Berkomputer yang sebenar, korang perlu menduduki Ujian Buta Warna. Ujian Buta Warna ini akan menentukan sama ada korang LAYAK/TIDAK LAYAK untuk membuat lesen memandu. 


Bagi yang BETUL kesemua soalan Ujian Buta Warna ini bermakna anda LAYAK untuk menduduki Ujian Berkomputer namun bagi yang statusnya TIDAK LAYAK jangan risau, jika korang betul-betul mahu mendapatkan lesen memandu korang perlu pergi ke Hospital untuk mendapatkan pelepasan dan kebenaran untuk mengambil lesen memandu.

Sebelum layak untuk menduduki Ujian Berkomputer ini, orang awam perlu menghadiri Kursus KPP01 untuk setiap jenis kelas lesen. 

Contohnya, Hanis mengambil lesen untuk B2 bagi motosikal dan D bagi kereta. Jadi Hanis perlu menghadiri 2 kelas KPP01 yang masing-masing memakan masa 6 jam untuk satu kelas. 

Selepas selesai menghadiri kursus tersebut, korang perlu menunggu panggilan untuk menduduki Ujian Undang-Undang Berkomputer. Sementara itu korang bolehlah baca buku Kurikulum Pendidikan Pemandu yang sekarang ini diwajibkan oleh setiap individu untuk memiliki buku sendiri kerana di belakang buku itu terdapat nombor siri masing-masing yang akan digunakan ketika menduduki Test Komputer nanti. Takde dah kongsi-kongsi buku ni...

Hasil carian imej untuk korikulum pendidikan pemanduan buku baharu

Apa? Buku tebal sangat? Tengok pun tak lalu nak baca... Sapa macam ni angkat tangan! Haa ni lah nak bagitahu. Kalaulah korang ni memang jenis SUSAH sangat nak baca buku sebab tak sanggup, Hanis ada 2 inisetif untuk korang. Zaman sudah modenlah, tidak semestinya tak baca buku tak boleh LULUS Test Komputer tu. Buku tu cukuplah kita dah hadap 6 jam masa KPP01, guna cara lainlah untuk buat ulangkaji takdelah bosan sangat kan? hehehe

Inisetif pertama. Korang bolehlah buka website ini (KLIK) untuk membuat latihan secara online. Ada latihan buta warna, Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan simulasi Ujian.


Inisetif kedua. Buka telefon pintar korang yang canggih itu, buka PlayStore dan cari "Ujian KPP- Lesen L" kemudian install. Hanis guna cara inilah untuk buat latihan sebelum menduduki Ujian Komputer tempoh hari. Jimat masa,jimat tenaga tak payah buka google pun cuma makan space sikitlah. Ala apa susah, dah lulus uninstall lah balik huhuhu. Jangan kedekut kalau nak lulus gaiss hahaha. 


Emm, tu sahaja kot perkongsian Hanis harini. Takkanlah korang nak Hanis bagi soalan bocor pulakkan... Lagipun soalan bocor tu memang takde kot, sebab diorang dah sediakan banyak set tau untuk kita. Takde can nak meniru pun kalau korang jenguk orang sebelah sebab soalan lain-lain. Tak susah sebenarnya nak LULUS Ujian Undang-Undang Berkomputer ni kalau korang baca buku. Paling malas pun boleh LULUS kalau  buat latihan guna 2 cara yang Hanis bagi seperti diatas. 

Goodluck semua !








Assalamualaikum,


 “Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart” merupakan tagline bagi sebuah website yang memberikan peluang kepada pelanggan untuk menghasilkan rekaan sendiri agar hadiah yang ingin diberikan kepada yang tersayang menjadi lebih istimewa. Konsep yang diperkenalkan oleh Printcious.com ini memberi menjadi satu pilihan yang tepat bagi individu yang sudah bosan dengan lambakan hadiah di pasaran yang sama dan teringin untuk menghasilkan design sendiri di atas hadiah yang dipilih. 

Anda kreatif? Anda mahu menjadikan hadiah itu istimewa untuk orang yang anda sayangi? Ataupun mahukan barangan yang special untuk koleksi peribadi? Printcious.com lah jawapannya !

Printcious.com menyediakan pelbagai variasi barangan yang boleh anda pilih untuk dijadikan hadiah. Antara barangannya adalah seperti T-shirt, cawan, bantal, keychain, beg, topi dan banyak lagi.

