Khamis, 24 Ogos 2017

Percutian di Pulau Perhentian (Day 1)

Assalamualaikum,



Hai semua, maaf lama menghilang lagi dan lagi. hahaha. Alkisahnya baru-baru ini Hanis dan kawan-kawan pergi bercuti di sebuah pulau iaitu Pulau Perhentian. Short vacay lah kononnya haha. Alang-alang Hanis pun baru habis praktikal 18/8/2017 haritu,kiranya celebrate jugalah ni. Masa untuk ENJOYYY!!!

Sedikit pengenalan mengenai Pulau Perhentian. 


Pulau Perhentian terletak 21km dari Kuala Besut, Terengganu yang terletak di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kepulauan ini mempunyai air yang jernih dan mempesonakan dan mempunyai hidupan laut yang pelbagai banyak kelihatan di kawasan ini. Ianya terdiri daripada Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar dan terdapat pelbagai flora dan fauna yang hidup di pulau ini. Pulau ini diberi nama Pulau Perhentian kerana ianya menjadi lokasi hentian kepada kapal pedagang dan nelayan yang manjadikan pulau ini sebagai tempat perlindungan dari angin kencang serta ombak besar.

Dengan kejernihan air yang membiru, ianya pasti memukau pengunjung untuk melupakan seketika kerja dan menikmati alam semulajadi yang indah dan mempesonakan. Bagaikan berada di syurga dunia.

Sumpah cakap, air laut dia lawa gilaa...biru gitu. Terpesona kitaorang tau. Memang banyaklah gambar kitaorang snap hahaha bukan selalu berpeluang pergi Pulau Perhentian ni ye dak?





Kami semua tiba di Kuala Besut lebih kurang jam 6 pagi. Masa itu gelap lagi hahaha. Selepas menunaikan solat subuh dan berehat di surau dikawasan tersebut, Hanis, Hazirah, Ifa dan Iqa mengambil keputusan untuk berjalan sekitar Kuala Besut itu. Cari benda menarik dan port untuk bergambar lerr... Dan usaha kitaorang tidak sia-sia. Banyak mural yang lawa dan menarik tau area Kuala Besut tu! Boleh usha gambar dibawah.









Inilah antara gambar yang kitaorang tangkap sepanjang di Kuala Besut. Nak post semua kang pengsan pula hahaha

Selepas puas bergambar kami berempat sempat bersarapan dahulu sebelum bergerak menaiki bot ke Pulau Perhentian. Untuk seseorang yang tidak pernah menaiki bot merentasi laut bohonglah tak mabuk en hahaha. Tapi so far okey tidak muntah walaupun perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Pening gitu-gitu je hahaha. Gambar dalam bot masa pergi ada satu je,itupun sebab Arif tangkapkan gambar dengan mat saleh. Tengah pening masa tu haha tersandar menahan pening.

Mat Saleh, Hazirah dan Hanis

Sampai dibilik kitaorang semua berehat. Dalam lebih kurang jam 2 30 petang kami bergerak ke Long Beach-Pulau Perhentian Kecil untuk hiking dan mandi pantai. Lawanya pantai kat Pulau Perhentian ni tau. Hiking tiada gambar sebab Hanis tak naik sampai atas, injured sikit hahaha lupakan pasal itu. Pantai banyak gambar hihihi.

BFF since 2007

Geng Praktikal

"Hiking tak larat, main pantai hidup" bak kata Taufiq hahaha well me

Girls



Bersambung...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us @hanismasturina