Anak Istimewa Anak Syurga
Assalamualaikum ,
Bukan mudah hendak menjaga anak istimewa ini . Hanis tahu kerana Hanis mempunyai seorang adik istimewa yang berada dalam kategori Sindrom Down . Umur dia sekarang sudah masuk 6 tahun . Cara anak istimewa ini berbeza dengan kanak-kanak normal . Cara dia bermain, kesukaan , perangai memang berbeza . Kadang mereka nampak normal sahaja boleh melakukan pelbagai perkara yang kanak-kanak normal mampu lakukannya . Tetapi ada bahagian yang dia berbeza .
Perangai itulah yang perlu dikawal agar tidak terlalu nampak dan ketara . Apa yang dia tidak behave? Dia kalau merajuk memang tidak peduli apa . Lantaklah semasa itu dekat atas jalanraya ke, shopping complex ke , dia memang akan baring dekat lantai tang tang itu juga ! Masa itulah kita kena sabar dan pujuk dia suruh bangun . Yang kedua , kalau geram sangat dia susah nak kawal diri . Dia selalu bertindak ganas dengan membelasah kakak dia yang darjah 4 itu . Sebab apa? Sebab geram dengan ketawa kakak dia yang sungguh annoying (actually i pun menyampah dengar budak tu gelak hahaha) . Dia belasah non-stop okey jari tak payah cakaplah memang masuk ke mulutnya . Nama pun tidak dapat kawal kann hahaha . Kena suruh dia bertenang tatapi selalunya tidak berhasil sebab kakak dia yang darjah 4 tu memang susah nak berhenti ketawa huhuhu .
Kadang penat tetapi seronok . Seronok melayan kerenah anak istimewa ini yang unik . Budak ni manja dia lain macam tau ! hahaha . Kalau berjauhan selama seminggu pun sudah tidak tahan menanggung rindu tau ! (selalu macam ni huhu i kat KL study, dia kat rumah) . Kalau 2 minggu tidak berjumpa tak payah cakaplah rindunya macam mana . Rindu sampai boleh bawa nangis tau ! Lagi-lagi bila umi bagitau melalui whatsapps dia cari Hanis huhuhu memang terharu sungguh . Hanis yang duduk dekat KL ni memang merindulah keletah dan kerenah budak kecik ni adoi tak menahan !
Semoga adik Hanis ini terus membesar dengan sihat , Amin . Semoga Allah kurniakan kekuatan kepada umi dan abah Hanis untuk terus menjaga anak istimewa kurniaan Allah ini .
Sekian , terima kasih kerana sudi membaca =)
2 comments
Ya Allah, hanya insan2 terpilih je yang diberikan ujian dalam menjaga anak istimewa ni. Semoga Allah berikan kekuatan dna kesabaran dalam mendidik anak syurga ini dan semoga diberikan ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah s.w.t.
BalasPadamAmin . InshaAllah =)
Padam