Cara nak membuat pembelian di Princious.com :-

1) Create account bagi yang belum pernah mendaftar ataupun login bagi yang sudah mendaftar



2) Pergi ke butang "CREATE" dan pilih barang apa yang ingin anda design.




3) "Start Designing" hadiah anda mengikut kretiviti



4) Nak tambah gambar boleh, tambah tulisan pun tiada masalah. Be Creative okay (maaflah Hanis tak berapa nak kreatif hehehe)



5) Dah siap? Tekan "DONE" boleh "ADD TO CART" . Kalau sudah konfem nak beli terus tekan "CHECKOUT" tapi kalau rasa-rasa macam tak puas shopping tu boleh "continue shopping"


SENANG JE KAN? CEPAT PERGI USHA WEBSITE NI (KLIK)

Tak buat rugi gaiss...





Assalamualaikum,



Hai semua, Hanis sedang mencari seorang partner yang sudi untuk berkerjasama dengan Hanis dalam menjalankan Preloved Novel Giveaway dimasa akan datang. Harap-harap adalah yang sudi jadi partner kita yee hahaha

Kriteria partner yang Hanis cari adalah:-

1) Seorang blogger
2) Jujur dan amanah
3) Boleh sponsor sekurang-kurangnya 2 novel preloved atau baharu 
4) Tidak meletakkan syarat yang menyusahkan peserta (seperti komen pada post, media sosial,klik iklan dan sebagainya.)

Apa yang anda akan dapat? 

1) Menambah bilangan follower blog anda.
2) Menambah bilangan like pada pages FB.
3) Meningkatkan bilangan pageviews blog.
4) Meningkatkan jumlah follower instagram.
5) Meningkatkan peluang untuk mendapat customer (instashop/onlineshop)
6) Menambah kenalan blog =)

Kalau ada yang berminat dan memenuhi kriteria diatas boleh whatapps Hanis di nombor 019-3140559 . Terima kasih.


Assalamualaikum,


Hasil carian imej untuk vivo v7

Adakah anda telah bersedia untuk perlancaran telefon pintar Vivo V7+ yang terbaharu? Vivo V7+ yang pastinya memberikan pengalaman baharu dan menarik kepada pengguna telefon pintar terutamanya kepada yang amat gemar berselfie! 

Kenapa?

Kerana Vivo V7+ dilengkapi dengan kamera hadapan 24mp dengan filter face beauty yang pastinya dapat menghasilkan selfie yang cantik dan sempurna! Menariknya lagi,kamera depan.Vivo V7+ mampu merakam video 1080@30fps yang akan kelihatan sangat jelas dan jernih terutamanya semasa membuat life streaming.

Imej yang berkaitan


Kamera belakang Vivo V7+ beresolusi 16mp dilengkapi dengan autofocus dan LED flash agar kamu dapat menangkap gambar yang jelas dan cantik walaupun di dalam gelap. Lebar Vivo V7+ adalah 5.7 inci dengan konsep fullview.


Hasil carian imej untuk vivo v7

Vivo V7+ mempunyai RAM sebanyak 32/64 GB  dengan slot microSD yang mencapai 256 GB.

Dalam aspek rangkaian dan jaringan, Vivo V7+ bakal beroperasi dengan android terbaharu iaitu android v7.0 Nougat yang pastinya menjanjikan banyak penambahbaikan dan pengalaman baharu serta kelajuan internet yang memuaskan!

Hasil carian imej untuk vivo v7


Agak-agak korang berapa ye harga Vivo V7+ ini?

Tunggu dulu,baca dulu bawah ini supaya korang tidak ketinggallan 

Vivo V7+ akan dilancarkan di Malaysia pada 26 September 2017- 15 Oktober 2017! 

Promosi sempena perlancaran Vivo V7+ ini adalah PERCUMA BACKPACK dan BAUCER WATSON RM10!

Harga Vivo V7+ adalah RM 1 499 SAHAJA!


Tunggu dulu...belum habis lagi ni...Ada banyak lagi yang boleh diperolehi jika anda mendapatkan Vivo V7 plus di Senheng/SenQ ! Baca bawah ini.


KENAPA ANDA PERLU DAPATKAN VIVO V7+ DI SENHENG/SENQ?

1) Cara pembelian Vivo V7 = Bayaran Penuh/ 24 bulan ansuran

* Ansuran sehingga 24 bulan keatas: pembeli boleh membuat pilihan samaada membuat pembelian dengan/tanpa ansuran sehinggan 24 bulan keatas. 

