Daftar Semester 4 di Institut Profesional Baitulmal

Assalamualaikum ,

Semalam 21 April 2016 adalah tarikh pendaftaran bagi pelajar Homegrown di Institut Profesional Baitulmal . Seperti yang korang sedia maklum dalam entri INI , semester ini para pelajar Diploma Pengajian Muamalat akan meneruskan pengajian di IPB kampus Kampung Pandan , Kuala Lumpur bukan lagi di IPB kampus Putrajaya seperti semester yang lepas . 



Hanis sampai di IPB KL tepat pada pukul 8 pagi semalam padahal pendaftaran bermula pukul 9 hehehe . Almaklumlah, KL kan jem ... Lagi-lagi dari Puchong, memang cari nahaslah kalau bertolak lewat . Awal pun awallah ,sis redo walaupun kena pandang semacam kihkihkih . 

Tepat pukul 9 Hanis dan rakan-rakan naik ke tingkat 4 untuk membuat pendaftaran . Pusing punya pusing ke kaunter sana lah sini lah alih-alih kena suruh daftar asrama je hari itu . Bukan nak cakap awal-awal,kami ni dah lah tak tahu apa ,dulu tempat lain aduii sabarlah duhai hati... Takpe-takpe, kita sabar sat hihihi .

Then, kitaorang pergilah dekat kaunter asrama . Allhamdulillah, semuanya berjalan lancar . Warden pun ramah kitaorang macam borak dengan kawan je hahaha tapi... ada tapi tau ! Kami dapat bilik di tingkat 1 ! Pergh sangatlah tidak seronok ... sebab apa? sebab kalau sidai baju lambat nak kering gaiss . Bayangkan asrama tu ada 10 tingkat then bilik hanis tingkat 1 . Mahu 3 hari baru kering baju yang bersidai tu huhuhu . Hanis minta tukar nak tingkat atas sikit,tapi warden tak bagi . Warden kata, " pelajar perempuan Diploma Pengajian Muamalat semua saya tempatkan dekat tingkat 1,tak kira lah pelajar lama atau pelajar baru . Kalau penuh pun saya hanya akan buka di tingkat 2 itupun 1 atau 2 bilik sahaja." Nak cakap apa lagi kan? Kerana terpaksa aku relakan .

Akhirnya,kami pun naik lah nak cari bilik kami yang mana . Sekali masuk ... "what? tingkap bilik menghadap kolej!" Ini lagi satu kejutan . Dahlah tingkat 1,lepastu menghadap luar nampak student lalu lalang nak pergi ke kelas weh . Memang tak boleh freehair duduk kat meja and tingkap kena selalu bertutuplah orang luar boleh nampak kot! huhuhu . Orang luar lalu kami boleh panggil macam tu je hahaha tercari-cari orang tu suara dari mana . Kalau malam-malam ni boleh terkejutkan orang ni hehehe~ *idea jahat bermaharajalela

Apa pun, kami kena terima dengan seadanya . Nasib baiklah katil dengan almari baru . Bau kedai lagi eh eh ada bau ke nis hahaha . Tapi Hanis tahu memang baru sebab almari dan katil tu sama macam almari dan katil dekat asrama Mutiara, Seri Kembangan masa Hanis duduk IPB kampus Putrajaya dulu. Beli sekali tuuu haha .

Lagi satu, ada yang wassap Hanis kan pasal IPB ni . Hanis ok je cuma kalau korang tanya pasal program selain Diploma Pengajian Muamalat memang Hanis tak tahu banyak . Lagi-lagi kalau tanya pasal program selain Homegrown memang payahlah sikit nak jawab . Nak tanya pasal asrama ,suasana tu bolehlah . And pasal homegrown pulak , kan korang tanya macam-macam pasal program haji umrah lah,zakat wakaf lah ,asrama dia , kolej Putrajaya tu ok tak... Masa tu memang Hanis boleh jawab sebab duduk sebumbung . Tapi sekarang ini, Hanis dah berpisah dengan diorang . And Hanis minta maaf sebab Hanis rasa tak akan dapat jawab dengan baik dan lengkap kalau korang tanya pasal IPB Putrajaya lagi . Harap korang memahami =) . Situasi dah berubah . Dulu student nak masuk IPB KL hanis tak dapat jawab sangat sebab Hanis belajar IPB Putrajaya . Sekarang orang nak tanya pasal IPB Putrajaya pula Hanis tak dapat nak jawab . hahaha masalah betul ! Tapi nak tanya still boleh, sebab Hanis tau lah juga sebab pernah duduk kan... Cuma kalau nak tahu keadaan terbaru memang sorry sangat ye semua .



IPB Kampung Pandan, KL

Asrama IPB KL



IPB kampus Putrajaya *bangunan Murni International College

Asrama Mutiara Residence ,Serdang

Photo from jkkzw_homegrown
Asrama Zikay Warisan, Bangi *kredit gambar instagram @jkkzw_homegrown


Sekian,buat entri kali ini . Mak aihh panjang juga ye hahaha apabila Hanis menaip tak ingat dunia... Isnin minggu depan Hanis dah start kelas, so blog ini akan terbiar hambar . Doakan Hanis dan kawan-kawan ye =) Mekasih... Salah silap harap diampun =)







4 comments

  1. hyeee..salam jumaat :D akhirnya dapat juga Syira Lokman blogwalking sekejappp ! saja jenjalan tengok entry baru tuan blog and nak doakan supaya berjaya dunia akhirat ye :) tulis yg baik2 oke ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih syira hehehe . InshaAllah Hanis cuba yang terbaik =)

      Padam
  2. ada banyak rupanya,,dulu tahu ipb yg dekat kampung pandan jee,,sy pun study bawah maiwp jugak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. IPB kampus Putrajaya ni baru lagi bulan april 2015 je hehehe. oh awak belajar dekat mana?

      Padam