Jangan marah-marah =)
Siapa yang tak pernah marah? Setiap manusia mesti pernah merasa marah . Tapi marah itu janganlah terlalu melampau . Jangan sampai mengamuk ! Tenangkan diri,jangan melenting . Kalau still tak boleh tahan marah,cuba ambil wuduk . InsyaAllah berkesan . Marah umpama api , kena dipadamkan dengan air .
" Macam mana aku tak marah kalau diorang selalu kacau aku ! " sambil mengeluarkan pisau .
Jangan terkejut, ini pengalaman Hanis sendiri . Ada kawan Hanis memang macam ni,dia marah sangat sampai keluarkan pisau . Inilah bahayanya marah . Ada juga yang mati sat lagi . Orang yang macam ni kita kena berhati-hati . Kalau salah langkah kita pula yang ditikamnya . Nasihat dia baik2, suruh dia letak pisau dulu then suruh dia ingat Allah . Kepada orang yang suka mengacau pula, fikir-fikirkan lah , kamu nak mati kena tikam ke? Hanis ingatkan, tolonglah jangan suka sangat kacau orang . Jangan suka buat orang marah !
Banyak tips untuk mengawal marah antaranya :
(1) Menarik nafas dalam-dalam- Setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal.
(2) Mengingatkan diri anda sendiri- Seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan adalah merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Steven Stosny yang merupakan pemegang PHD dalam bidang psikologi manusia. Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan diri anda sendiri. Anda perlu ingatkan diri sendiri tentang kesan daripada kemarahan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding kesan positif.
(3) Fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda gembira- Sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya. Cuba fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan ketenangan atau kegembiraan pada diri anda.
(4) Keluar daripada situasi kemarahan- Pemikiran seseorang yang sedang berada didalam keadaan marah akan menjadi kabur. Jangan meletakkan diri anda terus didalam situasi tersebut kerana sudah pasti anda akan membuat keputusan yang akan membebankan anda kelak. Cuba mencari jalan untuk keluar daripada situasi tersebut dengan cara yang anda berasa selesa terhadapnya seperti mendiamkan diri, keluar bersama rakan atau sebagainya.
Harap tips-tips diatas dapat membantu mereka yang cepat marah . Tips untuk elak dikacau orang pula . Jangan dilayan apa yang si jahat itu kata . Biarlah diorang kata apa , kalau kita senyap ,lama-lama diorang akan rasa bosan dan berhenti kacau kita . Ini pengalaman Hanis sendiri . Orang kacau Hanis , Hanis tak layan,diorang senyap sendiri . Sebaliknya kalau kita marah , orang tu akan rasa seronok kacau kita sebab kita bagi respon dengan cara marah ! Diorang akan berterusan kacau kita selama-lamanya ....haha
Ingat ye..jangan marah-marah =)
2 comments
nice entri.. follow cinie #701. sudi follow balik? ^^
BalasPadamdari segmen HAWA
BalasPadamhttp://honeyoyeke.blogspot.com/2013/09/birthday-giveaway-by-cik-hawa.html
dah follow sini lama dah.. =)