2) Pilihan ansuran meluas apabila pelanggan memilih untuk membuat pembayaran penuh = Sehingga 24 bulan di seluruh Maybank, Maybank AMEX, AwamBank, dan HSBC (Citibank Akan Datang)

3) Waranti tambahan 1 tahun = Manfaat khas dibawah skim keahlian PlusOne ( untuk menyertai hanya perlu membayar RM 12 sahaja yuran keahlian). Jika anda sudah mempunyai keahlian, anda hanya perlu log in senheng.com.my dan senq.com.my. dan anda berhak mendapat jaminan tambahan 1 tahun waranti. 

4) Pilihan penghantaran = Penghantaran Vivo V7+ ke rumah tanpa melibatkan kos penghantaran termasuk Sabah dan Sarawak. (Penghantaran Percuma)

5) Trade-in telefon pintar anda! = hanya layak untuk pelanggan Senheng. Pelanggan dapat trade in telefon lama mereka dan mendapatkan rebat untuk telefon baharu. Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai trade-in , sila  ke laman web berikut : http://www.senheng.com.my/trade-in-rebate .


Imej yang berkaitan

JOM DAPATKAN VIVO V7+ DI SENHENG SEKARANG!

Klik link diatas








Assalamualaikum,

Hasil carian imej untuk involve asia

Hai semua, harini Hanis nak share satu platform yang boleh dipercayai untuk kita sebagai blogger ini menjana sedikit pendapatan menggunakan media sosial seperti blog, facebook, twitter dan sebagainya yang bersesuaian.

Sedikit Pengenalan mengenai INVOLVE ASIA 

Involve Asia adalah satu pemasaran affiliate yang membantu menyambung pengiklan kepada penerbit melalui cara pengiklanan original. Involve asia menyediakan kemudahan dan alat yang lengkap bagi memudahkan orang ramai mendapatkan link sendiri yang siap dijana agar dapat terus dikongsikan ke media sosial masing-masing. Dengan cara ini kita dapat menjana pendapatan dengan komisen yang kita perolehi dari setiap syarikat yang kita kongsi. Jumlah komisen adalah berbeza mengikut komisen yang syarikat masing-masing telah tetapkan. Ditubuhkan pada tahun 2014, Involve Asia adalah sebuah syarikat yang disokong dengan pejabat di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

KLIK SINI UNTUK DAFTAR INVOLVE ASIA !

Assalamualaikum,


Jangan pernah menyesali apabila mengenali seseorang. Jangan pernah menyesali atas semua perkara yang berlaku.  Baik buruk orang yang kita kenal mengajar kita banyak perkara. Pahit manis kehidupan yang kita lalui membentuk diri kita agar lebih matang dan berfikiran jauh. Ianya juga mengajar kita erti kesabaran dan tidak mudah berputus asa. Menjalani pahit manis perjalanan dalam hidup adalah satu pengalaman yang amat berharga =)

Assalamualaikum,



Hi semua. Hanis menghilang lagi. Rasa nak gelak pun ada sebab selepas sebulan berlalu baru ada masa nak sambung mengenai Percutian di Pulau Perhentian ni bagi bahagian 2. Ni part 1 (KLIK SINI). Kalau tak sambung rasa macam tergantung pula kita punya story hihihi. So Hanis cuba untuk throwback sikit memori dalam kepala ni hahaha.


Hari kedua di Pulau Perhentian. Hari kami dimulakan dengan sesi photoshot berlatarbelakangkan lautan membiru. Tak syoklah pergi bercuti kalau tak tangkap gambar banyak-banyak kan? Rugi. hahaha. Orang lain ketika itu masih ada yang sedang bermimpi, tengah bersiap,makan dan sebagainya tetapi tidak bagi kami. Lepas makan kitaorang terus cari port yang lawa untuk bergambar dan inilah hasilnya tadaaa...





Pada hari kedua inilah aktiviti snorkeling kami bermula. Kitaorang punya excited tu takpayah nak cakaplah almaklumlah kali pertama merasai pengalaman snorkeling di dalam air hehehe. 

Pada asalnya terdapat 5 tempat ataupun disebut "point" yang akan kami singgah untuk snorkeling. Antara point yang Hanis ingat ialah Turtle beach, shark point dan romantic beach. Lagi 2 point tu Hanis sudah lupa namanya coral apatah hahaha maaf.

