Couple itu haram?


Couple itu haram . Ramai yang kata begitu . Tapi ada sesetengah kata couple haram kalau tak ada niat nak kawin . Jadi kalau berniat mahu berkhawin ia adalah harus . Betul ke? 

"Kalau tak bercinta macammane nak berkenalan? tak kan nak kawin terus je?"

Mungkin ia logik bagi mereka yang sudah berumur 22 keatas kerana hendak mencari pasangan hidup . Almaklumlah sudah berumur =3 . Tapi bagaimana pula bagi pelajar yang masih bersekolah ? Ada juga yang bila dikata couple haram,mereka akan membalas "kitaorang berniat nak kawinlah!" . Ok,tapi betulkan itu jodoh kamu? Bertahankan hubungan korang? Nak tunggu berapa lama lagi sampai kawin? Lama lagi tu . Kalau dah umur 20 lebih bolehlah couple ~ ni baru 14 tahun ! Macam tak logik,umur 14 tahun dah fikir kawin .

Ok, kalau masih bertegas nak couple juga , berwaspadalah . Berhati-hati dan jaga maruah diri . Jangan sampai tergadai pula tubuh kamu itu . Apa pon mungkin terjadi almaklumlah darah muda kan? Terutamanya perempuan, kalau ada boyfriend pon, tak perlulah ceriter semuanya . Tak perlulah ceriter tentang tubuh badan kamu , saiz pinggang kamu dan benda merepek yang sepatutnya hanya boleh diketahui oleh kamu dan suami kamu . Cuba bayangkan kalau boyfriend korang tu bukan suami korang nanti . Tak rasa kesian ke dengan suami korang? Rugi dia =3

Yang lelaki pula, jangan ditanya pada perempuan . Jangan buat tak senonoh pada perempuan . Sekali korang kawin dapat isteri bekas orang ! Menangis korang ! Baru padan muka =P

Sekadar peringatan buat korang yang ada makwe/pakwe . Juga buat Hanis juga . Saling ingat-mengingati antara satu sama lain . Semua ini adalah pandangan Hanis sahaja . Kalau ada salah minta maaf . Hanis ni manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan .


1 comments