Kita dah bertunang ! Ngehh~

Lol, tajuk macam apa kan ? 16 tahun dah bertunang ? Ehh,tapi itulah kenyataannya . Tak percaya? Baca bawah ni .


" Kita semua ni sebenarnya dah bertunang tau ! "

itulah kata-kata yang keluar dari mulut ustazah Hanis tahun lepas semasa tingkatan 3 . Semua pelajar kehairanan termasuklah Hanis . Dalam fikiran pelik . 'Sejak bila kita bertunang ? Tak fahamlah. Apa ustazah merepek ni?(agak kejam disitu) '

" Betul, kita semua ni dah bertunang dengan ajal/kematian "

Ohh, pelajar semua terangguk-angguk . Ada betul juga apa yang ustazah Hanis cakapkan itu . Sebab kematian itu kan pasti . Kita memang awal-awal dah terikat dengannya . Cuma belum sampai masanya iaitu mati ataupon dikira "kawin" . Sama juga macam bertunang dengan manusia . Kita dah diikat denganya tapi hanya menunggu masa untuk disatukan melalui perkhawinan .

Jadi, bagi mereka yang dah gatal sangat nak kawin tu , ingat,korang tu dah bertunang tau ,jangan fikir sangat pasal jodoh sebab bila-bila masa korang akan "kawin" . Bukannya tak boleh fikir, tetapi berpada-padalah . Fikir biar seimbang . 50-50 ,ni tidak , 100% fikir jodoh . Tak ke melampau tu? Bagi pelajar pula , lebihkan belajar yer . Jangan sampai pelajaran hilang ke laut ! Isk3, inilah perangai remaja zaman sekarang ~ Eh,bukan Hanis pon remaja ke? he he he . No comment =='

Sekian, tegur menegur amalan mulia . Eh? betulkah? Err...kalau Hanis buat silap silalah tegur ,jangan malu -malu =3 .


p/s: sebenarnya memang ada yang bertunang pada umur 16 tahun, kawan satu sekolah Hanis ~



2 comments

  1. spe yg dh kawen kt skolah kite tuh??? nak tau!!!

    BalasPadam
  2. nice entri...mnusia yg baik sntiasa igt akn kematian..done follow.. jom blogwalking kat http://izzriidris.blogspot.com/

    BalasPadam