Saat paling mencabar semasa nak terjun dari bot ke dalam air di point pertama. Memasing takut sebab nak kena terjun. Sebenarnya ada 2 cara untuk turun dari bot. Yang pertama, terjun. Cara yang kedua ialah dengan menuruni tangga lebih relax dan mudah. Tetapi Hanis tak tahu kenapa ketika itu Hanis nak kawan-kawan pilih untuk terjun! hahaha but Hanis ok je sebab ini bukan kali pertama Hanis terjun kedalam air. Hanis masih ingat ketika Hanis buat "terjunan bunuh diri" masa berseronok dengan roommates di Tadom Hills, Banting beberapa tahun yang lalu. Thats why Hanis pilih untuk terjun sebab "rindu" hahaha. 

Bab terjun dalam air tu Hanis ok je. Takda lemas ke apa tapi yang buat Hanis stress bila goggle yang Hanis pakai selalu sangat masuk air huhuhu. Orang lain ok sahaja tiada masalah hmm sakit hati plus perit air masuk mata dan hidung sobsob sis redo...


Video ini masa atas bot nak pergi ke next point. Angin kuat pemandangan lawa sebab tu kitaorang pilih untuk duduk belakang sekali hahaha. Duduk depan pun dah pernah merasa sakit mata hahaha belakang better kot. Yang perempuan tu BFF Hanis namanya Hazirah, yang laki 2 orang tu geng praktikal diploma Hanis. Sila abaikan muka Hanis yang letih berenang goggle masuk air sis lemas kahkahkah

Hanis minta maaf sebab gambar lawa-lawa dalam air takde. Cuma ada dalam ingatan dan hati Hanis je ceh ceh. InshaaAllah lain kali kalau Hanis pergi bercuti Hanis bawa phonecase kalis air untuk snap pic banyak banyak BANYAK! hahaha

Jadi berakhirlah aktiviti snorkeling yang agak penat tetapi sangat menyeronokkan. Penat tu sebab banyak telan air dan berenang tak bergerak sebab arus kuat sangat masa dekat shark point. Hanis bersama lagi 3 orang dalam video diatas dibawa arus masa tu jauh dari bot dan kawan-kawan yang lain. Sebab kitaorang berempat turun paling awal dari bot. Syok tengok dalam air naik muka terkejut sebab jauh gila hahaha panik sekejap. Sudah habislah day 2. Balik bilik bersihkan diri settel apa yang patut jejalan bawah snap pic sikit then balik bilik semula lepastu memasing pengsan. Penat tau snorkeling! hahaha

Hari ke 3. Masa untuk pulang. And again kami berempat (Hanis, Hazirah, Ifa dan Iqa) bangun paling awal lepas tu keluar makan then? cer teka buat apa hahaha. Apa lagi? Bergambarlah hehehe. Bergambar sampai masuk kampung. Rumah orang pun jadi latar belakang photoshot kitaorang tau! hahaha jangan memain dengan kami cehh




Lepas habis bergambar kitaorang bergerak ke jeti kemudian menaiki bot. Sampai di sana ada pula jual-jual apalagi shoppinglah kesudahannya tengok jam kelam kabut sebab sudah hampir masa untuk bas bergerak. Nasib baik sempat tak kena tinggal bas hahaha.

Ok tamat sampai sinilah cerita mengenai Pulau Perhentian. Dasyat jugalah ambil masa 1 bulan untuk siap hahaha. Keseluruhannya Hanis enjoy dengan percutian kali ini. Percutian ini pada asalnya dirancang oleh geng praktikal iaitu Hanis,Taufiq,Arif,Izwan dan Faiz tetapi atas sebab tertentu Izwan terpaksa menarik diri dan Faiz pula cancel nak ikut pada saat akhir atas urusan kerja. Then percutian ini bertukar menjadi percutian BFF bila seorang Hanis berjumpa BFF nya =)  Eh tapi Hanis enjoy juga dengan Taufiq dan Arif. 2 in 1 bak kata orang with the girls and the boys dua ketul kehkehkeh.

Thanks a lot sapa yang sudi baca =) Sekian.






Assalamualaikum,



Hai semua, maaf lama menghilang lagi dan lagi. hahaha. Alkisahnya baru-baru ini Hanis dan kawan-kawan pergi bercuti di sebuah pulau iaitu Pulau Perhentian. Short vacay lah kononnya haha. Alang-alang Hanis pun baru habis praktikal 18/8/2017 haritu,kiranya celebrate jugalah ni. Masa untuk ENJOYYY!!!

