Percutian di Pulau Perhentian (Day 2 and 3)

Assalamualaikum,



Hi semua. Hanis menghilang lagi. Rasa nak gelak pun ada sebab selepas sebulan berlalu baru ada masa nak sambung mengenai Percutian di Pulau Perhentian ni bagi bahagian 2. Ni part 1 (KLIK SINI). Kalau tak sambung rasa macam tergantung pula kita punya story hihihi. So Hanis cuba untuk throwback sikit memori dalam kepala ni hahaha.


Hari kedua di Pulau Perhentian. Hari kami dimulakan dengan sesi photoshot berlatarbelakangkan lautan membiru. Tak syoklah pergi bercuti kalau tak tangkap gambar banyak-banyak kan? Rugi. hahaha. Orang lain ketika itu masih ada yang sedang bermimpi, tengah bersiap,makan dan sebagainya tetapi tidak bagi kami. Lepas makan kitaorang terus cari port yang lawa untuk bergambar dan inilah hasilnya tadaaa...





Pada hari kedua inilah aktiviti snorkeling kami bermula. Kitaorang punya excited tu takpayah nak cakaplah almaklumlah kali pertama merasai pengalaman snorkeling di dalam air hehehe. 

Pada asalnya terdapat 5 tempat ataupun disebut "point" yang akan kami singgah untuk snorkeling. Antara point yang Hanis ingat ialah Turtle beach, shark point dan romantic beach. Lagi 2 point tu Hanis sudah lupa namanya coral apatah hahaha maaf.

Saat paling mencabar semasa nak terjun dari bot ke dalam air di point pertama. Memasing takut sebab nak kena terjun. Sebenarnya ada 2 cara untuk turun dari bot. Yang pertama, terjun. Cara yang kedua ialah dengan menuruni tangga lebih relax dan mudah. Tetapi Hanis tak tahu kenapa ketika itu Hanis nak kawan-kawan pilih untuk terjun! hahaha but Hanis ok je sebab ini bukan kali pertama Hanis terjun kedalam air. Hanis masih ingat ketika Hanis buat "terjunan bunuh diri" masa berseronok dengan roommates di Tadom Hills, Banting beberapa tahun yang lalu. Thats why Hanis pilih untuk terjun sebab "rindu" hahaha. 

Bab terjun dalam air tu Hanis ok je. Takda lemas ke apa tapi yang buat Hanis stress bila goggle yang Hanis pakai selalu sangat masuk air huhuhu. Orang lain ok sahaja tiada masalah hmm sakit hati plus perit air masuk mata dan hidung sobsob sis redo...


Video ini masa atas bot nak pergi ke next point. Angin kuat pemandangan lawa sebab tu kitaorang pilih untuk duduk belakang sekali hahaha. Duduk depan pun dah pernah merasa sakit mata hahaha belakang better kot. Yang perempuan tu BFF Hanis namanya Hazirah, yang laki 2 orang tu geng praktikal diploma Hanis. Sila abaikan muka Hanis yang letih berenang goggle masuk air sis lemas kahkahkah

Hanis minta maaf sebab gambar lawa-lawa dalam air takde. Cuma ada dalam ingatan dan hati Hanis je ceh ceh. InshaaAllah lain kali kalau Hanis pergi bercuti Hanis bawa phonecase kalis air untuk snap pic banyak banyak BANYAK! hahaha

Jadi berakhirlah aktiviti snorkeling yang agak penat tetapi sangat menyeronokkan. Penat tu sebab banyak telan air dan berenang tak bergerak sebab arus kuat sangat masa dekat shark point. Hanis bersama lagi 3 orang dalam video diatas dibawa arus masa tu jauh dari bot dan kawan-kawan yang lain. Sebab kitaorang berempat turun paling awal dari bot. Syok tengok dalam air naik muka terkejut sebab jauh gila hahaha panik sekejap. Sudah habislah day 2. Balik bilik bersihkan diri settel apa yang patut jejalan bawah snap pic sikit then balik bilik semula lepastu memasing pengsan. Penat tau snorkeling! hahaha

Hari ke 3. Masa untuk pulang. And again kami berempat (Hanis, Hazirah, Ifa dan Iqa) bangun paling awal lepas tu keluar makan then? cer teka buat apa hahaha. Apa lagi? Bergambarlah hehehe. Bergambar sampai masuk kampung. Rumah orang pun jadi latar belakang photoshot kitaorang tau! hahaha jangan memain dengan kami cehh




Lepas habis bergambar kitaorang bergerak ke jeti kemudian menaiki bot. Sampai di sana ada pula jual-jual apalagi shoppinglah kesudahannya tengok jam kelam kabut sebab sudah hampir masa untuk bas bergerak. Nasib baik sempat tak kena tinggal bas hahaha.

