Kerja Taska

Assalamualaikum,

Yeah! Akhirnya, genap seminggu Hanis kerja ditaska! Tak sangka pula tahan kerja dekat situ sebab masa first day haritu memang penat giler buat kerja, layan bebudak tuu...Tapi, lepas beberapa hari rasa macam dah biasa pulakk...hahaha



Hasil carian imej untuk taska si comel
*gambar google

Masa first day masuk tu,ada pelajar praktikal 3 orang dari U manatah,so i was like segan-segan gitu dan terasa macam kecik sangat because umur baru 17 tahun sedangkan diorang dalam 21-23 tahun. Oh tidak,tak ada geng ! Memang masa tu rasa macam nak paksa kawan masuk kerja dekat situ atlease ada kawan untuk bergurau senda . Nak sebut diorang kakak pun agak kekok sikit sebab seumur hidup tak pernah ada kakak dah la badan diorang semua kecik-kecik je,Hanis lagi tinggi dan besar kot ! Yang senior-senior lagilah tak berbual punn just senyum-senyum segan je. Then buat kerjanya punyalah lambat kononnya sopan santun gitu padahal bukan ada orang kesah pun dekat situ semua teacher perempuan, lantaklah nak menjerit ke,terpekik terlolong tak ada pakwe nak terkejut.hahaha. Teacher lain semua menjerit bila ada budak gaduhlah,buat bising melampau tapi tak ada yang pukul or cubit budak ye...nonono. First day Hanis tak ada marah budak ye,diulangi first day sebab tu semua bebudak Toddler dekat situ sayang dekat teacher Hanis,~hahaha ngade . 

Hari kedua ,ketiga dan keempat Hanis dah mula kenal perangai bebudak dekat situ. Dah tau dah yang mana kaki pukul, yang mana kaki nangis , yang mana suka buat hal sendiri dan yang mana suka menempel dengan Hanis . Pergh, serabut ! yang sorang tu,tak ada angin tak ada ribut tetiba pukul budak lain yang tengah main,memang meraung dah budak tu! Yang kaki nangis tu kejap-kejap nangis. Jatuh sikit nangis,pastu orang buat tanda shh dekat mulut terus senyap then gelak. Nampak tak permainan dia? Yang suka buat hal sendiri tu suka pusing satu bilik tu then mulut terkumat kami baca mentera apatah ada yang menyanyi senyum-senyum,haih risau orang dibuatnya. Ada juga yang suka jadi mop lantai! Duk mengesot dekat lantai, padahal semua boleh jalan(umur 2-3 thn) bersih lantai tu tak payah cleaner mop lagi -_-' . Yang seksanya ada sorang budak ni duk cari benda dekat lantai masuk mulut. Haritu dimasukkanya skru dalam mulut apalagi marah lah teacher Aishah, nangis terus budak tu,Hanis juga kena pujuk -_-' . Bebudak dekat situ takut dengan teacher Aishah tau ! Jangan memain... Yang menempel tu siap peluk-peluk,puji baju teacher cantiklah, pin tudung teacher cantiklah bentuk love. Ada yang tetiba luahkan kata-kata cinta " sayang teacher Hanis " Eeiiuu Macam-macam !

Hari jumaat iaitu semalam,teacher Aishah cuti . So Hanis dengan teacher athirah lah yang kena jaga bebudak toddler tu .Diorang bahagialah sebab tak ada teacher garang,tapi lama-lama kitaorang punn bertukar jadi hulk! Memang terpaksa menjerit untuk kawal diorang! Teacher Athirah jadi garang hari itu. Hanis ni yang tak pernah menjerit marah budak sebelum ini pun dah bertukar sampai hampir-hampir hilang suara! Btw,tak adalah menjerit tak tentu pasal. Yang tak buat perangai tak adalah kena marah . Yang gaduh-gaduh je kena. Tapi walaupun Hanis buatlah muka segarang mana diorang senyap sekejap je,lepastu buat lagi ! Inilah budak-budak zaman sekarang~ Ada juga 4 orang budak ni duk berebut Hanis ! Empat-empat nak duk atas riba! Apa ni!!! Kalau diorang tak gaduh tak apalah juga,ni diorang tak bagi orang lain duk sekali. Dicubitnya kawannya,haish sabar je lah . So Hanis tak boleh duduk lelama terpaksa lah berdiri tak bagi diorang duduk tapi yang dua budak tu sorang lelaki sorang perempuan duk pegang tangan Hanis kiri kanan . Datang lagi sorang nak pegang lagi,Hanis nak bagi apa? kaki? Teacher ada 2 tangan je lahh!!! OMG.

Dan tadi,ada ceramah kebakaran dan kecemasan dekat situ,tapi tak ada bebudak so hambar -_-'. hahaha layan je lah kan? Kalau tak hadir kena tindakan tata tertib pulakk...

Ok,tamatlah sampai sini. Kepada yang rajin baca entri panjang macamni terima kasih sangat. Yang tak baca tu Hanis faham,kalau Hanis punn tak sanggup baca post panjang-panjang ni,hehehe. 

Yang tak baca tu tak apa tapi KLIK SINI ok  joinlah kalau berminat =)


0 comments