Sedikit pengenalan mengenai Pulau Perhentian. 


Pulau Perhentian terletak 21km dari Kuala Besut, Terengganu yang terletak di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kepulauan ini mempunyai air yang jernih dan mempesonakan dan mempunyai hidupan laut yang pelbagai banyak kelihatan di kawasan ini. Ianya terdiri daripada Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar dan terdapat pelbagai flora dan fauna yang hidup di pulau ini. Pulau ini diberi nama Pulau Perhentian kerana ianya menjadi lokasi hentian kepada kapal pedagang dan nelayan yang manjadikan pulau ini sebagai tempat perlindungan dari angin kencang serta ombak besar.

Dengan kejernihan air yang membiru, ianya pasti memukau pengunjung untuk melupakan seketika kerja dan menikmati alam semulajadi yang indah dan mempesonakan. Bagaikan berada di syurga dunia.

Sumpah cakap, air laut dia lawa gilaa...biru gitu. Terpesona kitaorang tau. Memang banyaklah gambar kitaorang snap hahaha bukan selalu berpeluang pergi Pulau Perhentian ni ye dak?





Kami semua tiba di Kuala Besut lebih kurang jam 6 pagi. Masa itu gelap lagi hahaha. Selepas menunaikan solat subuh dan berehat di surau dikawasan tersebut, Hanis, Hazirah, Ifa dan Iqa mengambil keputusan untuk berjalan sekitar Kuala Besut itu. Cari benda menarik dan port untuk bergambar lerr... Dan usaha kitaorang tidak sia-sia. Banyak mural yang lawa dan menarik tau area Kuala Besut tu! Boleh usha gambar dibawah.









Inilah antara gambar yang kitaorang tangkap sepanjang di Kuala Besut. Nak post semua kang pengsan pula hahaha

Selepas puas bergambar kami berempat sempat bersarapan dahulu sebelum bergerak menaiki bot ke Pulau Perhentian. Untuk seseorang yang tidak pernah menaiki bot merentasi laut bohonglah tak mabuk en hahaha. Tapi so far okey tidak muntah walaupun perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Pening gitu-gitu je hahaha. Gambar dalam bot masa pergi ada satu je,itupun sebab Arif tangkapkan gambar dengan mat saleh. Tengah pening masa tu haha tersandar menahan pening.

Mat Saleh, Hazirah dan Hanis

Sampai dibilik kitaorang semua berehat. Dalam lebih kurang jam 2 30 petang kami bergerak ke Long Beach-Pulau Perhentian Kecil untuk hiking dan mandi pantai. Lawanya pantai kat Pulau Perhentian ni tau. Hiking tiada gambar sebab Hanis tak naik sampai atas, injured sikit hahaha lupakan pasal itu. Pantai banyak gambar hihihi.

BFF since 2007

Geng Praktikal

"Hiking tak larat, main pantai hidup" bak kata Taufiq hahaha well me

Girls



Bersambung...






Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

ABOUT ME

Hanis Masturina

Hanis Masturina | 24 y/o | Part-Time Blogger | Selangor

Advertisement

Tinggalkan pesanan disini =)

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright 2019 Hanis Masturina. Dikuasakan oleh Blogger.

