Mencari kerja .


Hai , apa khabar? Sihat semua? Pelajar sekolah tentu ada yang sudah mula cuti bukan? Terutamanya budak form 4,macam Hanis ...sebab form 5 SPM . Jadi inilah nasib kitaorang terpaksa terperap dalam rumah sampai tahun depan . Haish! Usah dikatalah tahap kebosanannya . Baru dua hari cuti Hanis dah rasa bosan nak giler ! Nak keluar, nak jalan-jalan , nak balik kampung, nak mandi pantai , nak shopping, nak aiskrim nak....membebel x henti-henti ! hehe

Disebabkan cuti terlalu lama, jadi Hanis dengan kawan-kawan bercadang nak kerja sambilan . Sekarang tengah serabut cari kerjalah ni . Pegi sana, pegi sini . Buat masa sekarang kitaorang dah isi dua borang pemohonan kerja . Terer x? LOL, dua je kot,itu pon nak kecoh . La ni la Hanis nak citer dekat mana Hanis dengan kawan-kawan cari kerja, hehe . Scroll bawah lagi .


Semalam, misi pencarian kami bermula . Kitaorang pergi ke kedai buku yang katanya memerlukan 2-3 orang . Kitaorangkan bertiga jadi rasa exited lah . Boleh keja sesama . Sampai-sampai dekat kedai buku tu isteri dia macam terkejut bila kitaorang kata nak keja situ . "Eh, bila masa nak tiga orang?" macam marah sahaja gayanya . Kecut kitaorang . Selepas itu dia panggil si suaminya" Abang kenapa cakap 3 orang?" Si suaminya pon datanglah , "Eh, saya nak 1-2 orang je " Hei pakcik sorang ni, lain kali cakaplah dengan jelas. Haritu cakap 2-3 orang ! Sabar saje lah . Kalau maksudkan 2 cakap saja lah nak dua orang! X yah la dua tiga orang . hmm...alih-alih kitaorang isi borang dan pegi dari kedai tu . Dari caranya Hanis rasa dia nak sorang je kot ? Entah dapat ke tak, tapi rasa macam x dapat jadi kitaorang pegi ke destinasi seterusnya ...

Jeng...jeng..jeng...

Kitaorang pergi ke KFC ! haha . Macam best je, harap dapat =) . Kalau x dapat kena cari tempat lain pula . Gaji RM700++ tuuu... Banyaklah kiranya bagi budak 16 tahun kann? Kalau dapat keja tu RM100 nak guna selebihnya masuk bank untuk sambung belajar nanti ...Yang ni rasa tenang je sebab pekerja kat KFC nampak peramah je . Ada juga sorang budak lelaki baru masuk mula kerja . Yang dah biasa duk mengajar dia macam-macam . Tapi risau juga kalau x reti buat keja nanti . InsyaAllah boleh ! Yakin Hanis ! YAKIN!

Itu je la buat masa ni , ingat nak cuba dekat Tesco tapi mak Hanis ada hal pula...kitaorang terus balik . Kalau tak dapat nanti nak cari tempat lain pulak . But, korang doakanlah Hanis dapat dekat KFC tuuu . =3



1 comments

  1. bagus la adik2 nie..baru form4 dah pndai cari kje partime..akk tk pernah bkerja langsung..umur da 19..dpt results spm terus smbg blajar :)
    pape pon goodluck ok

    BalasPadam