Khasiat Inai Daun

Assalamualaikum ,

Hasil carian imej untuk inai di jari

Inai ini sudah menjadi sinonim dalam masyarakat kita di Malaysia terutamanya bagi kaum wanita . Ini kerana ramai wanita yang gemar menggunakan inai untuk mewarnakan hujung jari mereka dan rambut . Inai menjadi pilihan terbaik agar jari nampak lebih menyerlah dan menarik kerana inai tidak menghalang air yang boleh menyebabkan wuduk tidak sah bagi umat islam seperti pewarna kuku yang kalis air .

Pada zaman yang semakin moden ini , inai juga bervariasi . Yang pertama ialah inai yang berasal dari daun ini . Yang kedua adalah inai homemade iaitu sejenis campuran buatan sendiri tanpa menggunakan daun inai sebenar .

Inai daun dan inai homemade , masing-masing ada peminatnya yang tersendiri . Tepuk dada, tanya selera . Ada yang lebih mengemari inai daun kerana khasiatnya . Namun , ada juga yang lebih mengemari inai homemade kerana warnanya yang lebih menarik dan pelbagai.

Hasil carian imej untuk daun inai

Inai daun atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.

Disebalik warnanya yang merah dan menyerlah , inai daun mempunyai banyak khasiatnya kepada tubuh badan kita . 

Khasiat daun inai :-

menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku

mampu untuk menyembuhkan luka-luka semasa berkhatan, dan sengal sengal tulang.

boleh merawat kebotakan. 

mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan
#mengubati penyakit kulit dan melepuh.

boleh dibuat teh dan sesuai diminum oleh ibu selepas bersalin dan mereka yang mahu menghalang tubuh menjadi gemuk.

dan banyak lagi !


Hanis ingat lagi waktu kecik-kecik dahulu , umi Hanis selalu pakaikan kami adik beradik inai daun . Umi petik sendiri daun inai itu kemudian tumbuk sampai lumat . Malam-malam sebelum tidur umi bubuh inai yang sudah lumat dekat hujung jari kitaorang selepas itu umi bungkus hujung jari kitaorang dengan kain perca . Esok paginya bangun inai kemana, kain kemana habis bersepah katil hahaha . Rindunya masa itu ! Sekarang mana ada buat macam itu dah . Dunia sudah modenlah katakan . Inai daun pun sudah jadi serbuk . Tak payah dah nak susah-susah tumbuk sampai lumat . Serbuk inai itu cuma perlu ditambah air dan SIAP ! hahaha .

Okey, itu saja untuk entri kali ini . Terima kasih kerana sudi membaca =)


13 comments

  1. Dulu memang suka berinai. Kalau boleh 10 jari nak inai. Sanggup pakai lama sampai kecut jari sebab nak merah. Tambh nasi or arang nk bg merah. Hehe.

    BalasPadam
  2. Dah lama tak pakai inai daun. Rindu bau dan cara buat. Tapi sbb skrg ssh nk dptkan daun inai makanya guna je lah yg sedia ade.

    BalasPadam
  3. Saya memang suka pakai inai dan teringat dulu2 pun guna inai pastu balut dgn kain... klu tertdo habis rosak haha... tapi baru tau inai bole dibuat teh utk minum...

    BalasPadam
  4. Dari kecil lagi saya selalu tertanya-tanya, kenapa asal orang kahwin mesti mereka berinai..

    Rupanya banyak kahsiat dari inai ni.. Sekarang moden ka pakai serbuk je, cepat je siap

    BalasPadam
  5. Uiii bestnya inai pokok...bau dia saya suka. Haha pelik kan...tp susah la kak nak carik

    BalasPadam
  6. Baru tahu manfaatnya, ternyat bisa buat numbuhin rambut juga ya. Makasih ya :D

    BalasPadam
  7. Rindu zaman dulu cara trasional. Tp akk kawen dulu tak pakai ready made. Pakai serbuk dr mekah dan cmpurkan dgn daun dr sini

    BalasPadam
  8. ye la..masa kecvik kecik dulu selalu mak sediakan inai..bukan senang nak buat, kena giling la tumbuk la..pastu letak nasi sikit untuk bagi melekat hehehe

    BalasPadam
  9. Teringat masa zaman akak kecil dulu. Kalau ada mak sedara dan pak sedara kawin, petik daun inai dekat belakang rumah aje. Kemudian giling la sampai lumat. Bau inai daun ni lagi segar dari inai yang dijual di mydin tu kan. Suka inai warna oren merah camni. Sekarang dah susah nak dapat daun tu. Hurmmm

    BalasPadam