Follower

Cari Blog Ini

Previous Post

  • ►  2023 (1)
    • ►  Ogos 2023 (1)
  • ►  2022 (2)
    • ►  Julai 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  Februari 2021 (1)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Jun 2020 (1)
    • ►  Mei 2020 (2)
  • ►  2019 (2)
    • ►  Ogos 2019 (2)
  • ►  2018 (2)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  Mei 2018 (1)
  • ▼  2017 (44)
    • ▼  November 2017 (1)
      • Kelebihan memakai mask muka
    • ►  Oktober 2017 (5)
      • SEGMEN BLOGGER AKTIF 2017 – MRSZACOM
      • Giveaway Refresh Blog
      • KPP Test- Tips LULUS Ujian Undang-Undang Berkomputer
      • DIY hadiah istimewa anda hanya di Printcious.com
      • Pencarian Partner untuk Preloved Novel Giveaway
    • ►  September 2017 (4)
      • Pelancaran vivo V7 + di Senheng / SenQ
      • Sertai Involve Asia untuk menjana pendapatan!
      • Kata-kata Mutiara 5
      • Percutian di Pulau Perhentian (Day 2 and 3)
    • ►  Ogos 2017 (1)
      • Percutian di Pulau Perhentian (Day 1)
    • ►  Julai 2017 (1)
    • ►  Jun 2017 (1)
    • ►  Mei 2017 (7)
    • ►  April 2017 (6)
    • ►  Mac 2017 (4)
    • ►  Februari 2017 (5)
    • ►  Januari 2017 (9)
  • ►  2016 (86)
    • ►  Disember 2016 (21)
    • ►  November 2016 (11)
    • ►  Oktober 2016 (10)
    • ►  September 2016 (5)
    • ►  Ogos 2016 (5)
    • ►  Julai 2016 (2)
    • ►  Jun 2016 (7)
    • ►  Mei 2016 (9)
    • ►  April 2016 (7)
    • ►  Mac 2016 (2)
    • ►  Februari 2016 (1)
    • ►  Januari 2016 (6)
  • ►  2015 (12)
    • ►  Disember 2015 (2)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  Oktober 2015 (2)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  Ogos 2015 (1)
    • ►  Julai 2015 (1)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  Mac 2015 (2)
    • ►  Februari 2015 (1)
  • ►  2014 (11)
    • ►  Disember 2014 (3)
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  Jun 2014 (1)
    • ►  Mei 2014 (2)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  Mac 2014 (1)
    • ►  Februari 2014 (1)
    • ►  Januari 2014 (1)
  • ►  2013 (17)
    • ►  Disember 2013 (2)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  Oktober 2013 (2)
    • ►  September 2013 (5)
    • ►  Julai 2013 (5)
    • ►  Februari 2013 (1)

Blogger's Family

  • Kasihku Amani Imani
    Novel/ebook | Blood Maroon oleh Naim Tamdjis
  • Lea Azleeya
    Huawei Unveils Matepad Pro 12.2” A Premium Pc-Level Experience Tablet For Work, Play, And Creativity
  • BUSYRA TAKIYUDIN
    Fokus pada blog baru. Semua update disana.
  • FARAH
    Sunday Brunch di Renaissance Johor Bahru – Pilihan Nasi Kerabu & 200++ Menu Lain
  • ombakbergigi
    Buffet Selera Ramadan Di GoodHope Hotel Skudai
  • aienie.nka
    2024 will end too....
  • Lifetime Thesis
    Pencuci Muka Terbaik - Mengandungi Aloe Vera & Tea Tree Oil Mencuci Bersih Hingga Ke Liang Pori
  • sayidahnapisahdotcom
    60++ Template Kad Raya Digital 2024 Baru
  • RRAI
    Cover Song Pilihan Sept: RECKLESS
  • Syaza Raihanah
    Back to School : My New Semester Routine
  • KimChaa
    Kopi cheese
  • Maisarah
    2 Point O Full Movie 2020.
  • || Beeha Azman ||
    Muffin on My 23rd Birthday!
  • LE.JH
    Berwajah Baru & Bakal Tukar URL Link
  • Pengedar Shaklee Seremban
    Resepi Ayam Paprik
  • // Just Like Me ♔
    Full Tempahan Template by Wan Nur Amirah
  • Reenri
    Pelik Ke?
  • Faezah Mdnor Official Blog
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua
Blogs Directory

Featured Post

Yuran asrama KUPTM KL

Popular Posts

  • KPP Test- Tips LULUS Ujian Undang-Undang Berkomputer
  • Orentasi di Institut Profesional Baitulmal
  • Belajar di Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM KL)
  • DIY hadiah istimewa anda hanya di Printcious.com

Label

Bookcafe 2 Buku Prima 3 BukuFixi 4 Diploma Pengajian Muamalat 7 Diploma Pengurusan Haji dan umrah 7 Diploma pengurusan zakat dan wakaf 7 IPB 6 Institut Profesional Baitulmal 7 KELABU 1 Kedai buku Online 5 Lengloi 1 MAIWP 6 NovelFixi 2 ONEXOX 3 Puja 1 Qarin 1 baitulmal 6 celcom 2 ezbuy 1 fixi 5 hanismasturina 6 homegrown 2 internet mudah alih 2 khasiat daun inai 1 kolej 4 mereka 1 novel 9 patung 1 penawar resdung 1 prabayar 2 review 8 reviewnovel 8 taobao 1
Copyright © 2021 Hanis Masturina

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template