Ok tamat sampai sinilah cerita mengenai Pulau Perhentian. Dasyat jugalah ambil masa 1 bulan untuk siap hahaha. Keseluruhannya Hanis enjoy dengan percutian kali ini. Percutian ini pada asalnya dirancang oleh geng praktikal iaitu Hanis,Taufiq,Arif,Izwan dan Faiz tetapi atas sebab tertentu Izwan terpaksa menarik diri dan Faiz pula cancel nak ikut pada saat akhir atas urusan kerja. Then percutian ini bertukar menjadi percutian BFF bila seorang Hanis berjumpa BFF nya =)  Eh tapi Hanis enjoy juga dengan Taufiq dan Arif. 2 in 1 bak kata orang with the girls and the boys dua ketul kehkehkeh.

Thanks a lot sapa yang sudi baca =) Sekian.






31 comments

  1. Bestnya pi Pulau Perhentian..saya x pernah pergi lg..

    BalasPadam
  2. Saya tak pernah pergi P.perhentian tapi air nampak jernih macam best pula.

    BalasPadam
  3. Tak pernah lagi sampai pulau2 kat Pantai Timur...In Sha Allah nak kena terjah jugak satu hari nnt

    BalasPadam
  4. Kita tak pernah sampai lagi perhentian ni memang ada plan nak pergi beberapa pulau seperto Tioman, Perhentian dan kat Johor yang best tu. Tapi waktu tak mengizinkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaaAllah suatu hari nanti ada rezeki... Yang johor tu pun Hanis teringin nak pergi hehehe

      Padam
  5. seronoknye boleh holiday.. nice happy pictures! -isaactan

    BalasPadam
  6. seronoknya bercuti..akak plak blom ada masa yang sesuai nak bercuti berdua ngan anak...bila plan je ada je yang nak ikut...kita nak me time ngan anak kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm betul juga kadang nak spend time dengan anak je kann hmm hope oneday ada rezeki akak =) Anak pun mesti happy nanti...

      Padam
  7. bestnya ke Pulau. Ni memang ada dalam wishlists akk ni. Tunggu anak besau je hehehe

    BalasPadam
  8. Seronoknya bercuti! Aira pun dah lama plan dengan bff nak pergi perhentian tapi tak sampai2 ke sudah. Haha sabar je lah kalau masing2 busy 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah memang susah nak cari masa yang semua free...Hanis pun lepas banyak kali plan cancel ni akhirnya semua tengah free so dapat lah bercuti dengan BFF =)

      Padam
  9. Lamanya tak pergi perhentian. Rindu nya laut biru kat sana.

    BalasPadam
  10. Cantiknya pulau perhentian. Tak pernah gi pulau lagi.

    BalasPadam
  11. Cantik juga pulau perhentian ni ya. Kena masuk dalam wishlist ni hahah

    BalasPadam
  12. Hope ada rezeki akan sampai sini nanti. Sukanya tengok laut tu.. damai & tenang..

    BalasPadam
  13. Lama betul tak ke Pulau Perhentian, rindu pulak nak ke sana...memang canti dan tenang bila kat sana

    BalasPadam
  14. Sesekali-sekala memang perlu take a break from rutin harian, percutian panggilan pulau dan melihat alam semualajadi ini membantu menghilangkan stress.

    BalasPadam
  15. Syoknya bercuti!!! Dah lama akak tak kelaut dan bersnorkeling. Bila tengok blog awak ni, rasa terpanggil nak bercuti ke sana. Wuwuwuwu. I need vitamin sea!

    BalasPadam
  16. Cantiknya. Last iday pergi tahun 2015. Rindu pulak nak pergi lagi. Tapi next year la kot. Sekarang nak masuk musim tengkujuh. Hehe

    BalasPadam
  17. Next year nk pi sini. percutian yang ringkas dan menarik hati . Nanti ika plan dgn kawan2.

    BalasPadam
  18. you look so enjoy. bestnya cuti cuti Malaysia

    BalasPadam
  19. seronoknya bercuti! Dah lama kita tk cuti cuti dalam malaysia. hehe. hope you enjoyed your holiday dear

    BalasPadam